Pagi-pagi buka peti ais, ternampak uncang-uncang teh yang saya simpan. Ada teh hijau, ada teh biasa. Saya memang tak buang. Simpan untuk letak kat mata bila rajin. Tiba-tiba hari ni datang angin nak manjakan diri. So, saya buat masker teh hijau untuk muka.
Masker Teh Hijau |
Masker teh hijau elok untuk mengecilkan pori pada wajah. Gandingkan dengan bahan-bahan lain seperti tomato, strawberi, lemon atau madu, kita boleh dapat kulit yang lembut dan segar lepas pakai masker ni. Kalau tumbuh jerawat batu, tepekkan je teh hijau supaya jerawat tu lebih cepat mengecut.
Cara nak buat masker teh hijau sangat mudah. Yang di atas tu, saya hanya gabungkan teh hijau dan madu.
- 2 uncang teh hijau (keluarkan serbuk teh hijau daripada uncang dan letakkan ke dalam mangkuk)
- 1 sudu besar madu
- Gaulkan hingga sekata. Letak pada muka.
- Biarkan 15 - 20 minit. Kemudian, basuh wajah dengan air suam.
Selain itu, boleh juga cuba kombinasi di bawah:
- teh hijau + sesudu kecil perahan lemon + sesudu kecil air
- teh hijau + tomato yang telah dilenyek
- teh hijau + buah strawberi yang telah dihiris halus
Selamat Memanjakan Wajah!
nice la. btw, produk greentea ape yg direkomenkan?
BalasPadamAkak biasa guna ahmad tea atau osk japanese grean tea. Apa2 pun boleh, BV. Detox badan minum grean tea, serdaknya kita guna untuk muka pula :)
PadamNice!!Nanti nak try lah.lama tak detox ni . makan macam - macam. Muka pun dah lama tak dimanjakan.thanks share kak Farrah!
BalasPadamU r most welcome, Sal :)
Padamkak farrah, hadiah dah sampai.
BalasPadammekaseh :)
http://rainfallasleep.blogspot.com/2014/12/terima-kasih-hadiah-12-kak-farrah-mf.html
Alhamdulillah, dah sampai :)
Padamselama ni buang je. hehe. pasni boleh la try kan dr membazir.
BalasPadamsuka minum season green tea XD
yes,...lepas ni bolehlah cuba :)
Padamtakdak la pulak teh hijau ni, rumah ni jarang minum teh,hehe. tapi, dengan telur pun boleh kan,sebab fungi dia sama XD
BalasPadamBetul tu. Dulu2 akak rajin gak pakai telur. Sekarang pakai hampas teh je sebab memang minum :)
PadamApa khasiat letak uncang teh kat mata Kak Farrah?
BalasPadamUtk reduce eyebags + garis2 halus bawah mata :)
Padamsaya pernah buat. tapi guna teh lipton yang biasa ja. hehe
BalasPadamp/s: saya baru terperasan komen kak farrah, satgi saya bagi alamat yer. sorry. hehe
No problem. Akak dah terima add Cik Fafa. Tapi hadiah akak pos lambat sikit ye.
Padamwahh best ni.. boleh try. muka kalau naik jerawat mesti pori2 makin besar :) nice sharing akak
BalasPadamCubalah, Nina. Benda2nya senang & available kat umah :)
PadamBoleh try jugak nih...
BalasPadamsila..sila :)
Padamwah best nih. nak try lah lepas nih. Pori nih dah membesar rasanya. hehe
BalasPadamSelamat mencuba, eyja :)
PadamFarra,khaty nie ada mood kalau nak buat masker nie,tapi selalu guna untuk letak kat mata jew..
BalasPadamSaya ni pulak malas jaga muka sikit. Jadi, sekali datang rajin, cover terus satu muka hihihi :)
Padambest sangat bila dapat memanjakan wajah sendiri ni kan kak..kulit wajah pun pasti nampak segar dan bermaya..wana x penah lagi try buat masker teh hijau ni..menarik juga..insyaallah bila ada masa nak juga try..:)
BalasPadamBetul, Wana. Sekali-sekala ada masa untuk diri, seronok :)
Padamwana klik2 promot content akak..:)
BalasPadamThanks, Wana :)
Padamboleh try ni nanti :)
BalasPadamhaaa cuba jangan tak cuba :)
Padamalaa..sis JM x boleh minum teh..so tak leh nk dapatkan uncang teh yg telah di minum..beberapa hari lepas perut buncit seperti org mengandung rupanya 'angin' sbb minum teh o panas huhuhhu
BalasPadamOohhh, sis alah teh rupanya. Saya ni pun badan tak tahan mana,...tapi selalu ada stok halia kat umah hihihi
Padamabg long ana mmg suka betol green tea. boleh la nti rembat uncang teh kt umah die hehe
BalasPadamImport sikit dr rumah abg long ana ye :)
Padamnak cuba seisi keluarga
BalasPadamAmboii, satu keluarga, aRz! Silakan :)
Padamuncang teh yang belum digunakan lagi ka
BalasPadamAda orang guna yang belum guna. Akak selalu guna hampas je tapi lebihkan sikitla.
PadamBuat scrub pun bagus :)
saya suka scrub muka guna hampas teh,bila basuh ja rasa mcm licin ja muka, pastu hampas teh guna kat tapak tangan,mmg licin .. yg campur2 mcm tips akak belum pernah cuba lg,lg2 guna teh hijau..hehe
BalasPadammemang best kan scrub guna teh :) haa nanti cuba dgn teh hijau pula ye :)
Padamanis pernah guna serdak teh biasa tu.. lepas cuci rase lembut je muka nie..hihi..
BalasPadampsst : rase teh hijau rase ape eh? tak pernah minum..hihi
Kalau nak cuba minum, beli yang mild dulu. Jenis boh/lipton tapi jangan terus cuba yang jasmine green tea. Minum jangan letak gula. Biar pahit-pahit gitu.
PadamAmboiiii rajin betul k.Farrah.
BalasPadamSaya pakai Shiseido Mask putih saya ja.
Yang hitam tu baru ada stok.
Nanti saya order dulu ye:)
Bendanya semua dah ada Shikin. Haa, nanti yang mask hitam tu available, kasi tau ye :)
Padamlamanya tak minum green tea.. isk elok ni minum nak detox.. rajinnya akak.. nak tepek tepek CT tak rajin. masker tak minat so pakai ajela krim malam cap pasar malam hehe
BalasPadamada gak krim malam cap pasar malam nak ditepek. akak ni sebab tak de krim la kena sekali sekala 'rawat' wajah hahaha asyik terbiar je...
PadamKlu teh biasa kak farrah.. cmne
BalasPadamSelalu buang ja uncang teh. tak terfikir pula buat masker.Boleh dicuba ni
BalasPadam