Tips dan Petua Melembutkan Daging Ketika Memasak

Ahad, November 06, 2011

Tips dan Petua Melembutkan Daging - Musim raya korban. Inilah musimnya banyak stok daging dekat rumah. Inilah masanya kita pening-pening lalat cari pelbagai resepi enak berasaskan daging untuk jamu seisi keluarga. 

Hendak sediakan hidangan daging yang lazat dan menyelerakan, daging mestilah lembut. Barulah dapat dinikmati sebaiknya.

Bagi yang ada pressure cooker, tentu tidak timbul nasalah. Masukkan sahaja ke dalam pressure cooker kalian, sekejap sahaja daging bertukar jadi lembut.

Tiada pressure cooker? Tiada masalah. Di bawah ini, saya kongsikan beberapa petua atau tips yang boleh dipraktikkan ketika memasak untuk mendapatkan hasil daging yang empuk.

Tips dapatkan daging yang empuk


Petua Lembutkan Daging

  1. 2 ke 3 batang sudu atau garpu keluli tahan karat (stainless steel) - Masukkan ke dalam periuk semasa merebus daging. Memandangkan sudu atau garpu besi merupakan konduktor haba yang baik, suhu air akan meningkat dan membuatkan daging lebih cepat dimasak, tidak memgambil masa yang terlalu lama untuk empuk.
  2. Daun nangka - Basuh dan bersihkan beberapa helai daun nangka. Masukkan ke dalam periuk rebusan daging.
  3. Tangkai labu bawang putih - Kebiasaannya, kita akan membeli bawang putih dalam bentuk labu dan bertangkai. Simpan tangkai labu bawang putih tersebut. Masukkan beberapa tangkai ke dalam masakan untuk menjadikan daging lebih lembut dan empuk.
  4. Air Kelapa - Rebus daging dengan 1 cawan air kelapa sehingga lembut.
  5. Tebu - Buang kulit tebu. Ambil dua ke tiga ruas tebu dan potong memanjang. Masukkan ke dalam periuk semasa merebus daging.
  6. Halia - Tumbuk sedikit halia dengan garam kasar. Perapkan daging selama 30 - 45 minit. Masak daging ikut resepi pilihan.

Lazimnya, saya aakan guna petua nombor 1, 2, 3 dan 6. Air kelapa dan tebu tidak pernah cuba setakat ini. Lagi satu, pastikan potong daging ikut cara yang betul ye, melawan ira daging. Tidaklah nanti daging kita kenyal dan sukar dikunyah. 

Selamat mencuba!


1 ulasan

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.