Kopi Pagi - Honey Oat Latte

Isnin, September 02, 2024

Assalamualaikum. Selamat pagi!

Selamat memulakan minggu baharu. Sudah bersarapan ke belum tu? Jangan lupa isi perut ya.


Kopi pagi saya hari ini - Honey Oat Latte.

My honey oat latte.

Hari ini masih mood malas-malas, nak berehat santai. Masih terbawa-bawa vibe hujung minggu. Jadi, kopi pun kena yang memanjakan tunas rasa. 😆

Honey oat latte. Espresso dengan susu oat yang dimaniskan dengan sedikit madu. Yummeh!

Pada brim gelas tu pula, cebisan-cebisan kacang walnut yang rangup. Teguk kopi, ada elemen rangup tambahan walnut crumbles. Terangkat!

Alhamdulillah! Dah boleh buat kerja dengan senyum lebar.

Sebenarnya, saya ingin kongsi resepi mudah honey oat latte yang boleh kalian buat di rumah. Tetapi, saya dah nak kena gerak ni. Insya-Allah, saya kemas kini resepinya nanti.


Till then, enjoy your day!

Moga hari kalian indah dan menyenangkan.



6 ulasan

  1. lain maciam level kopi dia pagi ni

    BalasPadam
  2. sama la...dpt coffee terus on mood utk hari tu kan.. yum yum
    have a great day!!

    BalasPadam
  3. sy x nak buat. sy nak dtg terus ke sana sambil ngopi dgn yuri😉

    BalasPadam
  4. Wahhh kagum betul dengan presentation segelas honey oat latte kak Farrah. Rasa nak tumpang minum sekali. hihi...Dapat kopi memang terus segar dan bertenaga jadinya kan.

    BalasPadam
  5. Kalo pagi dapat kopi yg sedap, biasanya sepanjang hari akan trus baik sampai ke malam 😄😄

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.