Nasi Goreng Blackpepper

Isnin, Julai 06, 2015

Ni late night supper saya last week. Masa berbuka, saya di luar. Sempat makan roti je. Dah balik baru rasa perut berlubang. So, intai peti ais, godeklah apa yang patut.

Nasi Goreng Blackpepper & Air Coklat Panas


Resepi Nasi Goreng Blackpepper (Untuk 1 orang)

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Dada ayam (1/2 - 1 potong, bergantung pada saiz)
  • 1 - 2 cawan nasi
  • 3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 3 sudu besar mixed vegetables
  • 2 - 3 sudu besar sos lada hitam Life
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak Canola

Langkah-langkah Penyediaan:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan mix vege dan ayam. Goreng sekejap hingga ayam masak.
  2. Masukkan sos lada hitam Life. Kacau hingga sebati. 
  3. Kemudian bolehlah dimasukkan nasi. Perasakan dengan garam. Siappppp!

Kalau nak buat lebih, gandakan portion di atas ye. Boleh tambah fishcakes atau fishballs jika ingin lebih yummy!

53 ulasan

  1. Lada hitam, tapi putih...

    Suka suka suka...

    Tak suka nasi goreng hitam, nanti jadi hitam jugak.. hehe

    Tadak kaitan kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah mana Firah dapat teori tu? Lepas ni nak masak putih2 jelah :)

      Padam
  2. sedaaappp.. boleh cuba resipi ni lepas ni.. tq farrah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang menyedapkannya sos blackpepper Life tu, Intan :)

      Padam
  3. hahahaha... dan lagi....
    uit uit... puasa huda puasa...

    hihihi..
    sis ... tak black pun nasik tu

    BalasPadam
  4. yes, tambah lagi resepi.. boleh goreng makan masa sahur..
    cepatnya masa berlalu, dah fasa ketiga ramadan.. rasa macam xpuas lagi puasa..dah la xleh nak puasa penuh sebulan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mengapa. Tak leh puasa, kita rebut peluang buat amal ibadah lain :)

      Padam
  5. laparnya tengok gambar ni..huhu.sedap ek sos Life tu..x pernah try.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi akak sedap, Sal. Kenalah dengan citarasa :)

      Padam
  6. Ok, memang sedap dan mudah disediakan..hehehe..

    boleh try nnti :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti dah cuba leh kongsi kat blog. Suka ke idak :)

      Padam
  7. en asben suka la kalau ade blackpaper ni
    masak la pedas mane pon
    nak jugak selit black paper dia tuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, husband ayu suka blackpepper ye...masak sambal kena selit blackpepper tak? :)

      Padam
  8. Bestnya..air coklat panas tu.... syok!

    BalasPadam
  9. ingatkan tumbuk blackpepper tu rupanya guna sos...x pernah try lagi resipi ni biasa buat nasi goreng kg je..boleh lah try waktu bersahur nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu saya tumbuk blackpepper je, Sis. Tapi ni alang2 dah ada sos blackpepper, guna je :)

      Padam
  10. minum lak dgn hot coklat...fuhh..terangkat montot

    BalasPadam
  11. perut berlubang tu mcm mn farrah?? hahahaha.....sy pun suka nasi goreng simple mcm ni...senang...mudah dan sedap heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. SS pon nak tanya soklan yang serupa... Cemana ruper perut berlubang tu?

      Padam
    2. Alaaa perut berlubang tu rasa macam ada lubang-lubang jalan kat perut! Hihihih rasa tak sedap je. Minta diisi lah tu :)

      Padam
  12. nasi goreng cina gitu kaler nya.
    ada black pepper ekk.
    anak2 aida tak makan apapun yg berlada itam...
    aida tak boleh la letak lada itam kalau goreng nasi.
    diorang muncung :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang lebih kurang macam nasi goreng cina, Aida.
      Oh, bebudak tu tak suka lada itam ye....tak kena ngan selera lah tu :)

      Padam
  13. Abe xsuka yg ada sayur even sayur campur.
    Tapi, yiyi n ajik belasah je..

    BalasPadam
  14. Sekali imbas macam nasi goreng pataya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekali imbas,..imbas pakai apa tu duhai SS? :)

      Padam
  15. Balasan
    1. saya memang suka bab yang ringkas tapi sedap ni, sis :)

      Padam
  16. ekin dah buat versi ekinnsangat sedap hihihi

    BalasPadam
  17. Terpandang air tu ingatkan nescafe/hot coffee. Hehehe. Rupanya air coklat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihih memang rupanya cam air kopi kan. Air coklat ni tak pekat colournya tapi bau wangi semerbak! :)

      Padam
  18. aduhhh sdapnyaaa kak.. nak try buat nasi greng nii la.. dahnya kite xreti masak nasi greng..huuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba. Jangan risau, mesti sedap punyalah Nadyya buat. :)

      Padam
  19. nak buat esok! sabor jangan buat pasal masak nasi goreng memalam ni hahahha

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.