Turn right at Jalan Setapang

Ahad, Mei 03, 2015

Baru sahaja kelmarin buat aksi kucing malas bersantai sebab kerja-kerja saya dah selesai. Semalam, atas urusan mengejut, saya dan Bott terpaksa ke Bandaraya Bersejarah Tapak Warisan Dunia. Bimbang terjebak dengan kesesakan lalu lintas, kami grabbed barang apa yang sempat dan terus mulakan perjalanan. 

Alhamdulillah, perjalanan smooth. Cuma sesak sedikit dari tol Seremban ke Port Dickson sebab ada kemalangan. Masuk je bandar Melaka, mata kami berdua berkelip di luar kebiasaan. Kes tak tahu jalan. Last time kami berkunjung ke tempat yang hendak dituju rasanya lebih sedasawarsa yang lalu.

Mujurlah ada Waze. Dengan confident ikut arahan mat saleh suruh belok kiri belok kanan. Jika tiada aral, akan sampai ke destinasi yg dituju dalam masa setengah jam. Tengah kalut ikut arahan dan cari jalan, baru perasan yang bateri handphone dah nyawa-nyawa ikan. Dalam hati puas berdoa, harap-harap sempatlah bateri ni.

Dah nama pun nyawa-nyawa ikan,..


"Turn right at jey-lan ke-tay-peng."
(Turn right at Jalan Ketapang)

Itulah wasiat terakhir Waze sebelum phone saya memaparkan skrin hitam. Saya dan Bott mengekek-ngekek dalam kereta mengenangkan separuh perjalanan tanpa arah kami. Nak buat macammana, redah jelah. Handphone Bott awal-awal dah serah diri.

Syukur, setelah sesat ke timur ke barat, redah kampung ini, masuk pekan itu,...dengan banyak traffic lights, traffic jam sana sini,..Akhirnya, kami berdua selamat sampai. Dua jam kemudian!

Moral of the story - 2 P

Powerbank Pineng
Hehehe!

Have a majestic Sunday!


47 ulasan

  1. haha..lawak juga ya kak..nasib baik selamat tiba ke destinasi ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, mujur sampai gak. Klu tak main pusing2 sekitar bandar Melaka jelah jawabnya :)

      Padam
  2. psst..akak..kena beli powerbank la lepas ni..heheh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak bimbang powerbank pun lupa nak charge hihihihi

      Padam
  3. pandai pulak mat salleh tu sebut tapi kalau sis JM dgr bukan jln setapang tapi jalan ke taiping

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis macam Bott, berkerut muka dia tak paham mat saleh tu punya slang hihihihi
      Tu belum dia sebut bey-cheng (Bachang) lagi ;)

      Padam
    2. nasib baik tak tersesat sebab xpaham apa yg mat saleh tu cakap....hahahhaha

      Padam
    3. Kalau sesat sebab direction mat saleh tu memang naya!

      Padam
  4. yes...perlu ada powerbank as a backup...tapi sis JM guna power bank pineng x sampai setahun dah lingkup

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasalah, sis. Mende2 camni ikut rezeki kita. Dapat yg elok, lama bertahan. Dapat yg tak, sekejap je kiokk!

      Padam
    2. Jay Emm guna apa pon jahanam.... Mana taknya... Abis semua dia ketuk! Nampaknye lembut berjiwa Fink tapi leh tahan kasar gak nih... He He He...
      * Carik pasal!

      Padam
    3. SS carik pasal ngan Sis JM si pojaan hati :)

      Padam
  5. Hak hak.. kesian.. biasalah tu. Saya pun sampai skrg tak penahnye pakai power bank. Kalau mati, mati lah.. hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun macam tulah lebih kurang. Tak alert pun battery handphone weak ke strong ke...itu yg bila terkena dengan insiden setapang ni gelak je lah. :D

      Padam
  6. Dapat bayangkan macam mana bunyi mat salleh tu sebut Jalan Ketapang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi sehabis baik dah mat saleh tu cuba menyebutnya :)

      Padam
  7. Jangan bawak Powerbank Pineng yang jugak dah nyawa2 ikan dah laaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu kalau begitu, guna waze dalam kepala sendiri je lah jawabnya :)

      Padam
  8. Sedasawarsa...wahh..bahasa klasik..first time dgr ni...

    Alhamdulillah, sampai akhirnya, waze dah kong, kita guna GPS..Guna ke'Pala' Sendiri...hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi dasawarsa tu nak beri efek khas utk jalan ketapang je ;)
      Memang akhirnya GPS!

      Padam
  9. Jalan2 dekat Melaka memang pening sikit bagi orang baru...hehehe..awat tak guna car charger..at least ada backup :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa2 charger pun akak tak ada masa tu, Cik Mimie. Tak sempat grab sebelum bertolak :)

      Padam
  10. hahaha... rindu Melaka lah kak... Melaka sihat an..?? hehe

    BalasPadam
  11. Saya pi mana-mana pun mesti bawak 2P tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak tak suka guna powerbank,..konon buat berat beg. Sekali...ketapang jadinya hehehe

      Padam
  12. dia suruh makan angin laa tuh.. hehehe..

    BalasPadam
  13. farra,zaman sekarang 2P ibarat best friend tau..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena belajar buat kawan dengan 2P la gamaknya, Khaty :)

      Padam
  14. powerbank sangat penting sekarang..ada henfon xdak bateri memang tak berguna..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Handphone kalau tak de bateri, layak jadi paperweight je la ;)

      Padam
    2. powerbank sekarang antara barangan yang wajib ada..

      Padam
  15. I teringat lagi masa mula nak guna wave, arahan turn left, dgn confidentnya I p turn right..haha.. bukan tak kenal arah, tapi ntah la, ngan jln busy tu turn ja ikut sempat..hahahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sel2 otak tak dapat berhubung nih... He He He..

      Padam
    2. Kena minum susu lagi ni. Tak pun makan produk Shaklee banyak2 :)

      Padam
  16. GPS = Guna Pon Sesat.... Keh Keh Keh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya guna GPS yang inilah. Sesat di bumi Hang Tuah!

      Padam
    2. baik tak payah guna GPS kalau macam tuh..

      Padam
  17. GPS mati... Guna GPOS = Guna Pakai Otak Sendiri... He He He...

    BalasPadam
    Balasan
    1. GPOS pun tak ada ertinya, SS. Semua jalan dan trafik light nampak sama je!

      Padam
  18. Power bank perlu ada utk cas hp huhuhu...

    BalasPadam
  19. hahah kira hebat la tu kak
    alhmdullilah sampai jugak ke destinasi
    sekarang ni powerbank dah menjadi satu keperluan da
    bukan kehendak..
    kene ade
    charger kat kereta pon ade stnby

    BalasPadam
  20. saya andai pergi mna yg jauh2... akan bawak 3 powerbank...

    BalasPadam
  21. Hahhahaha 'slang' mat salleh gitu.. Ke ta peng;)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.