Isnin, Mei 06, 2024

Omiyage dari Negara Matahari Terbit

Assalamualaikum. Selamat memulakan minggu baharu.

Saya mulakan hari dengan senyuman lebar. Terima omiyage (oleh-oleh) dari Jepun. Alhamdulillah, orang pergi bercuti ke negara matahari terbit, ada rezeki saya dapat oleh-oleh dari sana.

Inilah yang saya terima.

Nihon kara
The real omiyage is the one in the box. Mochi gift set. Selain itu, dapat beberapa pek KitKat keluaran sana (ada perasa Milk Tea, Sakura dan Strawberry Shortcake) dan biskut berkeju (di dalam pek kuning tu). Bott dah sengih-sengih. Kami memang cuba sedaya upaya untuk tidak beli produk syarikat ehem ehem ni. Apa yang boleh dielak, kita elak. Lagipun, coklat ni kira kemahuan, kan?

Tetapi, kalau dapat secara percuma, itu dikira rezeki. 😊 Bolehlah warna-warna ceria pembungkusannya tu jadi penyeri peti sejuk buat beberapa ketika.

KitKat Milk Tea

Baru cuba perasa teh susu. Usah bayangkan rasa seperti teh susu di sini pula ya. Rasa teh mild sahaja. Rasa coklat putih yang lebih ketara.


Di bawah ini pula, isi kandungan kotak mochi.

Aneka mochi

Seronok dapat yang banyak pilihan begini. Antara perasanya sakura, kacang merah, bijan hitam … selebihnya saya tidak pasti apa. Saya tidak kisah pun apa perasa atau inti mochi yang diberi sebab saya memang suka mochi. Asalkan tidak terlalu manis, laju sahaja objek-objek lembut ini masuk ke dalam mulut. 

Hmm… entah mengapa, firasat saya mengatakan yang set mochi ini tidak akan sempat bertahan lama. 😂



8 ulasan:

  1. sronok dpt ole2 overseas...walaupun tk smp lg...tp kita bole feel2 mcm smp bila dpt ole2 hehe

    BalasPadam
  2. Hello kak Farrah. Lama dah tak singgah sini (: Kawan-kawan saya pun kalau balik dari Jepun, banyak beli Kitkat as a souvenir.

    BalasPadam
  3. kat sana kit kat nya mcm2 flavor kan

    BalasPadam
  4. Rindu nya nak g jepun lg... bila la ada rezeki nak jejak semula negara matahari terbit ni??

    BalasPadam
  5. meriah perisa mochi dengan kitkat dia

    BalasPadam
  6. Seronok dapat ole-ole dari oversea . Mochi tue pelbagai flavour yang boleh dirasa .

    BalasPadam
  7. Best ni dapat dari Japan. Ada banyak versi perisa KK nya. Orang beri kita rezeki lah tu. Kalau beli memang tak dah lah kan brand tu. Comelnya bungkusan gift set tu.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.