Ahad, Julai 31, 2022

Kord Gitar Bisik - Irfan Haris (Easy Chords)

Dahulu saya suka benar lagu nyanyian Irfan Haris, Redha yang menjadi OST Suri Hari Mr. Pilot. Beberapa lagu penyanyi muda ini selepas itu kurang menarik minat saya. 

Lagu terbaharunya, Bisik boleh tahan! Lembut membuai telinga. 

Muzik video Bisik boleh ditonton di Youtube. Saya tidak pasti sama ada lagu ini jadi lagu runut bunyi mana-mana drama ataupun tidak. Kord gitar Bisik di bawah, versi mudah. Selamat berdendang!



Kord Gitar From FAMF Tower

Sabtu, Julai 30, 2022

Bakar Semula Biskut Lemau

Assalamualaikum. Salam santai Sabtu! Salam 1 Muharam! Hari ini saya bersiaran dari rumah, masih dalam proses mengemas. Dua minggu lebih juga tidak balik kerana ada urusan di luar kota. Maka, banyaklah hal ehwal rumah yang perlu diuruskan.

Dari semalam sibuk kemas dapur dan pantri. Tengok stok barang dapur, semak tarikh luput makanan dan minuman yang ada sebelum pergi beli stok baharu. Masa kemas stok beginilah akan jumpa macam-macam. 

"Eh, saya tak tahu kita ada teh jenama ni?" 

"Mana dapat biskut dalam balang ni?" 

"Kerepek ni bila kita beli?" 😄

Selain jumpa khazanah-khazanah berharga yang boleh dinikmati kemudian, jumpa juga benda-benda lain yang perlukan tindakan segera. Antaranya, biskut Jacobs Hi Calcium Low Salt yang kandungannya hanya berbaki suku tin. Dah lemau!

Ini memang kebiasaan di rumah saya. Biskut tu kalau awal-awal buka, memang laku keras. Tinggal setengah pun laku lagi. Nanti bila dah hujung-hujung, terbiar dilupakan begitu sahaja. 

Biskut lemau begini jangan dibuang begitu sahaja. Sayang! Rezeki tu, kan? Habis tu, kita nak buat apa?

Kita bakar supaya rangup semula.


Cara Bakar Semula Biskut Lemau

Biskut lemau sedia untuk dibakar semula.

Rabu, Julai 27, 2022

Wordless Wednesday - Common Man Full Breakfast

 

Common Man Full Breakfast at Common Man Coffee Roasters


Chords Hijrah Cinta - Rossa (OST Hijrah Cinta)

Kord gitar Hijrah Cinta ini sebenarnya entri terbit semula. Saya terima e-mel daripada seorang pembaca blog yang biasa berkunjung ke sini untuk kord gitar mudah, bertanyakan sama ada saya ada kord mudah untuk lagu ini ataupun tidak. Sebenarnya, lagu Hijrah Cinta merupakan lagu yang diterbitkan pada tahun 2014. Lagu lama tetapi kembali popular di TikTok.

Saya memang suka lagu ini. Yakin sahaja saya jawab, cari di panel Bilik Muzik, bahagian OST Filem dan Drama. Dia kata dah cari, memang tiada. 

Semak punya semak, baru saya perasan entri chord Hijrah Cinta saya rupa-rupanya sudah jadi draf. Mungkin ini antara entri-entri yang Blogger pernah auto padam, tetapi saya tidak perasan. Tahun lepas ke bila ... saya kurang pasti ... pihak mereka banyak padam published entries blog-blog sebab kononnya menyalahi garis panduan yang telah ditetapkan. Padahal masalah teknikal di pihak mereka. Jenuh kena terbitkan semula.

Okey, berbalik kepada lagu! Hijrah Cinta merupakan salah satu lagu yang termuat dalam album Rossa, Love, Live and Music. Lagu ciptaan Melly Goeslow ini turut diangkat menjadi OST untuk filem Hijrah Cinta (yang juga dikenali sebagai Filem Uje & Pipik). Filem ini mengisahkan perjalanan hidup arwah Ustaz Jefri Al Buchori yang sinonim dengan julukan UJE, masa mudanya, kisah bersama sang isteri yang dahulunya seorang model dan pelakon serta kembara hijrah mereka.



Kord Gitar From FAMF Tower

Isnin, Julai 25, 2022

Onde-onde | Buah Melaka Idaman Kalbu

Dalam banyak-banyak kuih tradisional, kuih inilah yang miliki paling banyak nama! Onde-onde dan buah Melaka boleh dikira panggilan biasa untuk kuih daripada tepung pulut bersalut kelapa parut ini. Selain itu, ada yang panggil kelepung atau kelepon. Tidak silap saya orang Johor. Lebih kurang sama seperti di Indonesia. 

Jika di belah Pantai Timur pula, kuih ini dipanggil kekoh char atau woh mulong (buah mulong).

Tidak kiralah apapun namanya, kuih ini memang kesukaan ramai. Kalau masa bulan Ramadan, memang paling laris sebagai juadah pemanis mulut/pembuka selera ketika berbuka puasa.

Part yang paling saya suka -  gigit onde-onde dan ada rembesan manis meletus dalam mulut. 🤤 Gabungan rasa lemak manis doh yang lembut-lebut kenyal dengan air gula (gula nisan atau gula Melaka) memang nikmat betul! Tapi, ada juga yang dah kunyah lumat pun tak muncul-muncul gulanya. Onde-onde kosong. Anggap jelah tak ada rezeki, kan? 🤣


Onde-onde saya 😊

Jumaat, Julai 08, 2022

Sambal Hitam Tokey yang Dap Dap Dap

Assalamualaikum.

Ada tak penggemar sambal hitam di sini? Angkat tangan sikit! Yeayyy, kita geng! Saya memang suka sangat makan sambal hitam. Kalau ada rezeki dapat buah belimbing buluh memang akan usahakan buat sambal hitam. Lagi pedas lagi bagus. Lagi masam lagi suka!

Sekarang senang ... kalau teringin, banyak je produk sambal hitam yang boleh kita beli di pasaran. Tetapi, setakat ini nasib saya kurang baik. Tak jumpa sambal hitam yang betul-betul kena dengan selera saya (tak kena selera pun tetap habis juga 😁). Maksud saya, bukanlah sambal yang dibeli tu tak sedap. Cuma macam saya cakap tadilah, saya suka yang pedas dengan rasa masam belimbing agak ketara. 

Baru-baru ini Cekengah beri saya dua paket sambal hitam. Sambal Hitam Tokey. Kecil je saiz hidangan untuk satu pek. 50g. Sesuai untuk bawa travel, buat kongsi-kongsi rezeki dengan jiran tetangga atau bekal untuk anak-anak balik asrama.

Sambal Hitam Tokey

Piano Kecil Pun Jadi | Tujuh Tahun - Setia Band x Pepep ST12 (Easy Chords)

Setelah agak lama tidak mengeluarkan single baharu, kali ini anggota ST12 dan Setia Band bergabung semula melalui Tujuh Tahun. Lagu Tujuh Tahun pasti akan menggamit memori para peminat ST12 pada zaman kegemilangan band dari seberang ini yang suatu masa dahulu terkenal membawakan lagu-lagu dengan sentuhan 'lebih Melayu'. 

Sewaktu mula-mula dengar teaser lagu ini saya sudah berkenan. Lagu jiwang ‘bikin baper’ sesuai buat layan petik gitar waktu bosan. 😊 

Chord asal Gm. Masa dengar lagu ini gitar tiada dengan saya. Jadi, ketuk-ketuk mata hitam putih dekat telefon jelah. Piano kecil cukup naik 3 jari pun okey jelah. 😂

Layan? Kalau mahu dengar lagu penuh, video muzik Tujuh Tahun boleh ditonton di saluran Youtube Charlykustik (milik vokalis Setia Band).


Chords telah saya transposed ke Am. Jadi, versi chord Tujuh Tahun, Setia Band x Pepep ST12 ini versi mudah. Selamat berdendang!

Kord Gitar From FAMF Tower

Selasa, Julai 05, 2022

Yuri dan Bilik Abang Bedak

Assalamualaikum. Ini kisah Yuri kurang sihat. Cerita awal bulan lepas, baru berhasil dijadikan entri hari ini hahaha.

Pagi 1 haribulan tu, saya berat mata sangat nak bangun. Cuaca sejuk dari malam, memang syoklah kalau dilayankan tidur. Tengah berperang dengan diri lagi lima minit ... lima minit lagi ... sikit lagi ... kejap lagi ... tiba-tiba saya terkejut sebab ada orang bersin kuat. Pembetulan. Bukan orang, kucing! 

Dalam mamai-mamai cuba untuk locate di mana Yuri, dia bersin lagi! Sekali lagi! Bersepai-sepai bunyinya. By the time saya jumpa Yuri, dia dah menjilat-jilat. Hidung dah berlemuih. Tengok muka Yuri saya dah tak sedap hati. Aisey, demam ke kucing aku ni? Yuri ni kalau kurang sihat muka dia ada iras-iras Amitabh Bachan tengah marah. 😆 

Pegang telinga, pegang badan ... lebih panas daripada biasa. Telinga kiri pun macam basah sedikit. Kemungkinan ada infection. Menggagaulah tuan Yuri ni cari telefon. Klinik haiwan yang Yuri selalu pergi ada dua - Zul Erwan Cat Clinic (ZECC) di Pusat Komersial TSB dan Damai Veterinary Clinic di Damansara Damai. Alang-alang Klinik Zul Erwan ada sistem tetapkan temu janji menggunakan Qmed, saya pun log masuk untuk tengok kalau-kalau ada slot kosong sebelah pagi. Malas nak main terjah takut ramai orang (dan kucing!).

Alhamdulillah, ada slot kosong pukul 10 sebaik sahaja klinik dibuka. Saya pun apa lagi, sudahkan urusan-urusan yang perlu terlebih dahulu, lepas isi perut seadanya terus berangkat pergi klinik. Masa ni Yuri dah lembik tak ada mood. Tapi tetap degil, tak mahu duduk dalam carrier bag.

Mere naam Yuri Van Houtten

Kord Gitar Sudah Tak Cinta - Ziell Ferdian

Saya suka lagu Sudah Tak Cinta nyantian Ziell Ferdian. Sana sini dengar orang pasang, nyanyi dan hum lagu ini, terus rasa hendak petik gitar. Ramai juga yang buat cover Sudah Tak Cinta. Tidak silap saya, Tomok pun ada nyanyikan semula. Siap buat video muzik lagi. 

Kord Gitar From FAMF Tower

Kord Gitar dan Lirik Sudah Tak Cinta - Ziell Ferdian (Easy Chords)

Am G D F
Dm E



Am Dm
Maafkan aku sayang
G C
harus meninggalkan kamu
F Dm
dan kumohon lupakan aku
B7      E
di dalam hidupmu

Am Dm
Jangan kau datang lagi
G C
cinta telah aku kemasi
F Dm
dan kuharus beranjak pergi
B7-E Am
jangan kau tangisi


[Chorus]
Dm G
Dan jika hati sudah tak mahu
C G Am
maka jangan datangi aku lagi
Dm E
sampailah di sini kisah kita kasih
Am A
aku harus pergi

Dm G
Dan jika hati sudah tak cinta
C G Am
maka jangan pernah engkau memaksa
Dm E
aku telah lelah dengan semuanya
Am
sampai di sini saja

Dm E

Am Dm
Jangan kau datang lagi
G C
cinta telah aku kemasi
F Dm
dan kuharus beranjak pergi
B7-E Am A
jangan kau tangisi


Dm G C F
hoo ooo ho ha aa aaa
Dm E Am A
hoo ooo ho ha aa aaa


Dm G
Dan jika hati sudah tak mahu
C G Am
maka jangan datangi aku lagi
Dm E
sampailah di sini kisah kita kasih
Am A
aku harus pergi hoo ooo

Dm G
Dan jika hati sudah tak cinta
C G Am
maka jangan pernah engkau memaksa
Dm E
aku telah lelah dengan semuanya
Am
sampai di sini saja

Dm G
Dan jika hati sudah tak mahu
C G Am
maka jangan datangi aku lagi
Dm E
sampailah di sini kisah kita kasih
Am A
aku harus pergi

Dm G
Dan jika hati sudah tak cinta
C G Am
maka jangan pernah engkau memaksa
Dm E
aku telah lelah dengan semuanya
Am A
sampai di sini saja
Dm E
aku telah lelah dengan semuanya
Am 
sampai di sini saja.

Isnin, Julai 04, 2022

Egg untuk Ayah yang Eggcellent

Assalamualaikum.

Ini sebenarnya aktiviti cuti sekolah awal bulan lepas untuk anak-anak cilik yang saya ajar. Kad telur mata sapi khusus buat ayah bersempena dengan sambutan hari bapa. Mereka hasilkan secara berperingkat. Setiap kali kelas bersama saya, 5 - 10 minit terakhir setelah kerja berjaya disiapkan, kami sambung dengan buat kad. Alhamdulillah, sempatlah kad masing-masing siap untuk diserahkan kepada ayah pada 19 Jun.

You’re An Excellent Father!

Jumaat, Julai 01, 2022

Lepat Pisang dan Ubi Kayu Rebus Pembuka Julai

Assalamualaikum. Salam 1 Julai. Selamat memulakan bulan baharu! Bab ke-7 untuk kisah 2022 kita. Moga Julai bulan yang indah, yang menyenangkan buat kita semua. Hari ini juga 1 Zulhijjah. Mudah-mudahan 30 hari yang mendatang dapat kita lalui dengan tenang, dipenuhi dengan melakukan perkara-perkara yang baik dan bermanfaat.

Sebenarnya, dua tiga hari ini saya dan Bott teringin hendak makan lepat pisang tetapi masing-masing malas keluar rumah pergi beli di gerai menjual sarapan di kawasan rumah kami. 

Kebetulan ada beberapa sisir pisang di dapur. Terdetiklah hati ini nak buat lepat pisang. Bukan main teruja lagi saya nak melepat. Pisang ada, tepung dan bahan-bahan lain ada, daun pisang boleh minta kat Nenek P, ambil kat pokok sebelah pagar ... eh, kepala parut? 

Saya nak makan lepat pisang yang adunannya letak kelapa parut banyak-banyak. Kelapa parut tiada. Jadi kena keluar pergi kedai. Lepas tu fikir yang kena keluarkan kukusan baharu. Alat pengukus masih berbalut rapi dalam kotak. Eh, makin banyak pula prosesnya! Makin berat malas kami. Last-last, saya dengan Bott ketawa terbahak-bahak. "Who are we kidding? Nak buat lepat konon! Kita bertahan sampai rajin kita sampai!" Setakat untuk kami berdua makan, nanti beli jelah di kedai.


Lepat Pisang Cukup Rasa

Alhamdulillah, tak sangka ada rezeki lepat pisang untuk kami di pagi Jumaat ini. Hari masih terang- terang tanah, jiran datang hantar lepat pisang panas-panas. Gembira tak terkata!

Lepat pisang idaman kalbu 😁