Terkelindan,..

Jumaat, Disember 12, 2014

Ini antara urusan yang berjaya saya selesaikan semalam. Urusan posto!
Bersedia untuk dikirim. 
Kotak dan sampul besar putih saya nak guna poslaju. Tetapi, empat keping yang tersusun belah kanan, nak pakai pos biasa. Sampai kaunter, saya cakaplah nak timbang untuk setem. Petugas di kaunter tu terus cakap ni semua RM4 setiap satu. Saya pelik. RM4?

"Sebab ini dah dikira small parcel. Rate untuk document dan parcel berbeza." Sambil dia terangkan pada saya, dipicit-picitnya sampul surat tu. Geramnya! Ada barang kraflah,..rosak nanti...

Ok, saya terima logiknya. Tapi, saya hanya ada 2 the so-called small parcel. Lagi dua sampul tu greeting cards! Saya pun mohon baik-baik, "Kalau begitu saya nak timbang untuk 2 ni. Ni dokumen,..kad birthday."

"Semua sama. RM4." Dalam hati saya dah mendidih dah...ini pejabat pos ke DAISO?! Main kira flat price pulak dia. Tengoklah satu-satu sampul tu. Hanya kerana surat pertama yang disentuh 'small parcel', tak bermakna yang lain-lain tu sama. Saya dahlah kepenatan + lenguh kaki tunggu giliran!

Tambah sakitkan hati saya, minggu lepas saya hantar surat yang sama, dengan kandungan yang sama, sampul yang sama dan hanya dikenakan caj RM0.90. I mean, I don't mind paying RM4 if it's the real charge. Kalau dengan 90 sen kad saya boleh selamat sampai kepada penerima, kenapa perlu saya nak bayar sampai RM4 kan? Dia nampak saya terkulat-kulat kat situ, dia kata, "Semua ni kira small parcel! Nak setem ke tidak nih?"

At this stage, boleh je saya ambil semua surat tu dan angkat kaki. Mungkin sebab saya dah penat plus malas nak cipta scene (yang tiba-tiba leh jadi viral kat youtube), saya angguk je. Beli setem, tampal dan dengan perasaan galau masukkan setiap sampul dalam peti surat. Empat ringgit demi empat ringgit :(

Lepas tu pergi foodcourt, cari Bott yang tengah beli lunch untuk kami berdua. Tak cukup nafas saya bercerita. Semakin nak hampir ke penghujung, rasa frust semakin memuncak! Sel-sel otak dah mula berhubung....

Ya, saya kecewa sebab petugas di kaunter tu tak ambil inisiatif pun untuk periksa/timbang 2 surat 'dokumen' saya. Tapi,...

Saya lagi kecewa kenapalah saya 'bijak' sangat ikut cakap dia! Sepuluh kalilah dia cakap RM4, saya boleh je beli setem 90 sen ke RM1 ke and take the risk untuk hantar. Tak pun hantar hari lain ke...pergi pejabat pos lain ke...sekurang-kurangnya saya puas hati dapat tahu caj sebenar surat-surat saya. Ohhhh, kenapalah tak terfikir?! Huhuhu kurang pintar betullah!

Tak apa. Anggap jelah bukan rezeki dan pengajaran untuk saya. Fikir habis-habis dulu. Jangan asyik nak selesaikan urusan dengan cepat, lepas tu balik rumah menyesal dan berkalau-kalau.

Selamat jalani hari dengan baik :)

#sayaalahperkataansmallparcel!


64 ulasan

  1. mak aaaih cekik darah sungguh rm4.. kalau buat giveaway then setem charge rm4 mmg pengsan yang buat segmen. ritu CT post hadiah GA berat2 lagi sbb ade kotak makanan n uncang teh.. rm1 aje kak.. and pekerja tu timbang satu satu sbb size beza2.. antara nak ngan tanak je buat keje ikhlas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang, CT! A bit dissapointed sebab selama ni hantar macam-macam, tak pernah semahal itu. Kalau first time buat leh lah pejam mata coz tak tahu. Akak hantar something kat CT aritu pun, RM2 je. Nak kata rupa surat akak tu pelik, tak jugak..barang2 dalam tu pun mostly daripada kertas. Bukannya letak arca ke,..guli ke...
      Rezeki akak la terkena dengan 'adik kaunter flat price' =)

      Padam
    2. memang nak kena tu amboi dia ingat kita tak tahu agaknya dia nak kenakan kita. kamonlah..

      Padam
  2. susah jugak bila nak pos barang dengan harga yang macam tue..mengelirukan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang mengelirukan, khaty. dapat macam saya konon nak cepat selesai urusan, main angguk je...lepas tu terkilan sendiri :)

      Padam
  3. betul kadang kita selesai kan masa tu sebab risau barang kita tak di jaga lepas kita pergi. tapi kalau rajin pergi ke tempat lain ok. bila biar disitu risau lebih baik ikut ja. kalau pos laju pun rm5.90 dan bole check status. its ok Farah its our lesson.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu baby. Tentu-tentu puas hati guna poslaju.
      Heheh itulah lesson untuk diri :)

      Padam
  4. sabar yer sis.. xper lain kali sis amik pos express. flat rate RM 5.00. Cuma xtahu la kad sis tu muat dengan sampul yang diberikan. rasanya ada jenis2 sampul dia kot. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam trauma sekejap nak pos2 barang hihihih betul juga cakap eyja tu. Baik tentu amik yang flat rate tentu2 kita tahu memang itu kadarnya :)

      Padam
  5. Sabar kak. saya juga alami kisah yang sama.
    Ketika saya ke POSLAJU. Saya bukan nak pos barang tapi nak ambil brang.

    Saya tak kisah sangat pun kalau beratur panjang atau aircond tak berapa sejuk.
    Tapi bila muka pun tak reti senyum. Cakap pun tak kena gaya. tiba-tiba rasa mendidih.

    Jadi saya pun ubah kedudukan dari berdiri ke duduk....cool sekejap then tunggu barang terus balik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus cara aRz tu. Kita ubah posisi sekejap supaya diri & mind boleh relax sikit.
      Faham yang tugas mereka di kaunter tu penat hadap kerenah orang, tapi mesralah sikit kan...jangan lempiaskan penat/marah/malas kat customer lain pula :)

      Padam
  6. tapi kenapa akak tak berkeras, maksud saya kalau sebelum ni boleh dapat rate yang sama kita boleh mintak untuk dapat harga yang sama

    "customer is always right"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha itulah kekecewaan terbesar akak semalam. Kuciwa ngan diri! Mana pergi tah sel-sel pendekar yang tahu pertahankan diri...akak main turut je...
      tengah suap makanan baru terfikir, eh nape aku tak fight?! last week hantar tak sampai singgit pun! ;)

      Padam
  7. ishh..sis JM dgr pun geram eh..waktu dapat setem RM0.90 tu petugas kaunter yg sama tau prang lain..kenapa x selari..ishh..kalau sis JM mmg dh bertekak kat situ tanda x puas hati...x kan small parcel camtu pun RM4 tanpa check dulu dan timbang..mai letak flat rate je

    Farrah ni baik sgt..kalau sis JM ada dgn Farrah mmg kena arghh petugas kaunter tu..so next time Farrah berkeras sikit kalau sama gak better compare rate dgn pejaat pos lain

    Tadi ada pos laju call..ada parcel...x mungkin dari Farrah ehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sis,..baik tak kena gaya namanya kan ;)
      Sis sama ngan si Bott. Bott pergi ke kaunter satu lagi cuba nak clarify macam mana nak determine benda tu jatuh kategori dokumen ke small parcel. Tanya kat petugas kaunter sebelah (yg last week saya kena caj 90sen tu).

      Petugas tu explain, 'kami ada cara nak kenalpasti'. Bott cakap last week saya hantar surat yang sama awak kata 90sen. Hari ni adik sebelah tu pandang je tak timbang terus kasi rate RM4. Within seminggu je tarif pos naik! Petugas tu pandang adik flat rice,..then jawab dengan selamba. "Nasib baik sampai. Kalau dah dia kata RM4, RM4 lah tu..."

      Saya memang malas dah cakap apa, sis. Kang kecoh-kecoh, susahkan orang ramai yang tengah tunggu giliran pula. Surat tu dah masuk mulut peti pun hihihi Tapi lepas ni memang akan lebih berhati-hatilah.

      Hehehe kotak kat atas tu mmg sis punya pun ;)

      Padam
    2. Ahaks...balik petang tadi sis JM tgk ada kotak kat rumah dan tertera nama Farrah...terus senyum lebar...rasa sayang akak pada Farrah semakin meninggi eheheheh

      Tunggu...nanti akak up kan entri :-)

      Padam
    3. Alhamdulillah, dapat tahu akak senyum lebar & makin sayang saya, hilang terus rasa terkilan hehehe.
      Akak, tak perlu susah2 up entri. Apa sangatlah pemberian saya jika nak dibandingkan dengan sokongan akak pada blog saya :)

      Padam
  8. Kalau Firah.. dah makan putu bambu je orang tu.. nape akak tak tanya dia pasal last week punya price..? haih.. pemalasnya petugas tu.. geram pulak eii.... tapi kan kak.. anggaplah itu bukan rezeki akak... maybe ada kat tempat lain kot.. kan.. Have a blast kak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Agaknya dah penat + lapar, angin nak fight untuk hak tu terus tak ada. Betul kata Firah tu. Bukan rezeki akak. On the bright side, selesailah juga urusan2 hari tu.
      Thanks, Firah =)

      Padam
  9. lepas ni xpyh p pejabat pos tu lagi la....

    BalasPadam
  10. mahalnya rm4. lebih kurang harga pos express pulak.huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Cik Fafa. Nak buat camne,..akak pun tak fikir2 panjang. Lepas tu baru terfikir, selama ni aku hantar lagi tebal lagi berat, tak de pun diorang kata small parcel ke big parcel ke...

      Padam
  11. Kesilapan jadi pengajaran kak farrah.... kita yang baca ni pun bengang gak.... bab penyek2kan sampul tu kuang asam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yessss,...kesilapan tu lesson untuk hari kemudian. Masa dia penyek2 kan 'parcel' akak tu, akak dah nampak dia kecik je... ;)

      Padam
  12. ish3 boleh dikatakan majoriti gak staff pjbt pos perangai cenggini. tak mesra pelanggan betol la. kurang gaji ke hape gamaknye entah deme nih hummmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak best kan macam tu...bila kita tak percaya pada servis diorang kan susah...

      Padam
  13. pehhh cekik darah tol.. rm 4 tuu.. agak2 laa kn.. msti malas melayan custmer tuu.. haihh sabar jela kak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah...dah terlebih sabar pulak sampai semua RM4 pun akak setuju huhuhu

      Padam
  14. mahalnya RM4..! saya jarang berurusan kat pjabat pos..huhu.. mmg kena hati2 la lagi2 utk orang yg baru nak berjinak2 berurusan ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kena hati-hati, Nana. Kena tanya betul-betul & kalau tak puas hati baik jangan hantar dulu. Mereka di kaunter tu pun manusia, datang hangin tak baik/malas dia, kita pula yang jadi mangsa :)

      Padam
  15. dokumen RM4? mahalnye..tak buat kerja betul petugas tu...hmmm, nexk time kak farrah pk betul2 yer..moga2 makin murah rezeki kak farrah lepas ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mengapalah. Insiden ni memang akan buat akak fikir betul-betul :)
      Thanks, Cik Mimie. Terima kasih atas doanya.

      Padam
  16. gila beza macam tu. adoi, ada je masalahnya kan kak. saya pun kadang2 rasa nak buat drama je kalau buat macam tu. tapi kang sendiri yang malu, bukan orang tu. sebab orang lain xtahu pe jadi sebenarnya -.-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Amy. dah tentu2 'angry customer' akan jadi perhatian berbanding 'lazy worker' heheheh
      Kang orang gelar akak 'post office bully' pulak :)

      Padam
  17. terkelindan tu apa maksud dia kak farrah?
    lain tempat lain pekerja dia. baik kerja dengan mesin. sakit hati pun boleh call center terus. akak report jela kat HQ. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe terkelindan tu terkilan, budak. Guna bahasa jiwang sikit :)
      Malaslah budak nak kecoh-kecoh. Tak apalah, rejeki akak. Kalau tak jadi begitu, akak tak akan alert kan,.. :)

      Padam
  18. ish2..tak baik sungguh cara dia layan..memang keja nak senang ja ya orang tu..nampak sangat malas nak buat keja..wana pun hadiah semua kirim guna pos biasa ja pon..tapi setem x la sampai 4 hengget..sabar ja la kan kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, Wana. Kalau dia buat betul-betul dan memang harganya 4 ringgit, tak kisah la...tak palah. Pengalaman. Semoga surat RM4 akak selamat sampai pada Wana nanti hehehehe

      Padam
  19. kadar yang berbeza dikenakan yer. Ros pun jarang guna kan khidmat pos ni kecuali pos laju tu je.. so, memang tak tahu sangat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun fikir lepas ni nak guna poslaju je... :)

      Padam
  20. Nasib baik pos kt butterworth xbanyak songeh.. mungkin sbb depan rumah kot tkut org komplen. Sabar ye akak. Lain x lebih berhati2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Nina. Memang pengajaran utk akak hihihi

      Padam
  21. mcm kt pejabat pos kt dlm u ni jgk la.. dah la kerek nk mampus... nasib la ada satu ja..mmg terpasak akn guna gak khidmat... hadap ja la muka dia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak best kan macam tu....dah offer service tu biarlah senereh sikit..

      Padam
  22. kawan sya dok niaga online... setiap brg dia nk pos dia kan try pejabat yg ok.walaypon trpaksa krluar dri u ni pon dia sanggup dari hadap org pos yg sombong sgt2 tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang2 lagi puas hati macam tu, Zarul. Biarlah jauh/susah sikit janji servis yg kita dapat tiptop :)

      Padam
  23. perghh mahalnyee.. aduhaii.. buat kerja kena ikhlas baru berkat rezeki.. apela org cmtu.. anis banyak dengar perkara cmnie.. kalau anis tengok org muke masam, anis pon tarik muka jugak.. biar same2 rase sakit hati.. ishh geram.. ter emo plak..huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru puas hati kan...kau sombong, aku pun boleh sombong! hahaah psiko sorang ;)

      Padam
  24. Ishhh..geramnya.
    SAYA DAH AGAK PERKARA MACAM NI AKAN TERJADI bila berurusan kat post office.
    RATE TAK SAMA IKUT ORANG BERTUGAS!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang, kalau rate tu sama puas hatilah juga bila kita bayar mahal.

      Padam
  25. Saya dapat pos murah sebab saya tipu staff tu. Terpaksa lah pulak. Sebab saya dah tau dia nak charge saya mahal2.
    Dia tanya apa dalam sampul besar?
    (yang saya kirim pinggan tapwe hadiah top commentator tu - kan saya letak setem RM2 je)
    Saya kata - notebook. Buat hadiah.
    Staff - betul ke ni?
    Sambil tu dia picit-picit sebab saya kan letak bubble wrap.
    Saya - Aah. Saya letak bubble wrap takut basah.
    Staff - betul ke xde Keychain ke ape?
    Saya - Owh..xdelah.
    Saya memang jawab dgn confident sbb takmo die hidu penipuan tu.
    Haha berjaya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhhh itu rahasianya! Sampai pun kan! Bagi akak rate pos malaysia tak seragam. Bergantung pada staff di kaunter lah nak classify barang2 yg kita nak pos dokumen ke small parcel.

      Padam
    2. Tau tak,..masa balik tu akak punggah balik sampul surat yang Shikin bagi tupperware. Siap ngomel sorang2 - Shikin kena 2 hengget je! Selamat je sampai ;)
      Tak puas hatilah kononnya. I guess lepas ni kena bijak& pintar sedikit,..

      Padam
    3. Ohh saya pun kena bijak lepasni, hehe

      Padam
  26. Ringan je pun!
    200gm je pun.
    Melampau nak charge macam poslaju!
    Tapi, sampai sekarang saya dok pk..kenapa dia tanya ada keychain ke tak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iye...sakit hati je bila barang ringan kita kena bayar mahal2.
      Oh, diorang tanya sebab nak pastikan lah tu. Kawan akak citer dia pernah kena, balik travel hantar kat kawan2lah fridge magnet & key-chain. Orang tu tanya, dia jawab jujur..memang kena rate small parcel. Even dalam tu ada 1 keychain/fridge magnet - tetap RM4.

      'Bijak' kan! Lepas ni makin la malas orang nak guna servis pos malaysia.

      Padam
    2. Keychain punya harga samada murah/ nak sama dah dengan setem pos tu.
      Huh..

      Padam
    3. Itulah. Tak logikla kalau kita nak hantar poslaju kan,..

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.