Resepi Omelette Muffin

Rabu, Januari 20, 2016

Omelette merupakan antara hidangan sarapan yang simple, mengenyangkan dan sangat mudah penyediaannya. Resepi omelette boleh kita pelbagaikan. Bergantung pada apa yang ada di dapur. Selain daripada menyediakan omelette biasa, kita juga boleh buat omelette muffin. Comel-comel je. Kira individual size lah :)

Omelette Muffin

Resepi Omelette Muffin

Untuk hasilkan omellette muffin, resepinya agak-agak sahaja. Tidak perlu timbang sukat. Lebih kurang sama macam resepi asas omelette biasa: telur, susu, hirisan bawang besar, lada sulah dan garam. Cuma untuk dapatkan body muffin ni, kita perlu ada beberapa keping roti dan bahan tambahan sebagai inti. Saya guna hirisan sosej ayam dan parutan keju mozarella. Selain itu, boleh guna hirisan cendawan, hirisan lobak merah, daging cincang dan hirisan lada benggala. Mixed vegetables pun OK :)

Mula-mula, dadukan/carik-carikkan roti. Kemudian, ambil beberapa biji telur dan pukul bersama 1/2 ke 1 cawan susu. Letak lada sulah dan garam. Kacau sebati. Rendamkan roti ke dalam campuran telur dan susu buat seketika. Masukkan roti ke dalam muffin tray yang sudah dilengser dengan marjerin atau mentega. Saya sarankan guna muffin paper cups (kelongsong kertas) untuk hasil yang lebih sempurna. Omelette muffin saya ni ada juga terencat rupa parasnya kerana melekat pada muffin tray.

Setelah kita letak roti sebagai base (lapisan bawah), masukkan hirisan sosej dan parutan keju. Lapiskan lagi dengan roti, sosej dan akhiri dengan parutan keju. Sekiranya campuran susu dan telur masih berbaki, curahkan sama rata ke dalam setiap lubang muffin.Tekstur sebelum dibakar sepatutnya kelihatan macam nak buat puding roti. Basah basah sikit. Tak kering sangat. Boleh juga taburkan sedikit serbuk paprika di atas permukaan setiap omelette muffin. Kemudian, bakar pada suhu 180 - 200 darjah celcius selama 20 - 30 minit. Bergantung pada suhu dan oven masing-masing ye.

Setelah siap dibakar, keluarkan dari muffin tray. Hidang bersama sos pilihan dan mayonis.

Selamat bereksperimen dengan omelette muffin



23 ulasan

  1. wah farah mcm bekenan je kaknoor dgn resepi ni mesti nk try ni

    BalasPadam
  2. Lya da trbaca kat fb tdi..mudah nak buatnya

    BalasPadam
  3. Kak farahh tlg buatkann utk Jie. Nanti hantaq Perakk tau. Hihih XD

    BalasPadam
  4. comelnya omelette muffin :D rajin kak Farah baking

    BalasPadam
  5. sedapnya tengok tertiba lapar ni

    BalasPadam
  6. lapar balik. baru lepas makan tadi. hehe

    BalasPadam
  7. nampak mcm mudah nak buat tapi kalau sy buat xtau lah brp kali buat baru manjadi...huhuhu

    BalasPadam
  8. wah menariknya idea ni
    biasa buat gitu aje
    suatu masa nanti nak cubalah

    BalasPadam
  9. Saya pernah nampak lebih kurang macam ni kat Tasty, tapi Kak Farrah punya nampak lagi sedap!

    BalasPadam
  10. senangnyaa nak buat >,< simple je . budak budak mesti suka ni untuk bekpes kan. hehehe thanks for the recipe kak Farra. oh btw, magnet akak dah sampai kelmarin. suka sangat. tapi Cici belum buat apa apa lagi. si kecik sibuk nak tengok. terus kita masuk dalam drawer. kang dah sampai tangan budak budak tu, apa pun tak jadi. nanti dah jadi kita update ye :)

    BalasPadam
  11. Nampak sangat menyelerakan. Kena try juga nie

    BalasPadam
  12. ala tertiba lapar tengok blog kak farah ni

    BalasPadam
  13. kalau la ada oven kt rumah sewa ni...

    BalasPadam
  14. wahh menarik nie
    tapi telur beberapa biji tu berapa biji ye kak farrah
    mcm takleh nak agak sbb dengan secawan susu tu kan

    BalasPadam
  15. Sha save.. Menarik sangat idea akak nie..

    BalasPadam
  16. Rupa terencat sikit takpe.. Asalkan rasa mantap. Ammi save ye

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.