Assalamualaikum. Salam sejahtera.
Kali ini entri tentang hiasan jurnal dan planner yang saya buat. Tengah sort kertas dan kad lebihan projek dulu-dulu, berkenan pula tengok baki kertas merah jambu yang ada. Pink pekat ada, pink cair ada, design checkered ada, pattern belang-belang pun ada … Siapa penggemar warna merah jambu? Cuba angkat tangan sikit!
Mulalah laju otak saya berfikir, seandainya saya padan-padankan kertas yang ada, boleh buat satu atau dua set hiasan dengan tema merah jambu ni. 🤔
Berkampung sebentar di bilik kraf. Seperti biasa, potong-potong, tampal-tampal dan di bawah inilah hasilnya. Dengan baki-baki kertas yang saya ada, saya berjaya hasilkan dua set hiasan (embellishments) yang berbeza.
Set 1
Set 2
Set kedua ni dapat buat tiga pek. Masuk rama-rama seekor dua. Ada awan pink yang sweet. Ala ala konsep I believe I can fly gitu! Sesuailah untuk tepek dalam jurnal atau planner agar semangat jalani hari.
Gembira saya dapat guna baki kertas merah jambu saya sebaiknya. Sekarang memang dalam usaha mengurangkan koleksi lebihan kertas-kertas projek terdahulu. Hendak buang begitu sahaja, sayang. Yelah, kadang-kadang untuk buat kad atau hias scrapbook saya cuma guna sebahagian kecil daripada kertas. Selebihnya simpan dalam kotak khas.
Masalahnya, selalu bila nak start projek baharu, saya lupa hendak lihat apa yang ada dalam kotak saya. Main ambil fresh new sheet of paper, tak habis guna masuk kotak. Maka, dari hari ke hari, makin bertambah membukit kotak berisi lebihan kertas saya. Dan saya rasa ini salah satu cara yang baik untuk saya guna kertas-kertas saya tu.
Ada siapa-siapa yang warna baju rayanya merah jambu tahun ini? 😊
Comel dan tenang mata memandang hiasan merah jambu.
BalasPadamTakde baju raya baru tahun ini.
Saya peminat hijau atau biru.
Samalah kita, Na. Saya pun peminat hijau dan biru.
PadamTahunni bj raya kita hitam putih wak... Adoiii x meriah su gguh😅😅
BalasPadamMesti meriah punya, Kak Ret. Kalau orang tanya, cakap tema cik puan loya (lawyer) atau happy zebra :)
PadamWarna merah jambu ni sesuai untuk wanita.
BalasPadamDikatakan aura merah jambu elok untuk mood wanita :)
PadamMy favourite colour ni. Sweet warna pink. Cantik hasilnya kak farrah. love your ideas :)
BalasPadamThanks, dik. Okey, dah tahu warna favourite Fiza apa. :D
PadamWah,comel nya kak. Pink pink gittuw
BalasPadamIya, pink pink gitu!
Padamcomelnya! 🥰🥰
BalasPadamThanks, Syafyqah :)
PadamAla comelnye.
BalasPadamSuka pink tak? Suka tak? :)
PadamSayaaaa! Baju raya warna pink sebab pakai baju konvo kakak, kakak memang peminat no 1 warna pink. Jadi nak tak nak terpaksa lah pakai baju raya warna pink >.<
BalasPadamMesti manis Atiqah raya ni berbusana pink. Akak tak boleh pakai pink, lantun hahahah
PadamComelnya set merah jambu.. nak tempah satulah next month.. hehehe..
BalasPadamjgn beritahu blogger fiza nnt dia tersuka hahahah
BalasPadam