5 Hidangan Lazat Indonesia untuk Dicuba

Rabu, April 21, 2021

Assalamualaikum. Buntu memikirkan hendak masak apa hari ini? Apa kata kalian cuba hidangan dari seberang? Hari ini saya ingin kongsi lima lauk-pauk Indonesia yang enak untuk dijadikan juadah santapan seisi keluarga. Selamat mencuba!


Semur Ayam

Semur Ayam

Resepi Semur Ayam

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 350 - 400g ayam
  • 200ml santan pekat (saya guna santan kotak tanpa kolestrol yang fat trimmed tuh)
  • 4 batang cili merah (belah dua, buang biji)
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 2 helai daun salam
  • 2 sudu besar bawang goreng
  • 2 sudu besar daun bawang
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit air
  • 2 butir bunga lawang
  • 5 butir bunga cengkih
  • 1 batang kayu manis

Bahan yang perlu dikisar:
  • 1 biji bawang besar
  • 5 siung bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 biji tomato besar
  • 1 butir buah keras
  • 1/2 butir pala
  • 1 sudu teh lada hitam

Langkah-langkah penyediaan:
  1. Bersihkan ayam. Gaul dengan kunyit dan garam. Goreng ayam hingga separuh masak. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak menggoreng ayam tadi dan tinggalkan hingga lebih kurang 2 - 3 sudu besar minyak.
  3. Tumis bunga lawang, bunga cengkih dan kayu manis buat seketika. Masukkan bahan yang dikisar. Tumis kesemuanya hingga naik bau.
  4. Setelah tumisan naik bau, masukkan kicap pekat, kicap manis. Tuangkan sedikit air supaya kuahnya tidak terlalu pekat. Masukkan ayam diikuti dengan santan, daun salam dan cili merah.
  5. Masak dengan api sederhana sehingga kuah memekat. Sekiranya inginkan lebih kuah, tambah sedikit lagi air.
  6. Tabur daun bawang dan bawang goreng sebelum juadah dihidangkan.


Ayam Bumbu Gurih

Ayam Bumbu Gurih

Resepi Ayam Bumbu Gurih

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 500g ayam
  • 3 - 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil ketumbar/serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 3 batang serai
  • lebih kurang 3cm halia
  • sedikit air asam jawa
  • beberapa helai daun salam (bay leaf)
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 - 3/4 kotak santan. Seperti biasa saya menggunakan Trim Coconut Milk, Ayam Brand. Rasa tetap enak berlemak, tetapi kandungan lemaknya sudah ditrim.
  • Minyak masak secukupnya


Langkah-langkah Penyediaan:
  1. Kisar bawang merah, bawang putih, serai, ketumbar, halia dengan sedikit air asam jawa. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk sederhana besar. Letak serbuk kunyit, daun salam dan santan. Perasakan dengan garam dan gula. Gaul hingga semuanya sebati.
  2. Masukkan potongan ayam dan perap selama dua jam. Saya balut mangkuk dengan plastic food wrap dan simpan di dalam peti sejuk. Bukan di bahagian freezer tau.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali. Saya hanya gunakan beberapa sudu minyak masak sebab saya tak mahu goreng jeluk (deep fry) ayam tu. Lagipun potongan ayam saya tidak begitu besar dan tak makan masa sangat untuk masak.
  4. Goreng ayam hingga bertukar kekuningan dan keperangan. Terbalikkan ayam dan biarkan hingga bahagian sebelah lagi bertukar warna.
  5. Siap! Sedia untuk dihidangkan.


Tempe Mendoan

Tempe Mendoan

Resepi Tempe Mendoan


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Tempe
  • Beberapa tangkai daun bawang
  • 4 - 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sentimeter kencur
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa

Salutan Tepung
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 4 sudu besar tepung beras
  • 1 susu teh serbuk penaik (optional)
  • Secubit garam
  • Air secukupnya untuk menghasilkan bater

  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng jeluk (deep fry)


Langkah-langkah penyediaan:
  1. Hiris tempe tetapi janganlah sampai terlalu nipis. Jika nipis sangat, nanti tempe kita akan cepat masak dan garing. Tiada elemen empuknya. Nama resepi pun tempe mendoan. Jadi, 'mendo' tu kenalah dikekalkan.
  2. Kisar bawang merah, bawang putih, kencur, serbuk kunyit dan garam dengan sedikit air. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk.
  3. Hiris daun bawang, masukkan juga ke dalam mangkuk tadi diikuti dengan bahan-bahan untuk salutan tepung. Letak air secara berperingkat hingga dapat adunan bater yang tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Gaul sehingga sekata.
  4. Panaskan minyak. Celup kepingan tempe ke dalam bater dan goreng sehingga warna bertukar keperangan.
  5. Angkat dan tuskan lebihan minyak.
  6. Sedia untuk dihidangkan bersama cili kicap.


Tauhu Gejrot

Tauhu Gejrot

Resepi Tauhu Gejrot Istimewa

Penyediaan Tauhu:
  • 4 keping tauhu (belah kepada 6 atau 8 bahagian)
  • secubit lada sulah
  • secubit garam

Cara-cara:
Taburkan sedikit lada sulah dan garam ke atas permukaan tauhu. Masak di dalam air fryer selama 8 - 10 minit sehingga tauhu bertukar warna kekuningan. Jika ingin tekstur tauhu yang lebih garing, lamakan sedikit tempoh memasak.


Tauhu gejrot dinikmati dengan kuah pedas. Di bawah ini cara membuatnya:


Penyediaan Kuah Tauhu Gejrot:
  1. 5 - 7 tangkai cili padi (boleh tambah atau kurangkan ikut cita rasa)
  2. 2 biji bawang merah
  3. 1-2 ulas bawang putih
  4. 1 sudu kecil gula Jawa. Saya guna gula Melaka. Haaa, kalau nak beli gula Melaka yang original tanpa campuran gula, hubungi Cik Timm. Dia ada barang baik punya!
  5. Air asam jawa secukupnya
  6. Secubit garam

*Ada sesetengah resepi gantikan cuka dengan air asam dan ada juga yang tambah sedikit kicap manis. Jika kalian suka, bolehlah gunakan dua bahan ini. Saya tidak letak.


Cara-cara:
  1. Tumbuk cili, bawang merah, bawang putih dan gula Melaka sehingga lumat.
  2. Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam.
  3. Tuangkan kuah ke atas tauhu sebelum dihidangkan. Boleh juga ditekan atau dipenyekkan sedikit tauhu supaya kuah lebih meresap.
  4. Penggunaan bahan-bahan di atas boleh diubah suai ikut selera. Jika mahu lebih pedas, lebihkan cili padi. Jika mahu lebih masam, lebihkan air asam. Yang penting, kombinasi pedas, masam dan manis kena ada.


Sambal Matah Bali

Sambal Matah Bali


Resepi Sambal Matah Bali

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 3-5 biji bawang merah atau 1 labu bawang besar dihiris halus. Kalau suka guna banyak bawang, dilebihkan.
  • 5 ulas bawang putih dihiris halus.
  • + 2 cm belacan. Ini pun bergantung kepada selera. Boleh dilebih atau dikurangkan.
  • 2 batang serai dihiris halus.
  • 5-7 helai daun limau, dibuang urat di tengah dan dihiris halus.
  • Cili api segenggam kecil, dihiris halus.
  • 3-4 sudu besar minyak kelapa. Jika tiada, boleh sahaja digantikan dengan minyak canola, minyak bunga matahari atau minyak masak biasa.
  • Garam secukup rasa jika perlu.


Langkah-langkah Penyediaan:
  1. Hiris semua bahan-bahan dan masukkan ke dalam mangkuk kecuali minyak kelapa dan belacan.
  2. Panaskan minyak kelapa. Tumis belacan hingga naik bau. Proses akan jadi mudah jika menggunakan serbuk belacan. Jika menggunakan belacan biasa, belacan perlu dipecah-pecahkan atau dilumatkan terlebih dahulu. Ini untuk elakkan teksturnya agar tidak terlalu berketul di dalam sambal.
  3. Setelah itu, curahkan minyak ke dalam mangkuk berisi bahan-bahan tadi. Gaul sehingga semua sekata. Perasakan dengan garam jika perlu.
  4. Sedia untuk dihidangkan.


Selamat mencuba juadah-juadah di atas! Nanti jangan lupa kongsi yang mana satu jadi kegemaran kalian ya.

6 ulasan

  1. semuanya sedapppppp... lagi sedap kalau org tu masakkan utk kite eh ehhh ;-)

    BalasPadam
  2. Dulu melancong ke indonesia, makan makanan indonesia ni, tekak tak boleh terima sebab tak terbiasa kan hahaha. Kali kedua travel, barulah okey.

    BalasPadam
  3. alamak kak, napee semua nampak sedap2 ni.. nyummm

    BalasPadam
  4. ayam tu saya tak kecur sangat, tapi tempe ngan tauhu tu. Allahu. berbuka ramai2 weekend ni bolehla try

    BalasPadam
  5. Semua ni tak pernah makan dan tak pernah dengar. Tapi nampak sedap, lagi2 yg pedas..

    BalasPadam
  6. Dalam banyak banyak ni saya tahu makan tempe goreng tu je lah. Yang lain tak makan, first time tahu namanya pun. Kot nak rasa boleh cuba resipi kak farrah kongsikan ni :) Tq share

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.