Avocado Smoothie |
Avocado smoothie merupakan antara smoothie kegemaran saya. Rasanya hampir setiap pagi, on my 'hari tanpa kopi', saya akan buat avocado smoothie. Lagipun, di tempat baru saya sekarang, mudah sangat nak dapatkan stok alpukat. Kedai kat hujung jalan ada jual. Boleh buat delivery untuk orang malas bergerak macam saya pulak tuh! Hanya satu panggilan, beberapa biji buah alpukat selamat sampai ke doorstep! :)
Rasanya? Sedapppp. Lemak manis avokado, dicampur pula dengan manis madu dan masam yogurt,...semua cukuplah! Apa yang penting, mengenyangkan. It's a quick fix untuk pagi yang sibuk. Siapa-siapa yang suka avocado, I'm sure you'll enjoy this treat very much!
Resepi Smoothie Avokado
(1 hidangan/orang)
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1/2 biji avokado yang telah masak ranum
- 1 cawan susu
- 3 sudu besar yogurt (optional)
- 1 sudu teh madu (jika mahu lebih manis boleh tambah 1/2 ke 1 sudu teh lagi)
- beberapa ketul ais
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus.
- Sedia untuk dihidangkan. Jika inginkan rasa yang lebih segar, boleh kisar beberapa helai daun pudina dan campurkan dengan sedikit perahan jus limau.
Selamat Mencuba!
Nani selalu buat guna mango. Boleh lah try avocado pulak. Sedapnyaaa :)
BalasPadamYes,..nanti boleh cuba :)
Padamkalau ada belen hntr laa ke sini sket ;-)
BalasPadamMehla datang sini,.. :)
PadamFulamakkkk dap ah kak fara
BalasPadamMemang dap dap dap, dikkk! :)
PadamSalam singgah sini Farrah...sedapnya...
BalasPadamTerima kasih sudi singgah sini, MD :)
Padamxpernh try lagi buah ni
BalasPadamJangan try... order jek! He he he
PadamOrder dgn sS la kalau gituuu 🙈🙈
PadamCuba cuba,..jangan tak cuba,.. :)
PadamAvocado atau alpukat...
BalasPadamWahhh pindah mana senang dpt avocado tu?
PadamSS - Avocado tu nama omputeh, alpukat nama Indo,..
PadamQisya - hihihi pindah dekat dengan kedai yang sentiasa ada avocado ;)
Avocado ni kalu dapat yg manis memang sedap... kalu kelat... potong stim betul! Kalu buat air letak coklat skit!
BalasPadamMemang, kalau dapat yang kelat tu, menyesal hidup sekejap! Yess,,..coklat and avocado, gabungan terbaik!
PadamSaya x lalu nak mkn avocado ni apatah lagi nakminum jus dia.. i tersangatlah tekak melayu.hari2 mkn sambal belacan. Hehe
BalasPadamHihihi tekak belacan ye,..saya tekak sapu semua :)
PadamFuhh sdp ni my feveret
BalasPadamSep sikit!
PadamBiasa kita resepi.. Avacado, pisang, strawberry dgn coklat krim.. Huhuu
BalasPadamFuhhh! Dap dap dapppp!
Padamnak!!! tapi NAK Cikgu Farrah buatkan..boleh?
BalasPadamsuruh SS buatkan
Padamperghh...order jek terus sampai rumah...nampaknya no more coffe lah eh pasni
BalasPadamkopi tetap dihati gitu
Padamminuman sihat..kalau senang nk dapat buah ni..hari2 sis JM buat..kalau rajin la heee
BalasPadamAmboi, hari2 nak buat tuh! :D
Padamsalam kak farrah , rindu nak jejak sini .. akak sihat?
BalasPadamW/salam. Alhamdulillah, sihat seadanya. Yana sihat?
PadamTak pernah cuba
BalasPadamNanti cubalah,..mana tau kena dengan selera :)
Padamxpandai pilih avokado la kak farrah
BalasPadam