Sebelum ini saya ada kongsi pengalaman saya bereksperimen dengan Simplus Multicooker. Entrinya di sini. Salah satu menu yang berjaya disediakan ialah nasi cendawan.
Penyediaannya mudah. Menu ni jenis one pot meal. Kita campak-campak dalam periuk, biarkan sampai masak. Jom tengok resepinya.
Nasi Cendawan Shitake |
Resepi Nasi Cendawan Shitake
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 cawan cendawan shitake kering (direndam dalam air panas selama 30 minit - 1 jam)
- 1 cawan beras
- 2 inci halia
- 5 ulas bawang putih
- 2 - 3 sudu makan kicap manis
- 1 sudu makan kicap pekat
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 kiub ayam
- air rendaman cendawan
- minyak bijan (1 - 2 sudu besar sesuai cita rasa)
- serbuk lada putih secukup rasa
- garam secukup rasa
- minyak masak untuk menumis
- beberapa tangkai daun sup dan daun bawang. Saya hanya ada daun sup sahaja ketika itu.
Jika ingin buat saiz hidangan yang lebih besar, gandakan resepi ya. Tidak silap saya, saya guna 1 1/2 cawan untuk hidangan di atas.
Langkah-langkah penyediaan:
- Rendam cendawan shitake kering di dalam air panas sekitar 30 minit hingga 1 jam. Boleh juga rendam cendawan semalaman. Air rendaman cendawan usah dibuang kerana kita akan gunakan untuk tanak nasi.
- Cincang bawang putih, hiris halia dan cendawan.
- Panaskan minyak. Tumis bawang putih, halia dan cendawan sehingga naik bau.
- Basuh beras. Masukkan beras yang telah dibasuh ke dalam periuk.
- Masukkan kicap pekat, sos tiram, kiub ayam dan air rendaman cendawan. Jika air rendaman cendawan tidak mencukupi parasnya untuk tanak nasi, tambah sedikit air lagi.
- Seterusnya, masukkan minyak bijan, serbuk lada putih dan garam. Kacau sebati. Tutup periuk dan tanak nasi sehingga masak.
- Setelah nasi masak, taburkan dengan hirisan daun sup. Selain itu, untuk menambahkan keenakan nasi cendawan, boleh juga ditabur hirisan daun ketumbar, hirisan telur dadar dan bawang goreng.
- Sedia untuk dihidangkan.
wow... menariknya resepi... boleh cuba ni
BalasPadambyk2 cendawan, shitake la paling MA kureng minat sbb maybe bau dia strong skt
BalasPadamsedapnyaaaa dpt tambah telur mata lg sedap ni
BalasPadamwahhh nampak sedappp
BalasPadamNampak sedapnyer
BalasPadamBolehlah cuba resipi ni nanti
Cendawan shiitake ni bahan wajib ada di dapur saya. Mmemang sedap aroma nasi goreng kalau bubuh cendawan ini. Saya pun kalau masak bihun goreng suka tambah hirisan cendawan shiitake.
BalasPadamOmg terlihat sedaaaap kak 😍😍👍. Jadi nak buat. Cendawan nya aja nih yg tak ada, mesti beli dulu. Tapi menu ini mengingatkan saya dengan nasi tim jamur. Tipe makanan yang sangat comfort foods ❤️
BalasPadamAduh!! Menu yang menggoda..
BalasPadam