Selalunya untuk memasak saya tak pakai santan biasa atau beli kelapa parut. Santan kotak Ayam Brands (Fat Trimmed) jadi pilihan. Rendah lemak. Elok untuk kesihatan :) Tapi, masa bulan puasa hari tu, Cekebon teringin nak makan onde-onde. Jadi, belilah kelapa parut sebiji. Asingkan yang putih untuk kuih, selebihnya diperah untuk buat serawa durian.
Inilah hampasnya. Jangan buang! Masih boleh kita gunakan. Jom buat scrub untuk badan. Ini petua orang dulu-dulu. Ketika mandi, ambil hampas kelapa dan gosokkan pada tubuh. Tujuannya untuk menanggalkan sel kulit mati dan kasi sental daki-daki badan semua! Kita juga boleh tambah beberapa bahan lain seperti serbuk kopi atau madu untuk dicampurkan dengan hampas kelapa.
DIY Body Scrub Hampas Kelapa
Cara 1:
- Hampas kelapa (Kuantiti terpulang pada anda)
- 1 - 2 sudu besar serbuk kopi
Gaulkan sekata kedua-dua bahan dan lumur pada badan. Kemudian, gosok badan (boleh gunakan loofah untuk hasil yang lebih berkesan) dan bilas badan hingga bersih.
Cara 2:
- Hampas kelapa (Kuantiti terpulang pada anda)
- 1 - 2 sudu besar madu
- 1 - 2 sudu besar teh hijau (Saya selalu simpan serdak/uncang teh yang telah digunakan)
Gaulkan sekata kesemua bahan dan lumur pada badan. Kemudian, gosok badan (boleh gunakan loofah untuk hasil yang lebih berkesan) dan bilas badan hingga bersih.
Cara 3:
- Hampas kelapa (Kuantiti terpulang pada anda)
- Beberapa biji buah strawberi yang dikisar dengan sedikit air
Gaulkan sekata kedua-dua bahan dan lumur pada badan. Kemudian, gosok badan (boleh gunakan loofah untuk hasil yang lebih berkesan) dan bilas badan hingga bersih.
Pilihlah mana-mana cara yang berkenan di hati. Selepas menggunakan DIY scrub ni, kulit akan rasa lebih lembut dan halus. Selamat Mencuba!
Wah..bestnya Kak Farrah..lama dah wana tak buat body scrub ni..best juga sesekali manjakan diri kan.petua ni senang ja nak buat..Thanx atas perkongsian menarik ni..
BalasPadamMemang senang kan, Wana. Murah dan jimat kos pulak tu.
Padammenarik..ida selalu guna kopi je..
BalasPadamNanti sis cuba gabung hampas kelapa dgn kopi. Bestttt! :)
PadamWah, baru tahu...huhuhu...Terima kasih share Kak Farrah...lepas ni cntik la kulit ni..sental dengan hampas kelapa hari2..hehee
BalasPadamAmboi, sental tiap2 hari! Terlajak laris pun boleh kalah ni! :)
PadamEeeeeee...dulu kasar, sekarang lembut.. gunalah hampas kelapa..sental hari2..pasti berseri..hahaha
Padam*terlajak larisssss :P
Jarang dah beli nyioq ni... sekarang guna santan kotak ja..
BalasPadamDulu kecik2 ja ibu suruh pi beli....
Samalah kita, Firah. Akak cari kelapa time nak buat kuih je la :)
Padamsaya kerja bridal and spa dulu pun pakai scrub dari kelapa. hehe
BalasPadamScha dah expert...leh invent scrub sendiri lepas ni :)
PadamBerminyaklah satu badan ek...
Padammcm2 bahan boleh guna utk buat scrub bdn.. kt rumah beli borong kelapa lps tu mesin sndiri :)
BalasPadamWah, Nina ada mesin pemarut kelapa kat rumah?! Bestnya!
PadamWahh hampas kelapaa boleh buat scrub menarik :)
BalasPadamKak Farah, Zarith masih prefer kelapa parut untuk masak lauk bersantan, traditional sungguh kan, hehe.. Teringat dulu, setiap kali lepas tolong ibu perah santan, mesti scrub hampas ke muka, ibu cakap bagus untuk kecantikan, hehe
BalasPadamwaaa....sy kt umah xde hampas kelapa..selalu beli santan jerr....nnti nk cuba jugak lah...mana tau bila dah scrub jd kurang saiz bdn....logik x?? hahahhaaa
BalasPadamHampagas ada tak? Haaa guna itu... he he he...
Padamwah hampas kepala boleh buat scrub baru taw ni hihihihi
BalasPadamFirst time dengar... Perghhhh!
BalasPadamDah lumur2 satu badan... Duduk atas kuali panas.. Ha Ha Ha...
BalasPadamKat kg mmg guna santan perah ni la..hampas nyok ni bg ayam ja...
BalasPadamkite pernah cuba bende ni dulu2 masa kecik2 dulu.. nenek yang buatkan sebab sayang nak buang hampas kelapa.. hehe
BalasPadamhuhuhu yang dengan stroberi tu amatlah exclusive nak memanjakan diri..
BalasPadamscrub sminggu skali.. hahaha.. kalo hari2 mmg berjam2 la dalam toilet..
BalasPadamdah lama x beli kelapa parut...guna masak santan kotak..x pun beli yg dah ready di perah
BalasPadamnampak nya daki2 yg degil pun boleh tanggal ..nk cari kelapa parut lah lepas ni
BalasPadamDah cuba buat sis JM
PadamTak pernah lagi guna hampas kelapa. Selalu Ros guna beras je...
BalasPadamCampur strawberry tu.. Emm mesti wangi je... Best!
BalasPadamloofah tu ape kak farrah
BalasPadamtak pernahdgr pon
heee xtau lak ade kegunaan hampas kelapa ni
bagus nye
terima kasih tips ni
pasni bleh simpan hampas utk buat scrub
Fuyoooo.... first time tau ni....
BalasPadamErrr tp rumah x de hampas kelapa... huhu...
Semua guna santan dh siap perah kt pasar
Akak ni mmmg hebat lah... pandai masak.
BalasPadamPandai crafting