Hiasan Junk Journal Lagi ...

Rabu, Mac 31, 2021

Hari Ahad lepas saya luangkan masa di bilik kraf. Hari-hari biasa sibuk dengan kelas online, hujung minggulah baru ada ruang masa untuk aktiviti kegemaran saya - tulis jurnal, hias jurnal, hias scrapbook page dan buat embellishments (hiasan untuk jurnal dan planner). 

Sudah alang-alang berada di bilik kraf, saya ambil peluang untuk siapkan beberapa pek kertas dan hiasan untuk jualan. Kebetulan stok embellishments di Carousell saya dah berkurang. Seperti biasa, saya fokus pada hiasan untuk junk journal. Saya sebenarnya agak terkejut dan tidak menjangka sama sekali akan ada permintaan terhadap hiasan junk journal ni. Ramai juga yang minat hias jurnal dengan vintage look/theme rupanya. 

Okey, jom tengok apa yang saya berjaya siapkan.

#1 - Junk Journal Embellishments Pack - Music

Pek di atas bertemakan muzik. Seperti yang saya pernah cerita melalui entri junk journal yang ini, sebahagian hiasan memang daripada junk. Misalnya, kertas muzik, paket tali gitar (Earthwood Plain String tu) dan halaman muka surat kamus lama. Item lain ada yang baharu (washi tapes, die cuts not muzik) dan selebihnya (pelekat, kertas coffee dyed dan hiasan-hiasan kecil) saya buat sendiri. Si pembeli tinggal tampal di ruangan jurnal yang dikehendaki sahaja.


#2 - Junk Journal Embellisments Pack - Butterflies


Ini pula tema rama-rama. Lazimnya dalam setiap pek hiasan junk journal, saya memang akan pastikan ada hiasan berpoket atau sampul kecil. Seperti di atas, ada dua: - satu poket daripada kertas kraf coklat manakala satu lagi daripada muka surat kamus lama. Boleh tampal di mana-mana halaman jurnal, sesuai untuk sisip benda-benda kecil seperti pelekat atau tag. Set ini turut mengandungi beberapa jenis lembaran kosong yang boleh digunakan untuk menulis.


#3 Junk Journal Starter Kit


Junk Journal Starter Kit ini memang khusus untuk siapa-siapa yang baru berjinak-jinak dengan junk journal. Tiada sebarang embellishments di dalam pek ini tetapi lebih kepada koleksi kertas dan bahan-bahan lain yang boleh digunakan untuk junk journal. Ada coffee dyed paper, lembaran muka surat kamus dan buku lama, kertas bercorak, kad jurnal, tisu bercorak dan doilies.

Tidak lengkap tetapi cukuplah untuk si pemula. Lazimnya, pembeli yang beli starter kit begini mereka akan add-on pek embellishments di atas. Bagi yang belum biasa buat jurnal sendiri, saya akan sarankan mereka untuk beli buku nota ala-ala Travelers Notebook (TN) inserts tu sebagai permulaan. Kemudian, hiaslah spread guna material yang ada.


Okey, itu sahaja siaran dari bilik kraf. Insya-Allah, ada kesempatan saya akan blogwaking ke blog kalian ya.


Pstt! Tahun ni saya hendak buat kad raya tema junk journal. Okey tak? 🤔




24 ulasan

  1. Wahhhh cantikk cantikk semuanya!
    Boleh lah buat kad raya tema junk journal. Okayyyy sangat! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, eh? Okey, akak akan cuba heheheh 💪🏼

      Padam
  2. auuw, the music pack is so adrobs!

    BalasPadam
  3. Waa.. kreatif. Saya suka pada orang yang kreatif. Syabas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak adalah kreatif mana. Saya potong-potong dan tampal-tampal je. Material yang ada tu dah sedia cantik 😊

      Padam
  4. alalala semua comel comel la kak :)

    BalasPadam
  5. Cantik! ada masa lebih memang syok layan kraft ni.

    BalasPadam
  6. Butterfly adn music.. Comel and nice..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hurmm... baca komen Sha ni tiba2 terfikir nak combine dua2 tema tu jadi satu 🤔😊

      Padam
  7. Wah.. Cantiknya butterfly tu. Saya ni, nak isi planner pun malas. Junk journal apa lagi. Syok kan bila tau ramai sama minat dengan kita. Tu yang lagi semangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Sal. Ada geng sama minat, semangat lebih sikitlah. Akak ni pun, bukan rajin mana sebenarnya... tapi paksa diri gak jadikan aktiviti untuk menulis. Maklumlah umur makin banyak ni... kena kasi brain ada aktiviti hehehe

      Padam
  8. i am sooooo trying to prevent myself to fall in love with butterfly huhuh

    BalasPadam
  9. ommeyyyy belaka... saya sukaaaaa hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nah, saya titip 5 ekor butterfly dekat Anies! 😘

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.