Resepi Air Fryer - Nuget Ikan Dory

Jumaat, Februari 05, 2021

Assalamualaikum. Hari ini entri edisi makanan cekut. Nuget ikan dory yang disediakan menggunakan air fryer. Cekengah beri saya ikan dory beku. Agak lama jugalah duduk diam dalam peti dingin beku. Konon nak masak apabila teringin nak makan fish and chips. Atau mungkin ayam sweet sour ke.... Tetapi, sampai ke sudah statusnya masih ikan dory beku. Tak bertukar jadi sebarang hidangan menyelerakan pun.

Kebetulan, baru-baru ini saya tinggal seorang. Jadi, rasa malas pula nak masak nasi dan lauk. Selalu apabila duduk seorang diri, saya suka masak satu meal yang simple je. Buatlah agak-agak untuk dua kali makan. Senang, makan tengah hari bawa sekali ke makan malam.

Selongkar freezer, ikan dory ni macam memanggil-manggil je. Maka, terhasillah menu ringkas nuget ikan dory saya. Saya menggunakan air fryer. Mudah dan tidak perlu guna minyak. Tetapi, jika tiada air fryer, deep fry macam biasa sahaja pun boleh. Rangup krup krap krup krap rasanya!

OK, jom tengok resepi!


Resepi Nuget Ikan Dory

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • ikan dory beku - dipotong kepada potongan atau ketulan kecil
  • tepung jagung
  • telur
  • sedikit lada hitam atau lada putih (sesuai selera)
  • garam secukup rasa
  • serbuk roti
Sebanyak mana bahan-bahan di atas diperlukan bergantung kepada saiz hidangan yang dibuat. Jadi agak-agaklah ye. 


Langkah-langkah penyediaan:

Ada beberapa cara berbeza untuk salut dan sediakan nuget ikan ini.

Cara pertama
  1. Masukkan potongan ikan ke dalam sebuah mangkuk sederhana besar. 
  2. Seterusnya masukkan tepung jagung, telur, lada hitam atau lada putih dan garam. Saya menggunakan dua bahagian ikan dory beku. (Buat extra sebab nak jadikan rencah hidangan pasta. Malas nak masak banyak-banyak kali kan... 😜) Saya guna 2 sudu besar tepung jagung dan 1 biji telur gred A. Garam, lada putih tu agak-agak sahaja biar berasa.
  3. Gaulkan semua bahan-bahan bersama ikan. Just a light coating pada ikan supaya nanti senang serbuk roti nak melekat.
  4. Masukkan serbuk roti ke dalam pinggan. Ambil ketulan ikan dan golek-golekkan di atas serbuk roti sehingga keseluruhan permukaan  ikan bersalut serbuk roti. 
  5. Ulang proses sehingga habis.


    Cara kedua

    1. Sediakan tepung jagung, telur dan serbuk roti dalam tiga pinggan yang berbeza.
    2. Ambil ketulan ikan, salut dengan tepung, celupkan ke dalam telur yang telah dikocok sedikit dan akhir sekali salut sekata dengan serbuk roti.
    3. Tepung, telur, serbuk roti. Ulang proses sehingga habis.

    Masak dalam air fryer pada suhu 180 darjah celcius sekitar 10 - 15 minit. Seperti biasa, ini anggaran kasar. Bergantung pada air fryer masing-masing ya. Laraskan tempoh masa ikut kesesuaian sehingga nuget ikan bertukar coklat keperangan seperti di atas. Biar teksturnya rangup diluar, lembut di dalam. 

    Hidangkan bersama sedikit perahan jus lemon dan sos tartar. Atau gabungan mayones dan sos sriracha. Semasa hidangan nuget ikan ini saya sediakan, saya makan dengan sos masam manis McDonald je. Pun dap dap dap!

    Selamat mencuba!

    18 ulasan

    1. Balasan
      1. Mari datang sini. Saya buatkan batch baru 😊

        Padam
      2. polis ada kat dpn rumah tu����

        Padam
      3. Cuba kenyit-kenyit mata kat dia sikit :D

        Padam
    2. Bertukar juga ikan dory jadi hidangan.
      Kena beli ikan dory.

      BalasPadam
      Balasan
      1. Alhamdulillah. Tak sampai hati tengok ikan dory tu lama jadi warga freezer hahahah

        Padam
    3. Sedapnya ikan dory. Just keep swimming, just keep swimming

      BalasPadam
      Balasan
      1. Hahahah akak masa tengah gaul2 dory ni dok keep swimming keep swimming sorang2 😂

        Padam
    4. Kreatifnya! Nampak sedap sangat air fryer nugget ikan dory tu.

      BalasPadam
      Balasan
      1. Alhamdulillah, Kak Amie. Bolehlah untuk tekak saya ni 😊

        Padam
    5. wah senang nya kak..boleh try nii :)

      BalasPadam
    6. Balasan
      1. Hehehe mak budak bernama Farrah ni pun suka, Kakmim :)

        Padam
    7. Sesekali makan nugget ikan bersalut bread crumbs goreng rangup sedap betul. Nyum nyum

      BalasPadam

    PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

    Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.