Entri follow up. Last time hanya kongsi gambar hidangannya untuk tatapan mata. (Baca di sini, ya.) Hari ni baru sempat nak sertakan resepi. Sebelum ni, punyalah bersungguh-sungguh minta Chucky resepinya,..dah dapat, lupa pula nak update. Thanks so much, Chucky!
Mi Claypot Cranky Chucky |
Resepi Mi Claypot Cranky Chucky (3C)
(Untuk 4 - 5 orang)
Bahan-bahan:
- 200g isi ayam/bahagian dada - (dipotong kepada ketulan kecil)
- 100g cendawan shitake (dihiris nipis)
- 5 ulas bawang merah (diricik halus)
- 3 ulas bawang putih (diketuk)
- 1/2 batang lobak merah (dipotong dadu/hiris memanjang)
- 2 batang celery (dihiris nipis)
- 2 biji tomato - setiap satu biji dipotong kepada 4 bahagian
- 1/2 sudu teh lada hitam
- cili api (mengikut citarasa)
- garam secukup rasa
- 2 biji telur
- 2 1/2 bumbung sudu tepung jagung diletakkan sedikit air
Cara penyediaan:
- Buat stok terlebih dahulu - rebus isi ayam dan lobak merah sehingga mendidih. Kandungan air agak-agak. Jangan banyak sangat. Nanti boleh ditambah kemudian.
- Masukkan cendawan shitake beserta bawang putih dan bawang merah.
- Masukkan cili kering, celery, tomato, lada hitam, garam dan cili api
- Apabila semua bahan telah sebati, perlahankan api. Kemudian, masukkan 2 biji telur satu persatu dan biarkan menggelegak untuk beberapa minit.
- Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung. Pastikan kuah sentiasa dikacau hingga teksturnya memekat sedikit.
- Kalau ada hot plate atau claypot, masukkan yee mee dan simbahkan dengan kuah panas-panas. Jika tidak, boleh celur sekejap yee mee supaya lembut, barulah dihidangkan dengan kuah.
SELAMAT MENCUBA!
ahaa...ri tu x letak resipi kan...psstt..sis dh Copy n Paste lah
BalasPadamSilakan, Sis! Nanti kalau dah try, kasitau kena dgn selera ke idak ye...
PadamBaru first time tengok mi claypot camni kak farrah....lain dari lain
BalasPadamMi ni sesuai utk yg tak gemar makan mi kicap :)
Padampergh, pasni memang kena try. tak pon nanti saya tunggu depan pagar rumah kak farrah. hehe.
BalasPadamNak tunggu depan pagar pun kena inform dulu, budak.
PadamDibuatnya hari tu akak tak masak, tak ke naya :)
urghhhh kak farrahhhh....
BalasPadamnak kene try nie...
tapi kene tuka yee mee tu
Cubalah ayu. Pakai mi sua boleh, bihun boleh, mee kuning pun sedappp!
Padambestnyeee.. CT ni ske aje nak masak tapi sebab dalam rumah ni ada tiga orang aje.. kang penat nye lebih.. baik goreng telur n kicap kekeke
BalasPadamBetul tu, CT. Setakat dua tiga orang, tak berbaloi masak. Penat je lebih nak kemas2 lagi ;)
PadamPergi rumah akak jelah, hahaha, lagi senang, :3 akak masakkan untuk aina ye? HAHAHA. XD
BalasPadamKecil tapak tangan, halaman rumah akak tadahkan.
PadamTapi kena makan banyak2 sampai kenyang tau!
tgok resepi ni lg laa.. adoii.. kelaparan mlampau lampau dibwt nyaa.. help! huhu
BalasPadamMeh datang sini. Akak buatkan semangkuk :)
PadamErmmm..bahan2 mi nye menggunung.
BalasPadamMemang saya suka kalau camtu.
Puas makan kan,..
Padamyeah yeah yeah... ada resepi :D
BalasPadamtapi takutlah dengar nama chucky tu... terbayang.... haha
Hahaha kalau dah terbayang potong selera pulak nak makan kan,...tukar nama kpd Mi Claypot Amazing Amy haaa....OK tak?
Padamkite tak suke masak, hahaha
BalasPadamakk post sini siket boleh? sbb kite suke makan jee, kiki
Datang sini! Makan panas2 best!
Padam