Petang semalam, saya ada home tuition. Rumah pelajar saya sedang buat construction di bahagian luar dan dapur. Rasanya dah nak masuk bulan ke-2 dah. So, saya biasalah terserempak dengan pekerja-pekerja yang buat pembinaan setiap kali ke sana.
Nak dijadikan cerita, semalam entah apa masalahnya kekisi pintu utama rumah jammed. Tak boleh bukak! Puas saya dan student main tolak tarik. Seorang dekat luar seorang dekat dalam. Muka student saya dah berubah dah. Parents tak ada. Kerja. Tak kan nak belajar kat depan pintu pulak! Ada satu lagi pintu di dapur. Tetapi tak boleh nak lalu sebab barang-barang constructions semua penuh dekat situ. Mati akal saya sekejap. Kalau ikut hari biasa, boleh je batalkan kelas. Tetapi, budak ni tengah exam...
"Mbak, biar kita bantuin."
Rupa-rupanya salah seorang pekerja terperasan masalah yang kami hadapi. Masa dia cakap tu, saya ingat dia nak tolong tarik pintu ke,..cuba letak minyak dekat engsel ke,..Then, saya dengar dia cakap kat pekerja-pekerja yang lain...
"@#g*!...(tak dapat tangkap dia cakap apa) ...pintu....@$*wd@ bla..bla..bla.. cikgunya mau mengajar nih!"
Kemudian, saya nampaklah beberapa orang pekerja lain bergegas ke sana ke mari. Diorang buat apa? Pintu ni bila nak tolong tengok?
"Mbak, silakan!"
Saya pandang anak murid saya. Anak murid saya pandang saya. Dalam keadaan clueless, saya pun ikutlah pekerja tu ke bahagian belakang rumah. Terus saya ternganga! Mereka siapkan laluan untuk saya! Bayangkan,..mereka susun kampit-kampit simen dan kemudian letak papan supaya saya boleh meniti dan masuk ikut pintu dapur! Saya tak tahulah lebar mana saya senyum sebab impressed tengok titi saya. Rasanya berbuih mulut jugaklah saya cakap terima kasih.
Dan bertitilah saya atas papan dan simen tu,...nervous sebab saya ni clumsy. Dapat pulak berpasang-pasang mata tengah pandang,..silap perhitungan ada gempa bumi kecil pula yang berlaku! Alhamdulillah! Selamat sampai ke pintu!
Nota Senyum: Tahun ni banyak pengalaman manis masa mengajar!Oh, hari ni hari terakhir untuk cuba nasib dengan 'Bila Masih di Langit' :)
hehe..nasib baik tak jatuh ya kak farah..mau taruh mana muka kalau jatuh dah la banyak mata yang tengah memandang..hihi..
BalasPadamYe, Wana. Belum campur kemungkinan besar akan ada kampit simen/lantai yang 'tercedera'...tak cukup gaji akak nak bayar ganti rugi ;)
Padamelok jugak tu,nak tolong siap buatkan 'jalan' lagi..bantuin gitew
BalasPadamHahaha 'jalan' tu yang mahal kan SB :)
Padamaaaauch gentleman nya. ingatkan diorang nak tolong bukakan pintu yeee rupanya diorang buat projek mini kat belakang hihi.. berani nyaaa student Kak Farrah tu duduk rumah. huuurm..
BalasPadamAkak pun terfikir benda yang sama CT. Nak buat macam mana, dah mak bapaknya dua-dua kerja...akak tukang risau lebih-lebih..
Padamskarang ni bukan kira usia bukan kira besaq kecik. bahaya memana. tapi tngk org2 yg bekerja tu insyallab okay aje..
PadamBetul. Kita tak leh leka sangat,...kena hati2.
Padamnasib baik ada yang mau bantuin. kalau tak belajar kat luar ja. hehe
BalasPadamMujur kan...kalau tak dah jadi ahli mesyuarat pintu pulak!
Padamdah dpt bayangkan..hahaha fuhhhh msty malu2 kan nk naik titian tuu..hoho
BalasPadamSungguh amat malu-tersipu-sipu-tapi muka kena control! Fokus nak sampai ke pintu hehehe
Padamhahahaha... bagusnya dia buat macam tu.. kalau xde titian kecil tu, xtahu lah pe nak buat sepanjang hari tu kan.... sian budak-budak nak belajar..
BalasPadamItulah..kalau nak dikopak grill rumah tu, kang tak pasal2 kena ganti pulak. Akak dah ready je nak ngaja dari luar.
PadamHeheheh same la kite bab2 cmni mesti clumsy kak farrah.. nak2 org dok perhati...
BalasPadamNasb la dorang nak tlg buat titi tu kak.. kalau tak agak2 mgaja lua la tu
Memang ayu. Akak kalau lagi orang pandang, lagi songsang dan sumbang semua yang akak buat :)
PadamNasib baik ada bantuin..
BalasPadamEhhh ehh bantuan.
Haha..
hahahah!
PadamWorker asing ni tak semua jahat, tak semua baik. Kkdng kita pandang sebelah mata je kat bangla, indon. tapi alih2 dorang jgak yg tlng kita nanti.
BalasPadamBetul, Scha. Yang penting, kita jgn bersikap judgemental. Pada masa yg sama kena waspada juga. Tak payah warga asing,orang kita pun ada yg buat macam2.
Padamkenapa dorang xtry betulkan pintu depan tu dulu? hehe
BalasPadamtapi bagus dorang memahami. saya selalu kalau g mana2 dengar orang2 depa sembang jawa saya rasa nak gelak je sebab saya paham. hehe
Diorang kononnya nak kejarkan spy akak dpt masuk & ngaja sebab akak ngaja ikut jam kan...by the time akak balik, pekerja2 tu dh dapat green light utk repair pintu.
PadamOh akak mmg klu orang Jawa converse,..orak ngerti!
wahhh.. nasib baik pertolongan cepat kan. kalau tak main tarik pintu la. hehee
BalasPadamHahaha itulah. Bila imagine akak tarik2 pintu, buruk pula rupanya ;)
PadamAlhamdulillah ada yang membantu ;)
BalasPadamAlhamdulillah :)
Padamahahaha...so sweet..kelakar pun ada..tapi bagus jgk dorang terfikur nak buat laluan titi tu utk Cikgu Farrah hihih
BalasPadamNasib baik otak diorang bergeliga kan, kak!
PadamBaik hati dia yee.. Alhamdulillah
BalasPadam:)
Padam