Assalamualaikum.
Hari ini bersiaran dari rumah. Tengah bersilat mengemas dan buat decluttering. Jenuh! Rasanya saya dah buang, recycled, upcycled, beri pada orang banyak barang yang tidak dipakai atau tidak diperlukan… tetapi masih banyak lagi!
Target hendak uruskan semuanya sebelum masuk 2025. Biar tahun baharu nanti, yang ada dengan saya barang-barang yang perlu, yang saya guna sahaja. 😁
Rhea tolong kemas sama 😂 |
Rhea ni kucing Cekengah. Setiap kali Cekengah outstation, saya kena babysit Rhea. Tak tahulah sebab baka Ragdoll memang jenis manja dan clingy atau Rhea ni yang rosak! Kucing ni tak boleh kena tinggal.
Kalau dia tidur, tiba-tiba bangun tengok tak ada orang depan mata… boleh dia mengiau kuat-kuat (bagi saya dah masuk kategori menyalak) satu rumah. Kita pula kena panggil, “Rhea! Rhea! Kat sini!” Haa… dah nampak orang, dia senyap balik, sambung tidur.
Memang clingy betul! Dapat pula tuannya selalu kena kerja luar. Kena travel. Datang sini, mulalah jadi mimpi ngeri buat Yuri. Yuri jenis kucing lone ranger. Behave je seekor seekor, duduk diam-diam.
Yuri 😊 |
Ni tengah kurang sihat ni. Ada kemalangan kecil Sabtu lepas, baby 13 tahun saya ni sedang dalam proses penyembuhan.
Mimpi Ngeri Yuri
Dalam pada kurang sihat dan nak berehat tu… ada makhluk semlohai (bak kata Fanny 😊) yang kerjanya asyik mengganggu ketenangan Yuri.
Rhea dan Yuri |
Nampak macam jinak manja je, kan? Tu dia tengah ‘bergendang’ kat tepi sofa. Gertak Yuri yang sedang tidur di bawah.
Little rascal nak beraksi. |
Yuri pindah dalam bilik, dia dah intai-intai nak buat onar. Lelah saya babysit kucing dua ekor ni. 😅 Tu belum campur tempat makan, tempat minum dan tempat poo poo pee pee semua lain-lain tu.
Kalau saya senyap, tak sempat balas komen dan blogwalking, anggaplah saya sibuk jaga kucing naughty. Hahaha!
comeinya dua2...x sunyi ada yg teman yer
BalasPadamjenuh menjaga 2 ketul meow yg perlu perhatian pulak tu ..heee
BalasPadamAmboi rhea.. Clingy sangat nie..
BalasPadam