Avokado memang akan ada dalam senarai beli-belah saya. Saya suka buat jus alpukat. Yummehhhhh! Tak pun buat desserts or guacamole, sejenis dipping sauce untuk chips atau salad. Hari ini saya nak kongsi cara memilih avokado yang sesuai.
Biasanya avokado yang saya beli sama ada diimport dari Amerika Syarikat ataupun Australia. Dari segi harga, avokado Australia lebih murah. Julat harga memang susah sikit nak agak sebab saya pernah beli sebiji avokado semurah RM1.20. Hari lain saya pergi, harganya melambung ke RM5 - 7/sebiji. Tengok rezeki kitalah ye.
Tips Memilih Avokado dengan Betul.
Saya ingin kongsikan satu tips mudah. Cara memilih avokado mengikut keperluan kalian berdasarkan warna kulitnya.
First thing to consider, adakah kita nak guna avokado tu segera atau nak buat stok?
Perhatikan gambar di bawah elok-elok.
Cara Memilih Avokado |
Dua biji buah avokado di sebelah kanan berwarna coklat kehitaman. Jika disentuh/dipicit bahagian luarnya, rasa lembut. Avokado ini sedia untuk dimakan. Jadi, seandainya nak beli avokado untuk hidangan hari itu atau esoknya, pilihlah warna yang coklat atau coklat kehitaman seperti di atas.
Perhatikan pula dua biji di sebelah kiri. Paling kiri berwarna hijau - belum masak. Tekstur luar jika ditekan, keras. Sesuai untuk dijadikan stok. Boleh tahan dalam seminggu lebih.
Kedua dari kiri (yang warna hijau olive tu) - hampir masak avokadonya tetapi perlu tunggu sehari dua lagi barulah sesuai untuk digunakan.
Harap panduan ini dapat membantu. Ingin cuba buat jus alpukat (avokado)? Boleh cuba jus alpukat cara saya di sini.
thanks share kak Farrah..saya memang tak pandai buah-buahan oversea ni.kalau pilih durian tu boleh la..hehe
BalasPadamp/s: avokado ni sayur ke buah?
Wah,..hebat tu! Pandai pilih doyan! Err,..avokado ni ala2 spesies pening. Kalau ikutkan pokoknya, sama keluarga ngan pokok kayu manis, daun selasih,..so falls under sayurlah. Tetapi buahnya tu pulak kategori buah sebab avocado juga sejenis berry ;)
Padamkenot gooooo avokado tp kalo sos dipping tu bleh gak telan..
BalasPadamnow i can smile =D big smile..
psss : u know what i mean kan ahahahaha.. bahagia..
I belum boleh smile..sebab belum masuk senarai.ni kena mengamuk gak nih..haha
Padam@SYM - Hahahahaha smile broadly, dear. Senyum selebar-lebarnya!
Padam@Sal - Esok masih ada... :)
I don't know wut u mean... Keh keh keh...
PadamHihihi kena tanya dekat budak yg tengah senyum tu :)
Padammacam Etuza tak pernah lah, dengar ada tentang buah ni..bukan buah lemak kan..buah susu.Ni nampak kecil..rasanya sama bentuk dengan buah lemak kan
BalasPadamMungkin sama Etuza. Saya tak pernah rasa buah lemak. Tapi kalau dilihat dari teksturnya macam lebih kurang sama :)
PadamHihi... ada kt ostrolia ke... pasai pa sy tak pasan.
BalasPadamAsal p ostrolia ja p borong ceri...
Pasni nk p cari avocado lah pulak.
Huda nk ke ostolia...ikut boleh :P
PadamKak... rasa avocado tu mcm mn? Slalu tgk utk shampoo je...
BalasPadamSiyesly x pnh mkn...x tau apa rasa dia.
Rasanya lemak-lemak susu,..tak manis sangat.
Padamlemak2 berkrim disukai ramai...
Padambagus tips ni sbb sis JM x pernah beli buah avocado...mkn jus avocado tu pernah ketika trip ke Indonesia...mmg sedap..lemak manis!
BalasPadamCara kopek dia macam kopek manggis tak? ha ha ha...
Padamjujur cakap aiza tak pernah makan buah avocado.. sedap ke rasanya?
BalasPadamthanks for sharing sis... akak tak pernah beli sdiri avacado ni.... makan kawan belikan jer.... hehe
BalasPadamIni kena tunjuk dekat Mama saya sebab Mama saya obses dengan avokado. Senang sikit dia nak pilih nanti.
BalasPadamTak pernah makan buah ni tengok rajin la
BalasPadamAvokado...tak pandai nak makan buah ni..heee...pilih lagi la x pandai..hikhikhik
BalasPadamSenang je makan dia... Kunyah2 telan... he he he...
Padambiasa dengar menatang ni
BalasPadamtapi tak penah rasa =)
Tak pernah rasa buah ni lagi.. tengok ramai kedai2 buat air dan dalam masakan pun ada dorang letak...
BalasPadamBila sebut Avokado... SS membayangkan shampoo dan cream... he he he...
BalasPadamFarrah dah biasa beli sampai dah boleh agak teksturnya bagaimana... saya memang tak pernah beli avokado... tak reti makan... tapi mana tau satu hari nanti saya nak try,boleh ikut tips ni... thanks Farrah...
BalasPadamthanks Farrah for sharing.. saya pun pernah guna avocado jugak tapi jarang sangat sebab rasa die "tak sedap" hehe
BalasPadamnice sharing.. tak pernah beli dan makan fresh macam nih..
BalasPadamxpernah lagi makan buah ni
BalasPadamaida tak pernah beli tau.
BalasPadammemang xde dlm list shopping aida.
cuci muka avokado ada la :) hi hi...
sy x penah mkn avocado ni...penah 'terminum' jus alpukat tp x tertelan ;-)
BalasPadamsy lom pernah lg merasa buah avokado nihh...rasa dia lemak2 ehhh
BalasPadamthanx kak farrah atas perkongsian...
BalasPadamayu baru tau nia...
teringin jugak nak beli nak merasa ha.. tp xpandai
pasni leh g usha2 kt jusco la
Selalu minum jus avacado ja. Tak tahu pula avacado ni klu berwarna coklat kehitaman sedia untuk dimakan.
BalasPadam