Sebelum ni saya dah cerita tentang hajat hati yang nak buat Book Challenge kan? Baca mengenainya di sini. Haaa,..ini satu lagi cabaran yang menarik untuk disahut. Money challenge. Tahun ni saya memang berazam nak menyimpan lebih banyak RM :) 52-week Money Challenge ni akan jadi tabungan 'tidak boleh usik langsung' saya. Mudah-mudahan by the end of 2015, saya akan dapat depositkan RM1, 378 dalam akaun.
2015 Money Challenge |
Siapa nak cuba buat? Jom! Boleh cetak gambar ni untuk buat checklist. Mudah je sebenarnya,..berapa yang perlu kita tabungkan bergantung kepada bilangan minggu dalam tahun tu. Minggu pertama RM1, minggu ke 32, RM32 lah. Sekarang ni dah minggu keempat, jadi jumlah tabungan sepatutnya dah ada RM10 =)
Tetapi, saya cadang nak buat modifikasi sedikit. Saya fikir saya nak buat selang-seli. Selangkan minggu awal dengan minggu akhir. Contohnya, minggu ini ikut minggu ke - 4,.. minggu depan saya akan lengkapkan minggu ke-52. Jadi, hujung-hujung tahun nanti tak adalah sesak nafas nak asingkan lebih kurang RM50/minggu.
macam nak buat jugak yang ni. heheh :D
BalasPadamSila, Dik Nani. Sila. NI dah minggu 4, masuk tabung RM10 siap2!
Padamwah..bagus nie..nak try jugak..gambate farra
BalasPadamArigato gozaimashta, Khaty! Jom Khaty kita buat challenge ni sama2 :)
Padamdah start farra,nie dok reka buat tabung..ngeee
PadamChaiyok! Chaiyok! Nanti boleh share rupa tabung kat blog Khaty :)
PadamWawa start awal tahun aritu.. ltk dlm tsbung, wajib paling kurg rm2.. setiap pagi, b4 gi kerja masukkan dlm tabung.. hehe
BalasPadamBagus jugak tu, Wawa! Semangat! Semangat! Jom kita sama2 menabung.
Padamsangat menarik.. macam nak buat jugak (harap2 konsisten, haha)
BalasPadamJom buat sama-sama. Hihihi karap kita konsisten hingga ke hujung 2015 :)
PadamSalam. Hee satu idea yang menarik dan semoga berjaya. Usaha tangga wang terkumpul ;)
BalasPadamWsalam. Thanks, tiga lalat. Suka tang 'Usaha tangga wang terkumpul' tu :)
PadamNak buat gak la. Tq farah..
BalasPadamTapi yg modifikasi yg farah tulis katparagraph terakhir tu tak berapa faham la
Oh, maksud saya. Saya tak akan ikut turutan minggu sangat. Kalau minggu tu ada duit lebih, saya akan pilih amaun minggu2 akhir contohnya minggu 52, ke,...minggu 51 ke. Sebab kalau dah hujung tahun tu, dalam sebulan kita kena asingkan roughly RM200, lebih kurang RM50/minggu. Saya ni pula jenis kalau hujung tahun je bajet akan tergelincir, jadi seksa jugak nak asingkan sebanyak itu.
PadamJadi saya pilih untuk buat selang seli. Minggu ni ikut minggu yang sepatutnya - Minggu 4 = RM4,..then minggu depan saya ambil minggu ke 52 = RM52. Minggu seterusnya - Minggu 5 = RM5. Lebih kurang begitulah. Last2 nanti jumpa kat tengah, around RM25/26 je seminggu :)
ooo..mcm tu... ya lah... buat hujung2 xda duit..dh xkonsisten
PadamBetul. Nanti perit nak cakar duit utk tabungan :)
Padambagus juga challenge ni kak..mendidik dan mendisiplinkan diri menabung..semoga berjaya kak farah..rasa nak buat juga.. :)
BalasPadamThanks, Wana. Jomlah buat sekali :)
PadamKreatif jugak nih... boleh gunakan style ni untuk simpan duit... saya start bulan ni nak simpan 10% dari gaji saya setiap bulan... kalau ada balance berjimat akan simpan lagi balance tu...
BalasPadamSelamat menyimpan, Najib! Bagus gak peruntukkan siap2 sebahagian daripada gaji. Ala2 KWSP sendirian berhad lah ni. Then, ada lebih, kita tabung lagi.
PadamSS dah buat MC ni dari Jan 2014... Tapi... Jan 2015... Dahhhh abissss! Ha Ha Ha...
BalasPadammsti dh hbis nk bawak pegi Hong kong ni
PadamSS special. Sebab selalu travel...so kena buat dua tabung! At least satu dah habis, ada back up :)
PadamTabung ayam SS dah pecah... Ha Ha Ha..
Padamlepas ni guna tabung lain lak..tabung badak ka..besar cikit..hehehehe
PadamGuna tin biskut pun tak pe, SS. (In case tabung badak susah nak carik!) :)
Padambaru start menanbung tapi belum boleh konsisten lagi.. harap tahun baru nih boleh cuba sebaiknya..
BalasPadamSama-sama kita cuba ye, eyda :)
Padambagus idea kak farah.. boleh try jugak lah...
BalasPadamtry jgn tak try ZF...nanti hujung tahun masing2 tunjuk bukti dalam buku akaun..ada beran! heee
PadamHahaah wajib ada RM1, 378!
PadamDah masuk akaun.... Kuar balik...
Padamhahaha tu masalahnya..bila dh masuk..dia keluar balik hehhehe
Padamtapi xpa akn diusahakan...
menariklah cabaran nih..sis JM nk sahut jugaklah cabaran nih...dah copy paste pun pastu print..nanti tanda je :-)
BalasPadamMudah-mudahan kita berjaya buat cabaran ni sampai akhir, sis!
PadamSS cabar JM... Ha Ha Ha...
Padamok jom... hahaha sapa berjaya dia belanja...
PadamAkak on je :)
Padamchaiyok2!
BalasPadamChaiyok!
PadamWahhh...macam menarik je ni...heeeeeee
BalasPadamBoleh try juga
Jom Nad! Boleh buat 1 tabung untuk Harith gak :)
Padamselamat menabung Kak Farrah.. fighting !!
BalasPadamnak buat ni kena ada fix income dulu..
CT hihi outcome aje ada semua =P
Tak pe,..CT susul kemudian k.
PadamMana tau dapat untung/upah buat cupcakes leh la menabung :)
eh, menariklah. nak try jugakla.. tahun lepas, Ros cuba aingkan RM1 yng ada dalam dompet. Alhamdulillah berhasil. ingat nak try Rm5, tapi dah jumpa cara ni, nak buat yang ni lah :)
BalasPadamJom cuba sama-sama. Akak biasa gak tengok orang asing RM1/RM5...takpe tahun ni kita cuba ikut minggu ye..
Padam*asingkan
BalasPadamMenarik, tapi saya tak yakin mampu buat challenge ni :(
BalasPadamCuma bila duit scholar masuk awal2 sem, saya akan asingkan siap2...
Haaa, macam tu boleh gak. Kalau tak asing memang boleh terguna semua :)
Padamboleh try ni kak. *save*
BalasPadamMeh kita cuba sama2. Semangat!
PadamMoney challenge?
BalasPadamAkak buat sendiri ke?
Ish tak delah. Jumpa yang orang shared. Ada yang buat challenge ni sebagai Travel Money Challenge, macam-macamlah objektifnya...yang pasti hujung tahun kena ada sebanyak tu!
PadamSeripus jd cmtu???
BalasPadamseripus? hehe laju benor papaglamz naip tu kikiki
Padam:D
Padamsaya pun dah beli tabung yang tak boleh buka dan nak ikut checklist ini...harap berjaya
BalasPadamtabung saya semua leh buka bawah...adohai mcm mna ni
Padam@aRz - Bagus tu, aRz. Moga aRz berjaya ikut checklist. Hujung tahun kita deposit duit ramai2 ye.
Padam@ZF - Gi usahakan tabung yang tak leh bukak.
kat rumah anis memang ade satu tempat khas utk letak duit lebihan kira macam syiling ke duit seringgit ke.. motif buat tu sebab klau dalam keadaan terdesak nak guna..xpayah risau lagi.. ade je duit tersepit..
BalasPadamMemang elok buat macam tu. Duit-duit lebih belanja kumpul dalam satu balang. Kalau tedesak adalah duit back-up :)
PadamMoga berjaya kak farrah :)
BalasPadamSaya menabung kat nuffnang je mampu. Tunggu dah stabil bru cuba MC ni ^^
wahh menarik nie..
BalasPadamayu nak share kat blog boleh x kak farrah...
nak kumpul cara macam ni plak..
Wow... best ni money challenge...
BalasPadamOkay start mgu dpn... mgu 3/52
Insya Allah
BalasPadam