Buat Sendiri Masker Teh Hijau

Ahad, Disember 14, 2014

Assalamu'alaikum. Happy Sunday!

Pagi-pagi buka peti ais, ternampak uncang-uncang teh yang saya simpan. Ada teh hijau, ada teh biasa. Saya memang tak buang. Simpan untuk letak kat mata bila rajin. Tiba-tiba hari ni datang angin nak manjakan diri. So, saya buat masker teh hijau untuk muka.

Masker Teh Hijau

Masker teh hijau elok untuk mengecilkan pori pada wajah. Gandingkan dengan bahan-bahan lain seperti tomato, strawberi, lemon atau madu, kita boleh dapat kulit yang lembut dan segar lepas pakai masker ni. Kalau tumbuh jerawat batu, tepekkan je teh hijau supaya jerawat tu lebih cepat mengecut.

Cara nak buat masker teh hijau sangat mudah. Yang di atas tu, saya hanya gabungkan teh hijau dan madu.
  • 2 uncang teh hijau (keluarkan serbuk teh hijau daripada uncang dan letakkan ke dalam mangkuk)
  • 1 sudu besar madu
  • Gaulkan hingga sekata. Letak pada muka.
  • Biarkan 15 - 20 minit. Kemudian, basuh wajah dengan air suam.

Selain itu, boleh juga cuba kombinasi di bawah:
  • teh hijau + sesudu kecil perahan lemon + sesudu kecil air
  • teh hijau + tomato yang telah dilenyek
  • teh hijau + buah strawberi yang telah dihiris halus

Selamat Memanjakan Wajah!



46 ulasan

  1. nice la. btw, produk greentea ape yg direkomenkan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak biasa guna ahmad tea atau osk japanese grean tea. Apa2 pun boleh, BV. Detox badan minum grean tea, serdaknya kita guna untuk muka pula :)

      Padam
  2. Nice!!Nanti nak try lah.lama tak detox ni . makan macam - macam. Muka pun dah lama tak dimanjakan.thanks share kak Farrah!

    BalasPadam
  3. kak farrah, hadiah dah sampai.
    mekaseh :)

    http://rainfallasleep.blogspot.com/2014/12/terima-kasih-hadiah-12-kak-farrah-mf.html

    BalasPadam
  4. selama ni buang je. hehe. pasni boleh la try kan dr membazir.
    suka minum season green tea XD

    BalasPadam
  5. takdak la pulak teh hijau ni, rumah ni jarang minum teh,hehe. tapi, dengan telur pun boleh kan,sebab fungi dia sama XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Dulu2 akak rajin gak pakai telur. Sekarang pakai hampas teh je sebab memang minum :)

      Padam
  6. Apa khasiat letak uncang teh kat mata Kak Farrah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Utk reduce eyebags + garis2 halus bawah mata :)

      Padam
  7. saya pernah buat. tapi guna teh lipton yang biasa ja. hehe

    p/s: saya baru terperasan komen kak farrah, satgi saya bagi alamat yer. sorry. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. No problem. Akak dah terima add Cik Fafa. Tapi hadiah akak pos lambat sikit ye.

      Padam
  8. wahh best ni.. boleh try. muka kalau naik jerawat mesti pori2 makin besar :) nice sharing akak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah, Nina. Benda2nya senang & available kat umah :)

      Padam
  9. wah best nih. nak try lah lepas nih. Pori nih dah membesar rasanya. hehe

    BalasPadam
  10. Farra,khaty nie ada mood kalau nak buat masker nie,tapi selalu guna untuk letak kat mata jew..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ni pulak malas jaga muka sikit. Jadi, sekali datang rajin, cover terus satu muka hihihi :)

      Padam
  11. best sangat bila dapat memanjakan wajah sendiri ni kan kak..kulit wajah pun pasti nampak segar dan bermaya..wana x penah lagi try buat masker teh hijau ni..menarik juga..insyaallah bila ada masa nak juga try..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Wana. Sekali-sekala ada masa untuk diri, seronok :)

      Padam
  12. alaa..sis JM x boleh minum teh..so tak leh nk dapatkan uncang teh yg telah di minum..beberapa hari lepas perut buncit seperti org mengandung rupanya 'angin' sbb minum teh o panas huhuhhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oohhh, sis alah teh rupanya. Saya ni pun badan tak tahan mana,...tapi selalu ada stok halia kat umah hihihi

      Padam
  13. abg long ana mmg suka betol green tea. boleh la nti rembat uncang teh kt umah die hehe

    BalasPadam
  14. uncang teh yang belum digunakan lagi ka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada orang guna yang belum guna. Akak selalu guna hampas je tapi lebihkan sikitla.
      Buat scrub pun bagus :)

      Padam
  15. saya suka scrub muka guna hampas teh,bila basuh ja rasa mcm licin ja muka, pastu hampas teh guna kat tapak tangan,mmg licin .. yg campur2 mcm tips akak belum pernah cuba lg,lg2 guna teh hijau..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang best kan scrub guna teh :) haa nanti cuba dgn teh hijau pula ye :)

      Padam
  16. anis pernah guna serdak teh biasa tu.. lepas cuci rase lembut je muka nie..hihi..
    psst : rase teh hijau rase ape eh? tak pernah minum..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak cuba minum, beli yang mild dulu. Jenis boh/lipton tapi jangan terus cuba yang jasmine green tea. Minum jangan letak gula. Biar pahit-pahit gitu.

      Padam
  17. Amboiiii rajin betul k.Farrah.
    Saya pakai Shiseido Mask putih saya ja.
    Yang hitam tu baru ada stok.
    Nanti saya order dulu ye:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bendanya semua dah ada Shikin. Haa, nanti yang mask hitam tu available, kasi tau ye :)

      Padam
  18. lamanya tak minum green tea.. isk elok ni minum nak detox.. rajinnya akak.. nak tepek tepek CT tak rajin. masker tak minat so pakai ajela krim malam cap pasar malam hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada gak krim malam cap pasar malam nak ditepek. akak ni sebab tak de krim la kena sekali sekala 'rawat' wajah hahaha asyik terbiar je...

      Padam
  19. Selalu buang ja uncang teh. tak terfikir pula buat masker.Boleh dicuba ni

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.