Mari cuba resepi mudah ni. Untuk fillingnya, boleh tukar ikut citarasa. Gantikan dengan rasberry/kiwi/mango fillings atau bagi penggemar coklat, gunakan Nutella :)
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
Bahan-bahan:
- 125g mentega - suhu bilik
- 100g gula
- 3 biji telur saiz A
- 1 1/2 sudu teh esen vanila
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 1/2 sudu teh garam
- 3/4 cawan susu
- Blueberry filling/jam
Cara Penyediaan:
- Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Kemudian, masukkan telur satu persatu diikuti dengan esen vanila. Pastikan semua bahan telah sebati.
- Masukkan campuran tepung dengan susu berselang-seli. Campuran pertama -- tepung, diikuti dengan susu dan mestilah diakhiri dengan tepung.
- Masukkan ke dalam cup atau muffin tray kira-kira 1/2 penuh. Masukkan 1/2 ke 1 sudu teh filling/jam. Kemudian tutup filling dengan adunan sehingga 3/4 penuh.
- Bakar pada suhu 190 darjah Celsius dalam 20 - 23 minit.
sedapnya~ XD
BalasPadamdela suka blueberry
BalasPadamnak buat cheese tart blueberri...tp blueberri takde...mana nak cari??jenama apa?
BalasPadam@Sa Y. - memang sedap! nak buat pun senang.
BalasPadam@Dalila - samalah kita.
@Shima - cari di kedai menjual bahan-bahan buat kek - cari 'blueberry fillings' tau. kalau tak ada 'blueberry toppings' tapi selalunya yang toppings ni orang guna untuk letak/hias atas kek.
ohh..blueberi filling dengan jem blueberi berbeza kan?
BalasPadam@shima - beza. klu shima nak buat blueberry cheesetart, guna blueberry fillings. klu utk muffin, bolehla guna blueberry jam
BalasPadam