Beli Pelekat untuk Jurnal di Eco Shop

Khamis, November 18, 2021

Baru-baru ini, lalu depan kedai Eco terus menyinggah. Hajat hati nak beli biskut pisang Julie's. Dekat Eco je senang jumpa biskut tu. Disebabkan susah hendak cari parkir, saya suruh Bott tunggu di dalam kereta. Dengan yakin saya cakap yang saya tidak akan lama. Saya tahu di mana rak biskut - Masuk, ambil biskut, bayar, terus keluar.

Hmmm... sembang jelah. Ini semua temberang! Dah masuk penuhkan separuh troli dengan biskut, nampaklah pula barang-barang lain. Bawang goreng, Nabati,  roselle kering, bunga kekwa kering, kuih bulan, kuih bulan, kuih bulan lagi... bagus ni beli extra. Biskut dan kuih bulan boleh buat stok  pulangkan pinggan jiran atau belanja adik rider yang datang hantar barang.

Dari tingkat bawah, dengan rasa tak bersalah saya naik tingkat atas. Kebetulan kedai memang tiada orang sangat. Lengang. Terus tuju ke bahagian alat tulis dan kraf. Belek sana, belek sini, jumpa tiga barang di bawah ini buat tambah koleksi bahan-bahan hiasan kraf, jurnal dan kad ucapan buatan tangan. Punyalah saya gembira!


Wordless Wednesday - Ketahuan

Rabu, November 17, 2021


 



Kord Gitar Putus - Nabila Razali (Easy Chords)

Ahad, November 14, 2021

Kord Gitar Putus Nabila Razali | Petang tadi sempat melayan anak tetangga yang minta tolong saya tukar tali dan spa (baca: minyakkan fretboard) gitarnya. Sudah alang-alang kami 'bersidang' dengan gitar, dia ajak saya buat kord lagu terbaharu Nabila Razali yang bertajuk  Putus. Eh, Nabila Razali ada ada lagu baharu? Dengar sekali, terus saya jatuh suka. Saya kalau bab lagu mellow yang boleh layan dengan gitar, laju sahaja saya usahakan. Itulah sebabnya ketersediaan kord lagu di tower saya ini agak terhad. Lagu saya suka je saya buat kord. 😁

Ada yang sudah dengar Putus? Setelah Peluang Kedua, saya rasa lagu Putus akan turut popular sebagaimana naskhah-naskhah Nabila yang sebelum ini. Paling tidak, pasti akan jadi OST mana-mana drama di televisyen. Setakat saya menulis entri ini, hanya video muzik promo sahaja yang dilancarkan di Youtube. Belum keluar video muzik rasmi lagi.

Kord di bawah, telah saya transposed ke versi lebih mudah. Selamat berdendang! 

Kord Gitar From FAMF Tower

Kord Gitar dan Lirik Lagu Putus - Nabila Razali (Easy Guitar Chords)

Baucar RM3 Lazada dengan harga RM0.10 di TNG eWallet

Khamis, November 11, 2021

Assalamualaikum. Salam 11/11. Ada yang masih sakan shopping bersempena dengan jualan 11/11 ini? Berjaya dapat tawaran terbaik tak? Sebut tentang tawaran terbaik, hari ini dan kelmarin saya dapat beli baucar Lazada bernilai RM3 dengan harga RM0.10 sahaja melalui TouchNGo eWallet. Punyalah saya gembira!

Bagi yang menggunakan TNG eWallet, mesti kalian biasa browse bahagian A+ Rewards tu, kan? Haaa ... untuk 11.11, ada banyak tawaran baucar menarik. Kita dapat beli baucar produk tertentu pada nilai harga yang lebih rendah. Misalnya, kita bayar RM5 untuk baucar Secret Recipe yang bernilai RM10 atau bayar RM3.50 untuk baucar Tealive bernilai RM7. Jika ada keinginan beli produk-produk tersebut dalam masa terdekat memang berbaloilah sebab akan nikmati penjimatan.