Sampul duit raya? Betul, kita nak buat sampul raya sendiri. Almaklumlah sekarang ni orang bagi angpau packets free dah tak semeriah dulu. Kita buat sendiri lagi bagus! Jimat pun jimat. Istimewa sedikit. Di bawah ini saya ada dua set rekaan sampul raya. Saja pilih tema ala-ala doodles. Something simple and sweet.
Set 1
Set 2
Sampul duit raya ini rekaannya memang plain sebab saya nak cetak atas kertas kraf. Saya akan guna Recycle Kraft Paper 100gsm, teksturnya macam kulit buku tulis sekolah cuma nipis sedikit. Tidakpun, boleh guna kertas daripada buku lama atau suratkhabar. Potong ikut saiz A4, kita cetak atas kertas tu. Lebih kurang seperti Kraf Kertas Menggunakan Muka Surat Buku Lama. Dapat gambaran tak?
Insya-Allah, nanti saya akan kongsikan hasil akhirnya. DIY Sampul Raya ni boleh dijadikan aktiviti untuk anak-anak juga. Sambil-sambil tunggu waktu berbuka tu, bolehlah suruh mereka potong dan gam sampul ini. Oh, lupa pula! Sebelum cetak, pastikan di bahagian Page Scaling tu, pilih setting 'Fit To Printable Area' or something like that :)
Selamat Mencuba!
Muat naik hasil kreativiti anda di Instagram. Gunakan hashtag #famftowercrafts di Instagram (dan boleh juga tag saya @faidamf) untuk sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini. Anda berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada saya :)
comelnya... jimat sangat ni
BalasPadamMemang jimat. Tapi saiz dia tak panjang macam sampul raya biasa tulah. 1 A4 dapat dua :)
Padamowhhhh gitu...
PadamJimat haa. takyah beli takpun dapat free sebab beli barang2 hahah
BalasPadamHihihi akak tahun lepas tak dapat sangat. Beli barang, kosong je,...pegi bank pun sampul abis.
PadamRajinnya... jimat kos ;)
BalasPadamBuat isi2 masa, Azwar :)
PadamKalu letak nama penerima pon bagus jugak...
BalasPadamHarap haraplah ada nama kita sebagai penerima
PadamSS mohon listkan nama saudara kat sini jugak tau... T_T
PadamBetul tu, SS. Sesuai utk letak nama lagi2 kalau isinya berkepuk-kepuk. Nanti salah bagi haru gak ;)
PadamHuda & Ikhwan - macam2 lah korang ni!
cantik.. tentiu kak farrahh.. mihmihmih
BalasPadamHikhikhik tentiu ada makna tuh ;)
Padamkalau sis JM ke rumah CC (cikgu Ceketed) leh dapat duitraya tak?
BalasPadambolehlah singgit Sis JM.. kihkihkih
PadamKuih raya dapat,..duit raya mintak cekebon :)
Padamkalau ada tutorial utk buat kad raya lagi best sbb ada ramai peminat sis JM nk pos ni kih kih kih..*mood perasan
BalasPadamdah ada , sila buat kasi yana satu + duit raya sekali okey , hahhaha
Padamkak Farrah dah up tu.. tulah ci yana kad raya+Duit raya.. hihihihihihi.. bak sini sekeping..
PadamKak JM buat nanti kasi sinii satu :p
PadamSis JM dah kena pau dengan adik2 :)
Padamdah klik link tu tak boleh display lak page tu iskkk
BalasPadamYe ke,...nanti saya godek!
Padammcm kecik n pendek jek..kalau masuk RM1 kena lipat eh
BalasPadamYes, memang kecik dan pendek. Duit kena lipat sebab bentuknya square :)
Padamtak perlu nk beli sampul kan..better buat sendiri sbb budak2 tu bila dah dapat sampul tu..di buaang nye..nak nak tgk 'isi' jek
BalasPadamhahhah kan , guna je sampul adik adik / anak-anak tahun lepas guna semula
Padamlepas diorg buang.. pegi kutip balik Sis JM.. lagi jimat... hihihihih
PadamSetuju. Sebenarnya sampul ni kalau dapat reuse memang saya guna semula. Bebudak kadang2 duit ambil, sampul tinggal atas meja ;)
Padamada design lain tak selain doodle..gambar masjid ke bunga ke...pelita ke..
BalasPadam**eh..carilah sendiri kat link tu ;p
tanya pakcik google kak JM
PadamBoboiboy raya taknak ke sis JM???? TERBAIK
PadamHikhikhik saya punya design tahun ni memang simple doodle je, sis. Semua nak jimat! Jimat kos, jimat tenaga buat design hehehe
PadamSaya pun buat aktiviti ni dengan anak2... tapi tak de print2.. saya tekap dengan sampul raya yang sedia ada, buat kat pembalut hadiah... hehehe anak2 suka!!
BalasPadamCara tekap tu lagi mudah kan..kalau buat guna wrapping paper memang lagi cantik!
PadamComel..jimat buat sendiri...skrng terhad nak dapt sampul raya dari bank nie..terbaik la Farrah :)
BalasPadamItulah, along. Buat sendiri yg simple2 pun jadilah. Asal bersampul duit raya budak2 :)
Padamjimat sangat.. selalu suka buat sampul duit untuk bagi kat orang masa kenduri..
BalasPadamBetul2. Cekebon pun suka buat banyak2, then dia pek 10, 10 untuk bagi kat orang :)
PadamJimat kan DIY sendri. Cantik pulak tu :)
BalasPadamSally teringin nak buat tapi bila terkenangkan Allahuu banyaknya nak gunting and so on...Sally amik jela mana yg bank kasi free...hahahaha
BalasPadamHahaha .. Sama. I like komen kak sally
PadamSalam , diy diy :) kena rajin rajin kan diri jek
BalasPadamcuma yana rasa masih layak menerima duit raya , so tak payah buat lagi lah kan kakakakak :P
BalasPadamHahaha .. Kak yana bijak. Jadilah seperti kak yana
Padamalamak kena potong lagi..oh tidakk..
BalasPadamIdea nak buat sampul tu mummy dah ada sbb pakai lappy je kan.. tp nak potong tu adoiii...
BalasPadamcomelnya sampulll
BalasPadamtahun ni tak de duit raya ... sebab member kerja bank cuti bersalin.
BalasPadamha ha ha... so tak yah bagi duhet raya ,... fewwittt
Tahun niih pergi konvoi minta duit raya pulak :D
Padamala kak... buat macam sampul ni ada kos juga - beli kertas, ink printer... kih kih kih ...
BalasPadambagi je lah duit tak de sampul...boleh tak.
kih kih kih...
budak2 nampak sehengget dari jauh terus depa tak nak...
BalasPadamseratus budak tak nak - haaa jimat tuh...
kih kih kih ... #DimanakahKeikhlasanKu
Menarik sekali idea ini... nak pula dekat raya
BalasPadamcomel ringkas dan jimat.. hehheee
BalasPadamsampul je ke kak ?? duit jangan lupa.. tanak yang DIY tau ahaha.. yang ori =P
BalasPadam