Dulu Hanya Takut Perang,...

Sabtu, Disember 27, 2014

Dahulu masa kecil-kecil, setiap kali lepas menonton filem Bukit Kepong, saya akan nangis dekat Cekebon,..mengadu yang saya takut perang. Tak mahu perang! Nanti kena menyorok bawah tanah, dalam lubang. Antara ketakutan besar saya pada usia itu ialah peperangan.

Dahulu masa belajar Geografi, saya rasa bersyukur sangat sebab Malaysia terletak di luar kawasan Lingkaran Api Pasifik (Ring of Fire) dan laluan angin taufan. Jadi, Malaysia bebas daripada ancaman letusan gunung berapi dan kebanyakan bencana alam yang lain. Tak perlu takut. Malaysia kawasan terlindung.

Sekarang, macam-macam perkara yang boleh ditakutkan,..
...takut tsunami
...takut ribut taufan
...takut puting beliung
...takut banjir


Banjir kali ini bukan calang-calang! Lihat paparan berita, otak saya berfikir tak henti-henti.

Setiap kali pegang inhaler, saya akan tertanya sendiri - Macam manalah mangsa-mangsa banjir yang sakit? Selesa ke nak rehat? Ada ke ubat?

Sejuk-sejuk ni, bila perut asyik minta diisi, terkenang mereka - Cukup ke nak makan minum? Sampai ke bekalan pada mereka?

Apapun, semuanya sudah tertulis. Kita harus percaya - atas setiap apa yang terjadi, pasti ada hikmah tersembunyi. Allah menduga hamba-Nya dengan ujian dan musibah untuk menggantikan dengan 'sesuatu' yang lebih baik. 

Selamat Berhujung Minggu! Jangan lupa titip doa untuk mereka yang sedang diduga. Moga segala-galanya akan pulih seperti sedia kala.


40 ulasan

  1. kesian diorang kan. :\ kawan saya duduk Kuala Krai. dia kata memang dah teruk sangat dah... berharap dan terus berharap dekat ALLAH je. hmmm... umah mak cik saya pula dah sampai paras pinggang.

    semoga mereka terus bersabar.sama-samalah kita doakan..

    BalasPadam
  2. Masa sekolah... SS selalu ponteng kelas Geografi... Bila dah tua kebangka... Rasa menyesal! He He He...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak payah nyesal. Tu yg skrg SS travel ala2 cartographer, kira hebat dah tu... :)

      Padam
  3. Selamat hujung minggu.

    Dugaan mereka di sana. Kerana Allah tahu mereka mampu menanggungnya. Amin amin

    BalasPadam
  4. harap2 mcm tu la.. semoga semuanya cepat kembali pulih...

    BalasPadam
  5. K.Farrah, samalah.
    Saya pun dok pikir macamanalah keadaan mangsa banjir kat sana.
    Mesti kesejukan kan?
    Dengan makanan yang terhad, pakaian pun taktau cukup nak ganti ke tidak.
    Anak-anak kecik ada pampers x..
    Yang ada penyakit kronik macamana, dll.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, Shikin. Kesian bila fikir2kan betapa tak selesanya keadaan diorang especially orang2 tua & yg beranak kecil.

      Padam
  6. Semoga semua mangsa2 banjir kekal tabah. :'(

    BalasPadam
  7. sama laa kak . bilaa kita ni tgh makan sedap2 n ada ubat secukupnya . msti yaya trfkr mangsa banjir yg tgh stuck yg xdpt bantuan langsung , sedih sgt2 ... emm . moga Allah lindungi malaysia dan kesemuanya dan surutkan banjir ini . Aamin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Meh kita sama-sama doakan keadaan kembali seperti sedia kala. At least mereka boleh start life balik.

      Padam
  8. semoga mereka tabah kan kak :'(
    Mereka kuat sebab tu mereka diuji.
    Ujian kedua bakal menimpa. Lepas banjir surut, mereka kena fikir rumah yang dah tak jadi serupa rumah pulak.
    Semoga tabah.
    Ya Allah, sedih lah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Mereka terpilih sebab mereka kuat dan mampu galas dugaan tu. Kita walau sebagai pemerhati kena beringat dan ambil iktibar.

      Padam
  9. in sha allah sama sama kita doakan yang terbaik buat mereka. risau dengan keadaan mangsa banjir

    BalasPadam
  10. Itulah, hari-hari tengok berita..banjir makin teruk disana...kesian sangat..hope semuanya akan pulih dengan segera..Pray for Pantai Timur..

    BalasPadam
  11. Kun faa ya kun... kita hanya mmpu berdoa. Mangsa banjir kali ni lebih ramai dan keadaan makin teruk. Semoga mereka sabar dgn ujian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Antara episod bencana yang teruk buat negara kita.

      Padam
  12. sekarang mcm2 bencana berlaku. memang takot kan..
    semoga mereka tabah.. aminn :')

    BalasPadam
  13. insyallah Allah ada bersama mereka walaupun saat diuji sebegini besar ujiannya. kita doakan semua selamat lelagi yang berhempas pulas nak hantar bantuan kepada mangsa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminn. Insya Allah, laluan mereka akan dipermudah.

      Padam
  14. Kesian kak tengok berita tadi.. berebut nak makanan dari heli.. tapi, bekalan tak cukup...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedihnya,... rebut2 macam tu, yang kuat dan ada tenaga jelah dapat makan dulu.

      Padam
  15. sedih tengok depa. memang teruk banjir kali ni. semoga cepat2 la kembali surut.

    BalasPadam
  16. saya suka tgk cerita preang2 masa kecil2..mungkin pengaruh bapak..hehehe
    btw,mmg kesian tengok mereka nun jauh kat sana tu, tengok surat khabar semalam,kat mana entah,dahsyat jga keadaan mcm kena tsunami. huhu.. rasanya ini paling teruk bencana alam yg menimpa negara kita,sebab libatkan banyak negeri.. kat meru,latest selangor tu dekat jga dengan tempat saya,tp sini alhamdulillah la tak banjir. risau juga kalau air naik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak ni penakut, Nana. So citer2 perang, bencana alam akak memang tak tengok. Betul. Dengan keadaan sekarang, kawasan kita tak terlibat dengan banjir pun kita akan risau sama. Keadaan cuaca tak menentu. Apa2 boleh jadi. Sama2 lah kita doa utk keselamatan semua.

      Padam
  17. kehilangan pesawat QZ8501 dan banjir teruk di pantai timur...itu semua duggan dari Allah..dunia semakin uzur.bencana alam di sana sini..marilah kita sentiasa muhasabah diri dan sentiasa doakan yg terbaik kepada mangsa banjir

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju ngan akak. KIta kena ambil iktibar drpd apa yang menimpa negara.

      Padam
  18. betul tu kak..terfikir juga dengan nasib mangsa yang terlibat banjir..pasti ada hikmahnya atas kejadian ni semua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu memang pasti. Sama ada kita cukup tabah untuk lihat hikmah di sebalik kejadian atau tidak.

      Padam
  19. sayu tgk keadaan rumah dieorang.. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sayu. Kita yang tengok ni pun sedih, apa lagi tuan punya badan yang menanggung.

      Padam
  20. Tengok berita pun kita boleh rasa sedih. Macam mana mereka bertahan diwaktu getir tempoh hari. Moga dengan apa yg berlaku memberi hikmah pada kita semua.

    BalasPadam
  21. Btl tu kak farrah.. walaupon umah mertua kt sane xdtgglami air.. tgk jugak kws sane yg kene.. mmg sebak and kesian je.. abis 1 rumah... balik dr sane pon tgk spnjg prjlnn kt kuala krai tu... sebak je rase.. nak2 nmpk plk mkcik tgh dok trmenung tgl tapak rumah je

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.