Assalamu'alaikum,
5 September 2017. Bulan sembilan dah nak masuk seminggu. Baru saya ada peluang untuk menulis. Diam tak diam kita kini berada dalam bab ke - 9 untuk tahun 2017. Adehhhh, apabila ditenung-tenung, dibelek-belek, ada beberapa bulan je lagi untuk lengkapkan azam dan misi tahun ni! Sempat ke?! Cepat sungguh masa berlalu. Tiba-tiba saya teringat pada satu kata-kata pepatah Inggeris, time and tide waits for no man. Berkaitan masa juga. Jika kita tidak merebut peluang yang ada, tidak memanfaatkan masa kita sebaiknya,...kita mungkin tidak akan dapat peroleh kesempatan masa atau peluang itu lagi pada masa akan datang.
Sekarang ini saya asyik terkejar-kejar. Rasa macam masa kena cukai. 'Betul ke aku dapat 24 jam sehari ni?' 😆Tengok blog sendiri, sedih terabai begitu sahaja. Entri dalam draf banyak tak edit-edit lagi. Most of it jatuh kategori 'tergantung sepi'. Tutorial kraf, entri resepi,..apabila nak usik je, mata dah ruyup! Nak angkat jari pun dah tak mampu. Tidakpun mood tak de. Kesudahannya, hening sunyi jelah tower saya ini dari sebarang entri baru.
Bagi adik-adik yang e-mel tanya pasal kord gitar, request chords untuk lagu baru, saya minta maaf banyak-banyak. Si Kapok digantung tugas buat sementara waktu. Saya di Kota B, Kapok di kampung,..jadi memang tak boleh nak lepak santai-santai buat chords. Insya-Allah, apabila komitmen penting saya langsai, kita kembali berdendang ye.
Oh, by the way, nak kalian cuba teka gambar di bawah. Rasanya tahun ni saya tak buat sebarang Jom Cuba Nasib pun. So, kita main teka-teka ye... Tengok betul-betul. Pernah jumpa tak sebelum ini?
Apa yang perlu dilakukan? Hanya nyatakan di ruangan komen, i. apa benda kat atas ni dan ii. apa kegunaannya. Tidak kisahlah dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu. Siapa yang berjaya meneka dengan tepat akan dapat hadiah! Till then, jumpa lagi. Jangan lupa coret yang indah-indah untuk Bab 9 kalian 😃
Pssttt! Rakan-rakan blogger sekalian, (terutama sekali rakan-rakan baru), beri peluang dan sedikit masa untuk saya bal;as komen-komen dan berkunjung ke blog kalian ye. Insya-Allah, akan sampai jua meninggalkan jejak.
Macam kulit siput je... hihi
BalasPadamCantiknya kuih siput :)
PadamIt's a Chronodex..
BalasPadamLZ track daily routine dalam planner guna Chronodex jenis ada jam, senang.. 😉
Jawapan yang tepat ialah spiraldex. Tapi chronodex pun saya terima :)
PadamTahniah, Sis LZ!
Welcome back Kak Farrah ! Ecehh... welcome kan tuan rumah pulak
BalasPadamTenkiu! Tenkiu! Lambai - lambai cara YB sikit kat sini ;)
PadamIn sha allah.. semoga bab 9 membawa seribu kebaikkan kepada kita... :)
BalasPadamAminnnn.
Padamlet me guess, ni macam kinda dictionary ? dalam setiap ketak tu ada words with coloring supaya senang nak ingat... or maybe salah, tapi konsep dia macam tu.. hahahaha
BalasPadamSalah, dik. Tapi konsep tu menarik! Letak words, color bagai,..menarik gak untuk buat bahan ngaja budak-budak :)
PadamTak tahu apa benda kat atas tu. First time nampak :O
BalasPadamNanti akak bagi tau ye
PadamYe kan begitu cepat masa berlalu..sob sob sob... azam wa tahun ni dah lama berkubur hihihi
BalasPadamTak mengapa, Wa. Tahun depan kita pasang azam lagi ye :)
Padamhai kak farah! tu la sedar tak sedar dah masuk chapter 9 dah tahun ni. hermm ape bende tu ea? rasanya mcm untuk art kalo tak silap name bende tu spiraldex visual mapping utk org yg suka buat journal kot mudah nak tekap saiz :P
BalasPadamYeayyyy! Tahniah, dik!
PadamBerfikir apalah gambar kat atas tu ..
BalasPadamNampak mcm board games, tapi tak juga,
nampak mcm kad yg boleh diputar ... apa erk?
Heeheheh tunggu ye, Mrs. Pip. Nanti saya reveal jawapannya :)
Padamapa tu? cam siput ya?
BalasPadamHihihi macam siput tapi bukan siput :)
Padammcm siput pulak.. kejap dh masuk minggu ke 2
BalasPadamHeee yes,...macam siput!
PadamTu macam paten mengait je. Hahaha.
BalasPadamSibuk mengait ke sekarang ni?
Bila Cik Azz cakap paten mengait, baru saya perasan. Yelah, ada rupa paten mengait...hihihi tapi bukan jawapan yang kita cari :)
PadamAssalam kak farah!,
BalasPadammaaf sangat sebab lama dah dah jenguk blog akak komen apatah lagi! moga Allah mudahkan urusan akak
W/salam, Yana.
PadamAminnn. Terima kasih atas doanya.
planner maybe
BalasPadamHmmmm maybe,... ;)
Padamsaya rasa mcm tangga pusing2 tu org kampung sy panggil tangga cina sbb cuma kat kedai2 cina bandar je ada tangga mcm tu hahaha
BalasPadamHehehe cerita tangga cina tu kelakar. Tapi ini bukan tangga cina, Anies :)
PadamAssalamualaikum kak farah.
BalasPadamfuh baru sempat singgah sini
W/salam, Arz. Terima kasih banyak-banyak sudi singgah ke mari :)
PadamDah lama tak tinggalkan jejak
BalasPadamAkak pun dah lama tak blogwalking ke blog Arz. Insya Allah, nanti akak sampai ye :)
PadamSya pun tak tahu benda apa kat atas tu....
BalasPadamnampak macam cangkerang siput hahaha
Mirip cengkerang siput tapi bukan,..
Padamcik timm xpernah boring klau masuk blog ni..hihik,
BalasPadamAlhamdulillah, suka hati akak mendengarnya. Terima kasih ye Cik Timm. Sudi berkunjung ke blog akak :)
Padamrasa macam game je gmbar atas tu, kegunaan mybe every nombor tu ada mksud kan..
BalasPadamKurang tepat cik timm,..nway, terima kasih kerana sudi mencuba ye :)
PadamBoleh teka lagi ke ni
BalasPadamhihihi dah terlambat la dik :)
Padamapa benda laa tuh.. sekali tengok macam tangga..dua kali tengok macam siput pulak.. mai tiga empat kali tengok macam benda benda yang boleh guna untuk sesuatu sebab ada nombor kat situ..
BalasPadamHihihi lima kali tengok pula camner?
Padamlima kali tengok tak tahu jadi apa.. hahaha..
Padamcepatnya masa berlalu.. pejam celik pejam celik..
BalasPadam