Isnin, Mac 29, 2021

Misi Mencari Adem Sari dan Bonjela

Assalamualaikum. Selamat memulakan minggu baharu.

Minggu lepas, Bott kena sariawan (ulser mulut). Panas dalam lah tu. Dengan cuaca tak menentu, dengan tak cukup minum air, 'berkeronyot' muka dia menahan sakit. Nak makan pun tak lalu. Bila saya tanya tak sapu Bonjela ke? Dia kata Bonjela tak ada, dah lama habis. Saya suruh pergi minum Adem Sari untuk sejukkan badan. Tengok tengok Adem Sari hanya tinggal kotak je. 

Mengenangkan si Bott ni kalau kena ulser memang teruk dan boleh ambil masa yang agak lama untuk sembuh, hendak tidak hendak memang kena cari Bonjela dan Adem Sarila jawabnya.

Pergi farmasi berhampiran, Bonjela habis. Redah semua kedai runcit, kedai Aceh yang ada di kawasan saya, tiada Adem Sari. Kehabisan stok. Aisey, apa dah jadi ni?

Malas hendak terus memburu benda yang belum tentu ada, makanya, terpaksalah beli online. Bonjela beli di Shopee sebab kebetulan saya ada baucar Shopee + free shipping. Adem Sari pula beli di Lazada. Alhamdulillah, Adem Sari dapat harga terbaik. RM4.50/sekotak yang berisi 6 sachet. Selalu kalau beli sekitar RM5 - RM6. Dapat kurang lagi sebab saya tebus baucar Daily Rewards tu RM1 + free shipping. Kira berbaloilah. Lebih murah berbanding harga yang biasa saya beli di kedai. Jimat beberapa ringgit di situ.

Selang sehari, barang-barang yang dipesan selamat sampai.

Siap dapat free gifts lagi. Sample BB Cream Cosmoderm dan gula-gula Hexos Lemon Mint.


Adem Sari yang sukar diperoleh. Tertera di luar kotak tu - Membantu melegakan gejala panas dalam, sakit tenggorokan, sariawan, bibir pecah-pecah dan susah buang air besar. 😁

Adem Sari ni sedap tau! Airnya bersoda (bergas) lebih kurang macam Eno. Rasa limau. Nampak je Adem Sari terus tiba-tiba saya pun rasa badan ni macam panas dalam hahahah. Alasan nak kecak satu paket sebenarnya.

Alhamdulillah, by the time saya tulis entri ni, Bott sudah bisa tersenyum sumringah. Dah boleh makan  laksa perah limau kaw kaw tu kira dah sihatlah kan ....


Pstt: Jangan lupa baca fine print pada kotak tau. Adem Sari ni tak sesuai untuk sesetengah golongan yang ada penyakit tertentu.

24 ulasan:

  1. Pertama kali dengar tentang Adem Sari :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti boleh cuba cari kalau ada gejala panas dalam 😊

      Padam
  2. Pertama kali dengar Adem Sari. Bunyi macam kamu sahaja. Hehe. Alhamdulillah sihat. Saya pula asyik membuang dan sakit kepala.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Auto correct ni kamu= jamu

      Padam
    2. Hehehe memang macam nama jamu kan... produk dari seberanglah katakan

      Padam
  3. Baru tahu adem sari pun salah satu ubat untuk ulser ye. Biasa tahu bonjela dan sapu air garam je hehehe. Semoga cepat sembuh Bott :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bab sapu air garam tu yang paling drama hahaha akak ni dulu ada teman yang perkenalkan Adem Sari ni. Kalau tak memang tak tahu. Selama ni nampak sekilas tengok nama macam jamu je 😂

      Padam
  4. laaaa ngok gambar igt novel td.hahahaha..

    wahh nak carik jugak laaa adem sari niii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Okey... puas akak scroll balik gambar nak tengok mana yang macam novel 😂

      Padam
    2. gambar second tuu kak.. ala2 novel gituuwww.hikhik

      Padam
  5. Adem Sari? First time dengar. Betul la tu, kalau dah boleh makan means dah sihat. Haha

    BalasPadam
  6. eh pestime dengar adem sari??? produk indon ke?
    bole try cari ni nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah. Produk Indonesia. Nanti bolehlah cuba cari, kak.

      Padam
  7. Adem Sari ni adik beradik Sariayu ke? ;-)

    BalasPadam
  8. first time dengar pasal ademsari😅

    BalasPadam
  9. Bagus kak bijak berbelanja. Saya pun suka guna voucher dan cari free shipping. pertama kali tahu adem sari ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah akak memang bab voucher bab free shipping ni laju aje 😂

      Padam
  10. First time tau pasal adem sari tu.. Bolehlah Sha buat stok juga sebab Amani selalu kena ulser ini.. Panas dalam..

    BalasPadam
  11. firs time dgr sal ni, tapi kak farah make it sound like this brand is so good.. nak beli la spare dekat rumah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe rasa limau dia best. Akak rasa lagi sedap daripada Eno. Nanti Atie cubalah cari. Kalau serasi dengan badan baguslah 😊

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.