Baiki Meja Jepun Berkudis

Selasa, April 12, 2016

Inilah meja Jepun berkudis kepunyaan saya! Memang parah keadaan kudisnya ;) Asalnya, meja Jepun ini kepunyaan Bott. Dia beli masa kami duduk menyewa lapan sembilan tahun yang lepas. Meja ini kakinya boleh lipat. Jadi, sangat portable nak dibawa ke sana ke mari untuk buat kerja. Punyalah lama meja Jepun ni berbakti pada kami berdua. Nak kemas pun senang. Kami pindah sana sini, dia pun ikut pindah. Walaupun sekarang dah ada macam-macam bentuk dan saiz meja di rumah, rasa sayang nak buang. Bott dengan rela hati bagi saya meja ini untuk duduk buat kraf depan TV.

Sampai kat saya, terus kondisi meja ni jadi tragis! Yelah, kat situlah makan, kat situ minum,...situ jugaklah saya memotong, menoreh, menampal. Belum campur Si Yuri decided untuk buat meja tu landasan tajamkan kuku dia lagi! Bila dah berkudis berbonggol begini, baru nak rasa bersalah. Selama ini bila Bott bebel suruh pakai alas meja, pakai coasters saya buat pekak je...

Huduh kan?!

Dek dihambat rasa bersalah rosakkan meja Jepun Bott, (ditambah pula dengan sakit mata tengok rupa meja berkudis sedemikian), saya pun baiki meja yang banyak jasa ini. Saya beli kertas pasir dan wall decorative paper di Mr. DIY. Wall decorative paper ni ala-ala wallpaper lah. Self-adhesive. Ada banyak jenis dan kualiti. Saya beli yang paling murah. Segulung tu ada 2 meter, RM3.50.

Mula-mula, saya gosok permukaan meja dengan menggunakan kertas pasir. Kasi bonjol-bonjol, bonggol-bonggol kudis tu surut. Apabila dah licin dan rata sedikit permukaan meja tu, barulah ditampal dengan wall decorative paper tadi. Hasilnya,...

Tattadaaaaaa!
Meja Jepun berwajah baru.

Cantik tak meja saya? :)


43 ulasan

  1. Rajinnya..dulu adalah meja jadi macam ni, terus buang ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheh dah berkudis begini, ngeri nak guna kan ;)

      Padam
  2. Memang cantik pun hasilnya kak bila dah balut dengan paper tu..:)

    BalasPadam
  3. baru nampak cantik sikit dh pakaikan baju baru. kena jaga meja jepun saya bebaik, taknak kasi berkudis :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yessss, jaga baik2 sepenuh hati tau! Jangan kasi berkudis! :)

      Padam
  4. wahhh cantiknya meja... dia duk kawasan barang2 wallpaper gak ke kak farah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah, ekin. Carilah yang berkenan ikut bajet dan citarasa :)

      Padam
    2. wokey kak farah.. nanti ekin try carikan... :)

      Padam
  5. Balasan
    1. Kihkihkih meja jepun pun ada testimoni tau! :)

      Padam
    2. hihihihihi.. PM testimoni lagi kak farrah..

      Padam
    3. Ikhwan ingat meja tu dato vida ke? Ha ha ha...

      Padam
  6. Mr.DIY mmg senang nk dpt brg yg kita nak kan.. yg penting harga murah jugaklah.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oklah. Barang2 kat situ kebanyakannya berbaloi dengan harga yg kita bayar :)

      Padam
    2. betol tu kak... mmg berbaloi dgn harganya..

      Padam
  7. banyaknya aktiviti akak atas meja ni.. hihihih.. kat rumah saya ad satu tapi taruk bawah katil bila nak pakai fuhhh berhabuk.. hihihih

    BalasPadam
  8. Si Yuri tu nak meja jugak kak Farrah.. :D nak asah kuku tu.. hihihi

    BalasPadam
  9. tudiaa tudiaaa. lawa ngat aih ! :D

    BalasPadam
  10. saya pun dlu ada meja jepun,itulah tempat nak buat assigment seni,itulah tempat makan minum,tempat iron baju..hahahhaa.. macam2 fungsi rupanya meja jepun ni.. hehehe..sampaila satu hari tu kan,abah tegur suruh letak lapik meja sbb kekadang saya ni buat projek seni guna pisau...bukan nak lapik apa2,hahaha..memang calar balar la meja,tapi dah tolak dekat adk meja tu,tak tahu la baik ke tidak lagi..huhu

    BalasPadam
  11. sy pun selalu gi D.i.y, tengok-tengok barang rumah.murah tp banyak pilihan.

    BalasPadam
  12. kat rumah attuk saya ada meja jepun gak..tapi bentuk heksagon. (nak jugak mention..hehe)

    BalasPadam
    Balasan
    1. SS bukak buku matematik nak nengok bentuk hegsagon tu... Saje nak tunjuk jakon.. Ha ha ha

      Padam
  13. baru laa cantik selepas dihias cantik.. kalau tak buruk rupanya..

    BalasPadam
  14. SS ada meja pokok getah ni... Dah lama buang.. Meja ni x leh lembab... Mmg berkurap.. Ha ha ha..

    BalasPadam
  15. Wall decorative tu boleh lap ke cikgu?

    BalasPadam
  16. Hilang x bonjol2 tu? Maksud sy blj rata ke guna sand paper tu?

    BalasPadam
  17. Meja jepun sy yg size mcm akk ni ... dia jd melengkung ke bawah. Huhuhu

    BalasPadam
  18. Cantik! Memang nampak kemas aje. Macam beli meja baru. =)

    BalasPadam
  19. agak sedih jugakla meja tu diperlakukan sedemikian rupa.. isk isk Kak Farrah.. sampai ati..

    BalasPadam
  20. tapi bila akak gosok ngan sand paper tu.. dia x pecah2 ke ?

    BalasPadam
  21. dia nye cantik lepas tu pergh.. macam meja order dari italy ngeh2..

    BalasPadam
  22. salam kak meja jepun yana besar! hahha , eh bukan besar panjang

    BalasPadam
  23. banyak jasa meja tu, bagus jugak akak bagi penghargaan....sampul balik

    BalasPadam
  24. hope yuri ak asah la kuku dia lagi kat meja berwajah baru tu

    BalasPadam
  25. yes yes yes. good idea ni farrah.
    meja belajar anak2 dara da mcm apa ntah!
    hitam legam.
    bila la mau singgah diy ni. mau carik itu wallpaper.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.