Selasa, April 30, 2024

Cucur Roti dengan Sos Mangga

Assalamualaikum. Selamat hari Selasa! Hari terakhir untuk bulan April.

Masih lagi di bulan Syawal. Mood raya tetap ada lagi, kan? 

Ini gambar sarapan pagi semalam, cucur roti. Di rumah ini, sekali-sekala apabila mengemas dan membersihkan peti sejuk, pasti akan jumpa lebihan roti. Kadang-kadang tu dalam dua tiga plastik yang berbeza. Plastik tu tinggal tiga keping, plastik ni ada dua keping… jadi, supaya tidak membazir, saya cucurkan sahaja.


Cekodok roti

Cucur roti… cekodok roti… godok roti… apapun namanya, tekstur cucur ini rangup di luar, lembut di dalam. Yummehhh!

Resepi cucur roti pernah saya kongsikan sebelum ini. Ada beberapa versi. Hendak masak guna air fryer boleh, hendak goreng jeluk (deep fry) seperti biasa pun tak ada masalah. Dua-dua hasilnya sedap!


Sos Mangga Masak with Passion

Lazimnya, saya suka nikmati cucur roti dengan sos cili atau kuah cuka yang untuk kuih udang tu. Tetapi, kali ini cucur roti dimakan dengan sos mangga. 

Sos Mangga Masak With Passion. Cekengah suka beli kek batik Masak with Passion. Kena dengan selera kami satu famili. 

Baru-baru ini, semasa order kek batik, dia pesan sos mangga sekali. 

Seperti biasalah, dia rajin beli je… yang rajin makan, kakaknya. Jadilah rezeki saya. 😆

Sos Mangga Masak With Passion

Alhamdulillah, sedap sos mangga ni! Memang kenalah sebagai sos pencicah untuk cucur saya. Masam mangganya just nice. Manis sosnya pun tidak keterlaluan. Sesuai dijadikan dipping sauce untuk macam-macam hidangan.

Ini kisah sarapan semalam. Pagi ini saya sarap lambat sedikit. Sarapannya masih di atas kuali. Bott tengah masak mi goreng basah. Teringin. 🤤

Korang sarapan apa? Semoga hari ini indah dan menyenangkan.

14 ulasan:

  1. lady x pernah terfikir untuk buat cucur si roti ni.. nti bolehlah dicuba..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu memang saya buat cucur je, lady. Kalau nak buat puding, kena ada bahan2 lain… nak buat cruton pula, banyak mana sangat kita makan kan…

      Padam
  2. xpernah nampak orang buat cucur roti, nampak sedap juga ye. boleh cuba ni :)

    BalasPadam
  3. lebihan roti selalu saya buat puding roti.. nak cuba la cucur roti pula :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba, dik. Kita tukar2 selera pula ye ☺️

      Padam
  4. Assalamualaikum Farrah.
    Lama rasanya tak kunjung sini.
    Selamat hari raya, maaf zahir batin.
    Tertarik pula Kak Amie tengok Sos Mangga Masak with Passion tu. First time nampak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, Kak Amie. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
      Maaf, saya pun dah lama tak berkesempatan kunjungi blog akak.

      Sos mangga ni memang antara sos hangat di pasaran rupanya, kak. Saya je yang baru tahu dan baru rasa 😁

      Padam
  5. sedapnya sos mangga kalau mkn dgn fishball hehehe

    BalasPadam
  6. menariks idea ni... tq. leh try nanti

    BalasPadam
  7. Aisssh saya nak buatlah. Tak pernah coba roti di buat cucur. Biasanya hanya puding roti dimakan dengan vla vanila. Saya lihat resep nya tadi, menariiik dan mudah. Jadi teringin buat dengan tambahan jagung seperti yg kakak tulis 😍👍

    BalasPadam
  8. Macam sedap je cucur roti ni. Good idea dari tak membazir. Kiranya sos ni masam manis je lah ye. Kalau ada pedas sikit mesti lagi sedap. Itu ikut selera saya lah.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.