Nasi Goreng Sardin Cili Api ini merupakan hidangan yang saya buat menggunakan leftover meal malam sebelumnya. Ada dua ketul ikan sardin lebihan sambal yang dimakan dengan nasi lemak. Nasi lemak dan sambal dah habis, jadi ikannya kita proses jadi juadah lain.
Kebetulan ada nasi dingin kelmarin. Tiba-tiba terlintas di kepala nak makan nasi goreng sardin. Di rumah ni, jarang masak sardin. Buat apabila teringin sahaja. Jadi, alang-alang bahan-bahan dah ada tu, mari kita goreng!
Nasi goreng ikan sardin saya. Nampak tak cebisan-cebisan ikan sardin yang meriah ‘berdakap mesra’ dengan nasi tu? 😂 Lebih terangkat apabila suapan tu ada hirisan cili api sekali.
Resepi Nasi Goreng Sardin Cili Api
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Nasi putih anggaran makan untuk 2 - 3 orang
- 2 ketul ikan sardin saiz sederhana besar (lenyek dan hancur-hancurkan)
- 1 labu bawang besar dipotong dadu
- 2 - 3 ulas bawang putih dihiris atau dicincang halus
- 1 sudu besar serbuk kari
- beberapa tangkai cili api (jika tidak gemar pedas, tidak perlu letak) Boleh juga tukar kepada cili hijau atau cili merah.
- 1 - 2 sudu besar kuah sardin dalam tin (optional)
- sedikit marjerin atau mentega untuk menumis
- garam secukup rasa
Langkah-langkah penyediaan:
- Paanaskan marjerin atau mentega di dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih dan serbuk kari hingga naik bau.
- Masukkan ikan sardin dan sedikit kuahnya (jika mahu) dan hirisan cili api. Biarkan seketika.
- Seterusnya, masukkan nasi dan goreng sehingga semua bahan tumis tadi tergaul sekata.
- Perasakan dengan garam. Sedia untuk dihidangkan.
Disebabkan hidangan nasi goreng ikan sardin ini memang guna ikan sardin semata, ada protein tak ada sayur, saya makan dengan hirisan timun dan daun salad.
Alhamdulillah, kenyang!
Selamat mencuba!
Nasi goreng pedas cili padi memang masakan kegemaran Kak Amie. Bila bubuh sardin berambahlah sedapnya. Terliur pulak dah ni.
BalasPadamSelera kita sama, kak! Sardin lawan dengan cili api memang sedap! 😊
PadamKalau saya lebihan sardin buat inti sandwich.
BalasPadamNampak sama banyak sardin dan nasi.
Sandwich sardin kalau buat di rumah ni kena satu tin besar tu terus, NA. Kalau tidak tak cukup 🤣
Padamsedap ni farah... br mlm td masak sardin sbb lama dh x mkn sardin... hehehe
BalasPadamSesekali masak sardin memang syiokk, kan? 😊
Padamsedap ni..
BalasPadamMemang dap dap dap, kak 😊
PadamSejak duduk Kampung ni mula makan sardin kerap balik sebab ayah suka sardin. Sedap lebihan dibuat nasi goreng.
BalasPadamMemang sedap, kan? Sardin ni sebenarnya makan kerap pun tak jemu heheheh
PadamAh.. sedap sungguh hidangan ini.. menggoda untuk dibuat.. Sha dah lama juga tak masak nasi goreng ikan sardin nie.. Tambah pula ada cili padi.. memang extra umph.. hehehe
BalasPadamMemang, Sha! Akak kalau nampak apa-apa hidangan sardin memang cepat goyang! Lagi-lagi kalau ada pedas-pedas begini 😊
PadamMy all time favourite ni Farrah; nasi goreng & sardin. Bila bercampur dua ni lagilah umph!
BalasPadamBergabung kebabom! Kita geng sardin!
PadamSardin ni memang best masak macam2. Lebihan lauk sardin Cik TK buat nasi goreng sardin macam ni, masuk spagetti pun ada, makan dengan roti pun ada!
BalasPadamItulah. Ada sardin, macam-macam boleh olah untuk masak. Semua sedap! 😊
Padameheheh betul2.. selalunya nasi2 lebih semalam tu ready la nak kena guring. sardin suka cili api tak suka hahaha..
BalasPadamsmlm br masak nasi goreng tp nasi goreng sosej je...tk pernh lg masak nasi goreng sardin
BalasPadamboleh masak untuk menu tengahari ni.. alang2 stay sorang. sedapnyaaa
BalasPadam