Buat piza terung air fryer lagi. Kali ini guna terung bulat. Menghabiskan stok terung di dalam peti ais. Kebetulan keju dan bahan-bahan lain yang hendak dijadikan toppings pun ada.
Saya pernah kongsi resepi piza terung sebelum ini di sini. Terung dibakar sehingga isinya lembut. Kemudian, ketika masih panas, isi terung dicarik-carik untuk dijadikan base atau doh piza.
Langkah-langkah Penyediaan Piza Terung:
Mula-mula bersihkan terung. Tanpa perlu dipotong, masukkan terung ke dalam oven atau air fryer dan bakar dalam 5 - 10 minit sehingga terung bertukar lembut. Masa untuk membakar bergantung kepada saiz terung ya. Sekiranya, dalam 5 - 7 minit tu terung masih anjal apabila ditekan dari luar, tambahlah lagi 2 - 3 minit.
Setelah dikeluarkan, belah terung kepada dua bahagian. Disebabkan saya guna terung bulat, saya potong terung hingga terbelah habis. Tetapi, sekiranya saya guna terung biasa, saya tidak akan potong sampai habis. Cukup untuk kita belah dua dan ratakan permukaan terung supaya dapat jadi base piza yang lebih besar.
Setelah itu, gunakan garpu untuk siat-siat atau carik-carik isi terung. Hati-hati tau. Dalam keadaan ini, terung masih panas. Seterusnya, ratakan sedikit sos cili/sos tomato sesuai selera. Jika ada sos bolognaise atau sos untuk base piza lagi baguslah. 😊
Doh (yang bukan doh) piza kita siap!
Pilihan toppings
Gunalah apa sahaja toppings untuk piza terung kalian. Terpulang pada kalian. Jika ingin menikmati piza terung rendah kalori, pastikan guna bahan-bahan yang tidak berkalori tinggi. Elakkan penggunaan sos atau mayones secara berlebihan. Namun, jika kalian rasa hendak treat diri sendiri sekali-sekala, tiada salahnya untuk masukkan ramuan-ramuan piza kegemaran seperti hirisan sosej, salami atau peperoni. Jangan lupa extra cheese!
Secara peribadi, untuk piza terung saya, saya suka gunakan tauhu dan tomato yang didadu kecil sebagai toppings. Kalau ada lebihan ayam kukus atau ayam bakar saya masukkan juga. Hirisan bawang, hirisan cili padi wajib ada! Akhir sekali, keju!
Creativenya!!!! Nak cuba! :)
BalasPadamSelamat mencuba!
PadamSangat menarik ni kak, tapi saya penggemar terung panjang dari terung bulat. Mungkin buat macam ni jadi sedap :)
BalasPadamNanti Fiza boleh cuba. Guna terung panjang pun ok. 😊
PadamTak pernah makan piza terung rasanya kat piza takde kalau ada nak jugak order
BalasPadamNanti mana tahu kalau Mrs A teringin, bolehlah cuba piza terung versi saya ni 😊
Padamaha la creative ... tp kita x makan terung ehhehe..
BalasPadamTak pe, kak. Kalau tak makan terung, kita order piza biasa 😊
Padamkreatifnya...terung bulat ni ingat masak kari/lemak je..hehe..
BalasPadamSaya ni memang suka terung, kak. Macam-macam saya buat hehehe
PadamSha nak cuba buat jugalah.. terung memang kesukaan.. save dulu entry kak farah ini..
BalasPadamHaa kalau Sha suka terung, boleh cuba buat piza ni 😊😊
PadamNampak ringkas, tetapi pastinya sedap dan menyelerakan.
BalasPadamBolehlah buat tukar-tukar selera 😊
PadamKreatifnya! Teringin nak cuba, gunakan terung taiwan yang manis.
BalasPadamSelamat mencuba, Kak Amie. Ya, guna terung taiwan lagi sedap 😊
PadamSaya memang tak makan terung. Kalau kak Farrah offer ni saya makan roti je. Hahaha
BalasPadamTak pe... kalau nak jamu Sal, akak beli piza Domino’s 😊
PadamUit pizza terung. kena try juga.
BalasPadamSelamat mencuba, Ai 😊
Padamnak sikittttt ;-)
BalasPadamBuka mulut, Yuri nak tolong suapkan ni 😂
Padamada idea dah ni nak buat ! thank youuu
BalasPadamMy pleasure 😊
Padam