Isnin, Oktober 24, 2022

Kotak-kotak untuk Pindah

Assalamualaikum. Apa khabar? Puas atau tidak bercuti hujung minggu + cuti keraian Deepavali? Ada yang balik kampung?

Saya tidak ke mana-mana. Kalau keluar pun sekadar keluar pergi makan. Selebihnya, duduk rumah lawan renung mata dengan kotak-kotak. 😂

Kotak untuk pindah 😐

Saya beli banyak kotak sebab akan berpindah tidak lama lagi. Semua beli atas talian sahaja. Malas hendak pening kepala. Baru batch pertama yang tiba. Mujurlah adik kurier baik hati tolong hantar sampai masuk dalam rumah. Berat juga kotak-kotak ni. Dibuatnya ditinggalkan sahaja di pagar hadapan, tercungaplah saya hendak heret masuk. 

Saya beli tiga saiz dari kedai ini:

  • 60 x 40 x 40 cm
  • 40 x 40 x 30 cm
  • 30 x 30 x 20 cm

Ini untuk barang-barang di bilik kraf dan sebahagian barang dapur. Ketebalan kotak sederhana. Bukan jenis heavy duty. Ada beberapa pembelian lagi yang masih dalam perjalanan, kotak keras dan kotak untuk dokumen + buku.

Masuk hari ini, sudah tiga hari kotak-kotak tu sampai. Masih kekal di situ sebagai penyeri pintu. Saya lalu, saya pandang. Bott lalu, Bott jeling. Yuri lalu, Yuri hidu-hidu lepas tu libas dengan ekor. Belum berjaya lagi paksa diri untuk buka bungkusan, lipat kotak dan mula mengemas. 

Sejujurnya, mengemas barang bukan aktiviti kegemaran saya. Kemas pakaian dan kelengkapan untuk balik kampung atau pergi travel pun berat, apa lagi kemas barang untuk pindah. Bukan main lagi kami berdua konon-kononnya rancang hendak mengemas perlahan-lahan. Buat itu sedikit, ini sedikit supaya tidak kalut. Punyalah semangat beli kotak! Masalahnya, apabila kotak sudah ada di depan mata, semangat mengemas tu terus hilang. Terbang! 

Ada siapa-siapa mahu tolong saya kemas? Mehla datang sini. Saya belanja kopi dengan kek cawan hahaha.

Maaf tau kalau saya tenggelam timbul di blog. Terima kasih pada teman-teman yang tetap sudi datang singgah tinggal jejak. Saya sangat hargainya. Maaf juga andai lambat datang ziarah kalian dan balas kunjungan dan balas komen. Anggaplah saya sedang berperang dengan diri untuk masukkan barang ke dalam kotak-kotak di atas tu. 😁


Hingga jumpa lagi.

21 ulasan:

  1. kelakar pulak baca akak jeling menjeling je pandang kotak tu ehehehe. moga diberi semangat utk mulakan sesi kemas mengemas! ehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Omputeh kata ‘The struggle is real’ hahahah Thanks, Ana. Moga2 dalam dua tiga hari ni semangat mengemas tu akan sampai 😊

      Padam
  2. Musim berpindah agaknya sekarang ye :D
    Akk pula tak sabar nak mengemas, nak balik rumah sendiri huwaaaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya doakan urusan baik pulih rumah PH berjalan lancar dan segera selesai supaya PH sekeluarga boleh pindah masuk semula. Aamiinn.

      Padam
  3. bab kemas nk pindah ni fuhhh terasa letihnya..
    xkemas lg dh rasa letih..
    pastu nt dh pindah nk kena unboxing pulak.. letih lg.. haha

    sy pon kategori malas nk mengemas.. kehkeh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita geng satu kelab nampak gayanya hahahah 😂

      Padam
  4. semoga dipermudahkan urusan kak Farrah mengemas. Saya suka mengemas tapi busy pula sampai hujung bulan. Bulan depan bolehlah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni kalau terdesak sangat nanti akak panggil Sal ngan Anies la… Anies utk pujuk Yuri, Sal tolong akak. Upah chicken chop ngan shell out boleh? 😂

      Padam
    2. Hahaha. Jangan sampai Yuri sekali kami masuk kotak bungkus bawak balik.

      Padam
  5. nak start tu mmg payah, tunggu ada mood....semoga dipermudahkan urusan..

    BalasPadam
  6. sma x kemana mana
    kat rumah je. Santai
    ciknur tolong kwn jgakan ank bulus dia sb blk kg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, syoknya melayan anak bulus! Saya kalau tengok bulus-bulus ni leka tak siap kerja dibuatnya 😂

      Padam
  7. nak sy tlg kemas tak? yalaa nak harapkan yuri tu apa laaa sgtttt hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nakk! Saya dah masukkan Anies dan Sal dalam senarai terdesak saya hahahah

      Padam
  8. Cuti Deepavali saya balik kampung kejap. Bab mengemas ni terpaling menyampah nak buat kak. Tak tahu berapa lama nak siap kalau mengemas. Selamat mengemas Kak Farrah. Slow slow okay.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhu memang terpaling menyampah terpaling meluat, kan? Thanks, Fiza. Akak ada dua bulan ni… moga adalah progressnya

      Padam
  9. lama x singgah taw2 kak nak berpindah, memang bab mengemas kena ada mood dulu, selamat berkemas kak farah. hahaha kelakar la pulak part yuri jeling2 tu.

    BalasPadam
  10. ammi pun nak pindah bulan 2 nanti lepas sessi sekolah anak-anak. Apa pun tak prepare lagi ni. Rasa nak clearkan barang kat rumah baru je dulu sbb biasalah rumah yang arwah "orang tua" duduk banyak kenangannya. selagi tak clear yang sedia ada camna nak masukkan yg ktia bawak pulak nanti

    BalasPadam
  11. Selamat menempuh peperangan dengan kotak-kotak untuk pindah. Saya pun sama, tak berapa rajin untuk mengemas barang masuk ke kotak! Tapi, nak buat macamana... terpaksalah rajinkan diri juga akhirnya.

    BalasPadam
  12. pindah ke mana, farrah?
    moga semua urusan ngemas tu berjalan lancar ek.
    dulu kala time aida pindah ke rumah ni, secara berperingkat.
    rumah da siap. pindah skit skit tiap minggu / bulan.
    sebab lepas 4 tahun baru menetap di sini, farrah.
    so tak la guna kotak sgt.
    angkut guna bakul / plastik je hi hi hi hi...

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.