Jumaat, November 04, 2022

Yuri Demam | Saya Pengiring Zon Hijau

Episod kurang enak November saya dan Bott terus bersambung. Bangun pagi semalam, saya sudah rasa aneh kerana tidak nampak kelibat Yuri. Biasanya, ngiauan si Yuri jadi alarm clock yang kejutkan saya. Makanan di dalam mangkuk makanannya pun tidak luak.

Rupa-rupanya Yuri pun demam juga. Lemah je terbaring di atas sofa. Jika tidak, pagi-pagi biasanya kucing saya ini dah lepak depan pintu gelangsar - tengok lori, tengok burung sambil berjemur.

Tuan Yuri apa lagi … menggagau capai telefon hubungi klinik haiwan untuk book sesi rawatan. Alhamdulillah, ada slot kosong pukul 2.30 petang. Dengan muka sembap demam masing-masing belum betul-betul kebah, saya dan Bott angkut Yuri pergi jumpa tuan doktor.


Di dalam bilik doktor

Baik perangai Yuri. Kali ni tak lompat-lompat atas meja rawatan. Tiada percubaan untuk kabur. Tak laratlah tu. 😊

Menyoroklah konon-kononnya 😎

Seperti biasa, lepas jumpa doktor kena mogok satu round dulu.

Selesai dapatkan treatment untuk Yuri, kami segera balik. Tak betah berada di luar lama-lama. Dah kurang sihat tu kenalah buat cara kurang sihat, kan?


Pengiring Zon Hijau

Lewat petang, terima Whatsapp daripada Cekengah - Cekebon alami hypoglisemik. Kena panggil ambulan. 

Antara saya dengan Bott memang macam ada sejenis drill - apa-apa berkaitan Cekebon, hospital dahulu, panik dan risau kemudian. 

Kami pun segera bangkit, zup zap zup zap, capai ini, bungkus itu dan tahu-tahu dah selamat tiba di Jabatan Kecemasan, Hospital Sungai Buloh. Sebelum-sebelum ini pun memang begitu, kira jumpa di hospital terus. Saya dah biasa dengan selok-belok dan prosedur di sana, jadi apa-apa saya boleh tolong uruskan.

Di pintu masuk, ada pengawal keselamatan yang jaga orang keluar masuk. Jika dahulu boleh menonong je ke ruangan menunggu di dalam, sekarang tidak lagi. Apabila prosedur hospital kembali ketat begini, faham-faham jelah ya. 

Dipendekkan cerita, saya diberi kebenaran masuk. Dapat pelekat Pengiring Zon Hijau sebab apabila ditanya Cekebon zon mana, saya tidak dapat beri jawapan. Yakin je nak masuk ingat Cekebon dah sampai. 😅

Pengiring Zon Hijau 😊

Rupa-rupanya, mereka masih di rumah. Anggota paramedik sedang cuba stabilkan Cekebon terlebih dahulu. Sekarang ini antara dua - tidak pasti akan kena warded atau tidak. 

Saya diberitahu oleh petugas di triage, jika tahap gula Cekebon dapat dikembalikan ke paras normal dan tiada perkara lain yang membimbangkan, tidak perlu masuk wad. Wad sekarang penuh, sukar hendak dapatkan katil.

Dalam hati memang tak berhenti panjat doa. Akhirnya, kami terima khabar gembira. Cekebon okey. Masih agak lemah tetapi keadaannya terkawal. 

Alhamdulillah, lega hati kami. Masuk kereta, masa tulah baru rasa penat, lenguh, sakit dan lapar. Macam panjang benar hari kami. Saya pandang pelekat di tudung saya, kemudian spontan kami gelak berdekah-dekah. Saya, Pengiring Zon Hijau. Pengiring yang di hospital, patient ada di rumah. 😂

Apapun, syukur semua baik-baik sahaja. Mohon tolong doakan kesihatan Cekebon saya ya.




11 ulasan:

  1. Yuri, Cekebon dan Farrah, moga cepat sembuh. Bawa-bawa berehat ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak-banyak, Kak Amie atas doanya 😘

      Padam
  2. Allahuakbar, banyak perkara berlaku lepas satu satu...Yuri pun tak sihat. Syukur juga cekebon kembali normal dan tak perlu warded. Semoga semuanya segera kembali sihat. Aamiin. Terus kuat ye kak Farrah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks so much for your love, Fiza. Itulah, bersyukur sangat paras gula Cekebon dah kembali normal dan tak perlu admit.

      Padam
  3. h aha h ha...
    bertabahlah wahai pengiring :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha pengiring zon hijau kena tabah 😂

      Padam
  4. Semoga kak Farrah dan famili termasuk Yuri segera sembuh. Allahu suspen betul kisah di hospital,tp lucu pun ya jugak

    BalasPadam
  5. Mula² baca sedih kisah si yuri pastu suspen pulak dgn cikebon last² lucu pulak.. haha... semoga semuanya sihat spt sediakala lps ni

    BalasPadam
  6. hujung2 tergelak pulak baca hehehe.. moga diberi kesihatan sebaiknya aminnnnn

    BalasPadam
  7. syafakallah utk semua...semoga hari ini semuanya sudah sihat belaka

    BalasPadam
  8. Allah.. Semoga semuanya kembali sihat dan cergas.. aamiin..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.