Catatan untuk Kamu, Kamu dan Kamu
Saya cukup tidak suka,
apabila hidup saya tengah tenang,
saya terpaksa selesaikan masalah orang
(yang malangnya berkait dengan saya,..
jika tidak sudah tentu saya buat bena tidak bena.)
Saya paling tidak suka,
apabila saya bersusah payah selesaikan masalah tersebut,
guna kudrat, tenaga dan wang ringgit saya,
cuba jaga hati setiap pihak,
bertindak ibarat menarik rambut dalam tepung.
dan bilamana saya rasa masalah itu sudah selesai,
ada pihak yang punya kepentingan,
ada pihak yang suka menangguk di air keruh,
buat onar,
putar belitkan cerita.
and people used my words against me,
tindakan saya semuanya salah,
kata-kata lembut dan diplomasi saya,
tiba-tiba 'bertukar' jadi herdikan dan caci-cerca.
Cubalah berfikir ikut waras akal,
dengan kebiadapan dan sikap baran,
masakan ada masalah yang boleh selesai?
Saya betul-betul kecewa, sedih,
Rasa tak cukup tanah nak betulkan keadaan,
Nak jelaskan salah faham orang terhadap diri saya.
Alhamdulillah, saya cepat sedar,
untuk apa saya rusuh hati,
biar orang pandang kita keji,
biarlah siapa sahaja nak reka cerita demi kepentingan diri,
saya rela nama dan diri saya terpalit cela di mata manusia,
daripada cela di mata Sang Pencipta.
Saya tidak mahu ambil pusing lagi,
ikhtiar saya ternoktah di sini,
saya mahu kembali kepada kehidupan tenang saya,
langkah kita tidak sama, pemikiran juga berbeza,
dan saya juga tidak akan cuba bersihkan nama saya.
Terima kasih,
kalian sempat bekalkan saya pengajaran bernilai tentang hidup.
Tetapi ingatlah,
kalau hari ini kalian bisa menari,
dengan gah, bongkak, menindas orang,
memfitnah insan lain,
hari esok,
mungkin ada langkah yang sumbang,
ada kaki yang tersadung.
dan bila sudah tersungkur,...
Ingat satu perkara,..Tuhan kita tetap sama.
Allah yang Satu.
Pssst! Of course, coretan ini tidak ditujukan sama sekali buat rakan-rakan blogger saya heheheh
Sabar ya kak
BalasPadamInsya Allah. Thanks, ekin :)
Padamsama2 akak
Padamkenapa ni...
BalasPadamBiasalah, Zarul. Hidup ni kadang2 kita tak kacau orang, orang kacau kita ;)
Padamsapa berani kacau Kak Farah ni.. habaq mai saya....
PadamZF nk bagi tazkirah ke hihih
Padamapa pon sabaq la noh...
BalasPadamBetul kata ZF banyak kan bersabar kebenanran akan muncul jua
PadamInsya Allah, the truth will prevails,..it's just a matter of time.
Padamyes betul
Padamkata2 tu sama terjadi dalam kehidupan wana..kadang2 sampai stress, tertekan akibat banyak berfikir apa yang 'dia' buat pada wana..
BalasPadamBetulkan, Wana. Akak cuba untuk tak fikir tapi kadang2 ganggu fikiran jugak!
Padambetul, kekadang kita nak buat macam benda tuh tak jadi.. tapi adakalanya ianya tetap mengganggu fikiran kita..
PadamYes, bab mengganggu fikiran tu yang tak best :)
Padamnasib baik ada ayat yg last tu...mula2 risau gak...rasanya bukan tujukan tuk sis JM kan kan kan
BalasPadamHahahah ayat akhir tu perlu. Nanti tak pasal2 saya hurt insan2 yang tak sepatutnya ;)
PadamKenapa ni kak farah.
BalasPadamLama saya tak singgah sini. Maafkan saya wahai kak farrah
Ala aRz, tak perlu minta maaf. Dah sudi datang ni pun akak dah happy :)
Padamishh...x perlu tolong orang mcm tu..menyakitkan hati je
BalasPadamMemang sakit hati sis bila fikirkan. Tapi rezeki saya lah nak hadap semua ni :)
Padamhaap2 lah orang tu orang tu baca entri ni kan..ke dia mgmg x baca blog nih
BalasPadamHihihi entahlah...mana tau ada stalker tak diundang :)
PadamKami tetap bersama kak farrah
BalasPadamAmboiii, ayat aRz, boleh buat sepanduk! :D
Padambe strong~
BalasPadamThanks so much, Yien :)
PadamBila ada yg dengki pada kita itu tanda kehidupan kita lebih baik dari mereka..
BalasPadammembujuk diri sendiri kalau ada yg wat onar kat I..
Stay strong Kak Farrah yg comel.. :)
Itulah kan,...orang2 begini memang kita tak perlu layan.
PadamAiseyyy, bab Syida memujuk akak ni yang best ni! Akak kan leh perasan comel dgn Syida je.... :)
tak perlu tunggu org puji kita cantik ke, comel ke.. kita puji aja diri sendiri.. tapi tak perlu nak uar-uarkan kat luar, nanti ada yg mengutuk lagi.. :D hahahaha...
PadamKita je tahu kita comel.. HAHAHAHAHAAAAA
Hahahaha untuk kita-kita aja :)
Padamsabar banyak2 kak Farrah.. Eyda paham sangat bila kita berada dalam keadaan tersebut.. biar jelah, asalkan Allah mengetahui akan diri kita..
BalasPadamThanks, Eyda. Itulah bila difikir-fikirkan, biarlah orang nak kata apa. Yang penting kita di mata Allah. Yang penting insan penting dalam hidup kita tahu & kenal siapa kita :)
Padamyup, betul tuh kak Farrah..
Padamalahai.. kesian nye kat farrah. pasti farrah tengah stress kan sekarang... sabar ye kak. meh luahkan kat saya. hehe (perasan nak jadi counselor.. hahaha)
BalasPadamLast few weeks memang stress sikit. Lagi2 apabila orang keep on twist stories. Tapi alhamdulillah, sekarang dah OK. Buat apa yang nak risaukan pandangan orang. Intan offer nak jadi counselor? Bestnya! Terharulah. Thanks so much! Tapi tak leh kacau Intan, ada banyak journals nak baca,..ada thesis nak kena siapkan...
PadamUjian ALLAH :) Itu maknanya dia sayang dekat kita.. Yang penting ALLAH tahu siapa benar dan siapa salah :) Sabar ye Kak Farrah.. # Muahciked
BalasPadamThanks, Cik Mimie. Nah, amik flying kiss ni :)
PadamPada akhirnya, kita dapat menilai siapa yg benar-benar ikhlas dengan kita dan siapa yg tidak. Pelajarannya memang pahit tapi pengajarannya berbaloi utk kita jadikan pedoman sepanjang hayat. Stay strong and be happy. Life must go on.
BalasPadamThanks so much, Gee. Betul, at the end of the day kita dapat pengajaran yang sangat berharga. Buat saya berfikir semula siapa yang worth it berada dalam hidup saya, siapa yang tidak :)
PadamYeszzerrr! SS pon cukup tak suka... Bengang'sss kannnnsss...
BalasPadamBetul! Sangat sangat bengang kan!
PadamNasib baik coretan ni bukan utk blogger... Kalu x... SS dah lari bawah pokok pisang! Merajok! Kah kah kah...
BalasPadampokok pisang yang dinampaknya..haha
PadamHahaha ayat akhir tu macam disclaimer. Sebbaik SS tak lari majuk bawah pokok pisang. Susah nak panggil Sis JM untuk pujuk SS nanti. Tak pasal-pasal jadi Memori Daun Pisang lak! :)
Padamsenang je nk pujuk SS tu...kasi kiss je hiksss
PadamInilah masam masin hidup... Redhoooo always!
BalasPadamYes, will try my best! :)
Padamkdg kita terfikir...besarkah dosa kita terhadap mereka sehgga sanggup diperlakukan sebegini?
BalasPadamBetul tu, Anies. Buat kita fikir, teruk sangat ke layanan saya pada merea? Confused sendiri :)
PadamMoga sentiasa dikurniakan kesabaran yang tinggi ya kak Farrah :)
BalasPadamAmin. Terima kasih atas doanya, Farah :)
PadamBersabar ye Farah..cuak pulak bila baca ni tadi.. dah la baru berkenalan hhuhu
BalasPadamHihihi salam perkenalan buat Ibu Zarith. Terima kasih sudi berkunjung ke blog saya. Maaflah, kenal2 dah kena baca entri sentap jiwa saya :)
Padamsaya cukup tak suka bila orang terus suka-suka menuduh kita padahal dia xtau cerita sebenar. dia berpihak pada satu sisi sahaja. lepas tu buat onar, kata kita macam-macam. hmmm sabar la ye kak Farrah. itu je saya mampu bagi. saya doakan mereka semua menyesali tindakan macam tu. x baik aniaya orang
BalasPadamThanks, Amy. Akak anggap itu bahagian akak je lah. Sometimes dalam life kita kena terima yang some people are broken and incorrigible :)
PadamMasalahnya orang memang suka dengar satu pihak dan makin kusutkan keadaan. Akak anggap bahagian akak jelah, Amy. Dalam life ni some people are simply broken & incorrigible. Tak boleh ambil kira dah :)
Padambiasa la sis, org kalau tak ada PHD mmang tenang hidup kita sis. nina pun ada hadap org2 mcm ni.
BalasPadambuat tak peduli okay..
Thanks, Nina. Betul tu. Buat tak pedulilah jalan yg terbaik! :)
Padammane2 org pon akan mengalami masalah cmni kot kak farrah
BalasPadamtak ape lah orang sekeliling ada boleh support akk
Yesssss betul tu. Ada gangguan & onar, ada juga sokongan :)
Padamjarang Kak Farrah up entri beremosi macam ni.. mesti ur so down kan..
BalasPadamchin up kak.. orang2 yg tak penting macam ni campak tepi je..
Thanks so much CT! Masa ni memang down sangat. Tapi sekarang dah OK :)
PadamMuahhhhhhhhhhh!