Kembara Salju bersama Scdha Sein

Selasa, April 21, 2015

Surat saya sesat lagi masuk letter box rumah jiran. Adik posmen ni nak kena hantar training ni! Menapaklah saya ke rumah jiran dengan langkah longlai tanpa semangat. Tetapi, apabila tengok sampul je, senyum terus lebar sampai telinga. Rasa macam nak lompat bintang je time tuh! Tapi control sampai masuk rumah dulu.

Sesiapa yang pernah entri SS yang ini, tentu dah familiar dengan gambar nama-nama atas sticky note di atas salji hasil kreativiti SS. Berbalik pada kisah posto tadi, haaa, inilah yang saya dapat!!!

Pemberian SS :)

Terharunya! Ada photo calendar, poskad, nail-clipper dan yang penting sticky note bertulis Farrah MF tu.  Semua ada angin-angin Korea! Heheheh meskipun saya belum berpeluang jejak bumi Korea, nama saya dah sampai dulu jadilah :) Merasa berkembara salju bersama SS.

Duhai SS, terima kasih tak terhingga daripada saya! Domo arigato! Xie-xie! Dah macam-macam SS beri saya. Saya doakan SS sentiasa happy, ceria, sihat sejahtera dan murah rezeki supaya boleh travel around the world lagi :)

Siapa yang belum mengenali Scdha Sein, jemputlah bertandang ke blog Kak Nam (nama julukan femes SS). Seperti yang saya pernah tulis sebelum ini melalui entri Setem Paling Mahal, siapa yang nak travel first class, berkembaralah bersama SS! Kita bukan sahaja travel merata lihat tempat-tempat menarik, baca catatan perjalanan SS bersama sahabat karibnya HH,..malah perasaan dan emosi kita pun akan travel sama.

Tak percaya?! Pilihlah mana-mana dua atau tiga entri SS dan baca. Each and every word. Rasailah variasi perjalanan emosi suka duka, gembira, sedih menyayat jiwa, kelakar mencuit hati. Bersedialah untuk 'roller-coaster rides' bersama SS. Tetapi, saya beri amaran awal-awal. Sesiapa yang spesis cepat sentap, terkundat atau terkelendat,...jenis yang cepat offended,...mohon jauhi blog SS. Blog hebat ini bukan untuk tatapan kalian. Catatan SS telus, dari hati, dari pengalaman. Jadi, unsur cover atau lapik-lapik ni memang tak ada. Heheheh.

Oh, lupa pulak. Seperti biasa, pemberian rakan-rakan blogger akan naik panjat Bloggers' Board!

SS dok baik-baik dengan Sis JM & Aisya ye :)


52 ulasan

  1. kak Farrah! wah, nasib baiklah surat yang dapat tu menggembirakan hati.. kalau x, wat sakit hati je.. hehehe...

    syoknya dapat hadiah... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah memang nasib baik surat menggembirakan hati. Kalau dapat katalog ke, surat statement bank ke...memang haru sikitlah :)

      Padam
  2. sweet kan, nama kita dah sampai korea..kita ja belum..heheee..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nama sampai dulu, pastu baru orangnya..hehe

      Padam
    2. Betul cakap Sal tu,..nama sampai dulu,..mudah2an one fine day orangnya akan menyusul :)

      Padam
  3. tulisan yg betul2 ikhlas dan menyentap perasaan.. SS mmg pandai memainkan emosi pembaca kan akak.. sekali baca entry dia lepas review sapa ntah dlu, terus sangkut sampai laa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang penting, blog SS not for the faint-hearted..samalah, dah terjebak..baca blog SS rasa macam ada kat sana sekali ngan dia

      Padam
    2. Yessss, yang faint-hearted, yang hati tahap lemah-gemalai memang tak leh baca kan... :)

      Padam
    3. mula2 singgh tu, rasa terkejut..biar betik mak cik ni..haha.. pastu terus melekat.. siap request dia update cepat..hehe

      Padam
    4. Oh, reaksi akak berbeza pula. Bila dah baca dua tiga entri SS, akak macam,...Ho!Ho!Ho! I likeeeeee! ;)

      Padam
    5. hamoi korang!!...mesti kembang semangkuk SS bila baca komen ni hahahah..hhhhoooooo liaauuu!

      Padam
  4. Sila lah sediakan board lebih besar lagi ye Cikgu Ceketed... He He He...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak Farrah, SS dah hint nak hantar banyak lagi pas ni...

      Padam
    2. @Sal - Hahahah memang kena gi cari board lagi ni, Sal :)

      @SS - Saya masih berhutang hadiah dengan SS huhuhu. Saya simpan dulu ye sampai saya ada masa nak melabun di pejabat pos.

      Padam
    3. silap2 nanti pemberian SS jer dah penuh 1 board.. hehehe..

      Padam
    4. hihihihi kena cari ruang utk letak board baru :)

      Padam
  5. Sooo sweet... best nye.. suke la farrah

    BalasPadam
    Balasan
    1. sukalah, intan :)
      hati berbunga-bunga macam ada taman!

      Padam
  6. bestnya.. sweet gitu.. tak kisah laa kena menapak sekali pun, yang pastinya surat yang sampai tuh sungguh bermakna..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha hilang semua langkah longlai tak ada semangat tu :)

      Padam
    2. tuh laa diganti dengan hati yang girang gembira.. hehehe..

      Padam
  7. bestnyeeee kannn semua orang suka dpt gift macam tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang senyum lebar sampai telinga, kak noor :)

      Padam
  8. Tahniah Kak Farrah :) Seronoknya...:)

    BalasPadam
  9. sik baik rumah jiran kalau ke rumah sy? ;-) hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib baik kan,..tapi kalau tahu gift SS ni ke rumah Anies, saya gagahkan juga menapak ke sana :)

      Padam
  10. Waahh..dh smpai eh farrah....best kan..yg penting nama kita smpai korea dulu....hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihihihi sis deanna punya dah sampai ke belum?

      Padam
    2. hehehe...alhmdulillah...sampai dahhhhhhh

      Padam
  11. alaaa jelesnyee..iols nak jugakkk..huhu...kak SS..nakkk..hahah.. :P

    BalasPadam
  12. seronokkan kalau dapat hadiah dari rakan blogger ni
    saya dah pernah berkunjung ke blog beliau
    tapi belum sempat drop komen. silent reader aje...hehe

    BalasPadam
  13. Wahhh bertuahnya kak farah... rugi siapa tak kenal kak nam ni... hihihi...

    BalasPadam
  14. sis JM x jelez sgt sbb dapat jugak heheheh

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.