Dalam buat kad atau buat scrapbook, saya gemar gunakan glue tapes berbanding adhesives yang lain. Ada banyak jenis gam untuk kraf kertas - ada adhesive dots, clear glue, double sided tape, foam tape. Masing-masing ada fungsi dan kegunaan tersendiri.
Tetapi yang paling banyak saya guna ialah glue tapes. Pertama, sebab sangat convenient. Mudah nak digunakan. Kita tinggal gelek (roll) pada bahagian yang kita nak tampal tu. Kedua, less messy. Tidak comot, tidak sememeh jika dibandingkan dengan gam biasa/gam cecair. Pada masa yang sama, kita dapat jaga kualiti kad atau projek kraf yang kita buat.
Bukan apa, kadang-kadang kertas yang digunakan tu nipis. Kalau kita guna gam biasa, berkemungkinan besar akan basahkan kertas. Nasib tak baik, kertas tu akan kering dalam keadaan menggelembung. Tidak!!! Sebelum ini saya pernah guna glue stick yang macam UHU tu. Tidak kena dengan saya. Sometimes gamnya tak berapa kuat. Tak melekat.
Jadi, saya memang lebih suka guna glue tapes. Di bawah ini, antara glue tapes yang biasa saya guna dan sentiasa ada dalam koleksi saya.
Saya tidak beli glue tapes di kedai jual barangan kraf seperti Spotlight. Di sana, glue tapes agak mahal sebab berjenama dan diimport dari luar negara. Yang biasa saya gunakan, beli di POPULAR, jenama Norino (yang lonjong bertutup biru dan monsters comel-comel tu). Lagi satu saya beli di kedai alat tulis SPP di Sungai Buloh.
Ni borong masa tengah diskaun. Harga asal RM3.68. Harga member RM3.13/pek. Berbaloi-baloi! Glue tapes kalau harganya bawah RM4 kira dah murah dah. Tetapi, kena hati-hati. Pastikan gamnya jenis melekat cantik. Tidak mudah tertanggal. Kalau beli yang murah tak berkualiti, tak guna juga kan.?! Bagi saya, yang ini OKlah cuma kalau nak tampal kad keras atau tebal, lebih baik guna double sided tape.
Kotak di bawah saya beli di LAZADA. Saja nak cuba glue tapes baru. Beli masa price dropped. Gam ni ada dalam pek 5 unit dan 10 unit. Saya beli yang 5 dahulu. Alhamdulillah. Puas hati. Gamnya melekat kuat. Saya suka! Saya suka! Bagi yang berminat, nanti saya cari link pembelian saya semula dan update di sini.
Bulan lepas, masa gi jalan-jalan dengan Cekegah dan Bott di Mutiara Damansara, kami singgah POPULAR di IPC. Kebetulan Cekengah nak cari sketch book dan stuff untuk buat jurnal. Bott yang perasan tawaran hebat ni. 1 pek 6 gulung harganya cuma RM6. Ambil 3 pek (18 gulung), harganya jadi RM12.00 sahaja. Double sided tape lebar 12mm jatuh pada harga RM0.67/gulung. Saya suka yang lebarnya sebegini. Just nice. Kalau nak buat explosion box, saya prefer guna double sided tape. Remeh sedikit berbanding guna glue tapes sebab kena potong, tampal dan peel the release sticker. Tetapi, lebih kuat tampalannya antara kad-kad.
So, itu sahaja sedikit sebanyak tentang glue tapes pilihan saya untuk kraf. Maaf yang tanya melalui e-mel, saya tak sempat jawab satu persatu. Saya harap entri ini akan jawab kemusykilan kalian.
Tak pernah guna glue tapes.. comel pula dalam casing tu.. hehehe..
BalasPadamAkak memang kena ada glue tapes, Sha. Senang sikit, tak yah fikir terlebih letak gam ke apa. :)
PadamBest kat sana ada tempat jual peralatan camni murah2. Perlis ni harganya semua nak kapak orang jer
BalasPadamMungkin sebab tak ada saingan, itu yang leh kapak orang tu.
PadamMenarik..Farah memang kreatif bagi lah apa ja pasti seni rekanya comel dan kemas
BalasPadamTerima kasih, Cikgu. Tetapi saya ni tak adalah kreatif mana.
PadamComel2 la glue tapes tu, nasib baik bgtau glue tape, kalau tak sekilas pandang nampak macam blanco tape ..
BalasPadamSaya pun kalau nak beli di kedai memang kena extra careful sebab takut terbeli blanco :)
Padamwarna glue tu sama ke? ke ada warna warni? (bkn bekas)
BalasPadamtak pernah jumpa dan guna glue tape nih. tapi bagus kan untuk kerja kraf.
BalasPadamnampak macam correction tape. yang macam liquid tu..
BalasPadam