Assalamualaikum. Apa khabar semua?
Dahulu saya pernah tulis entri mengenai resepi Roti Sardin Gulung Air Fryer dengan sos cajun sebagai sos pencecah. Hari ini saya akan kongsi resepi sos cajun yang amat mudah untuk dibuat. Dah senang buat tu, bolehlah dijadikan sos pilihan untuk cecah snek kegemaran atau makanan cekut seperti nuget dan kentang goreng. Asyik lawan dengan sos cili, sos BBQ atau sos keju sahaja ... kali ini ada pilihan yang berbeza, kita nikmati dengan sos cajun.
Resepi Sos Cajun Mudah
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 cawan mayones
- 2 sudu teh pes tomato
- 1 sudu besar rempah cajun
- 1 sudu teh serbuk bawang
- 1 sudu teh serbuk bawang putih
- 1 sudu teh serbuk paprika
- sedikit serbuk lada hitam
- garam secukup rasa
Langkah-langkah penyediaan:
- Gabungkan semua bahan kecuali garam dan serbuk lada hitam ke dakam sebuah mangkuk. Kacau semua bahan menggunakan spatula atau gelung pemukul (whisk) sehingga tergaul sekata.
- Perasakan dengan serbuk lada hitam dan garam sesuai cita rasa. Kacau lagi sehingga semua bahan sebati.
- Sedia untuk dihidangkan.
ammi suka nau kalau marinate ayam or veges with cajun... sedap nau rasanya kat tekak ammi
BalasPadamSedap kan, ammi? Rempah cajun ni antara rempah kegemaran saya :)
Padam1st time sy mkn sos ni berkerut dahi hehehe
BalasPadam