Omelette merupakan antara hidangan sarapan yang simple, mengenyangkan dan sangat mudah penyediaannya. Resepi omelette boleh kita pelbagaikan. Bergantung pada apa yang ada di dapur. Selain daripada menyediakan omelette biasa, kita juga boleh buat omelette muffin. Comel-comel je. Kira individual size lah :)
Omelette Muffin |
Resepi Omelette Muffin
Untuk hasilkan omellette muffin, resepinya agak-agak sahaja. Tidak perlu timbang sukat. Lebih kurang sama macam resepi asas omelette biasa: telur, susu, hirisan bawang besar, lada sulah dan garam. Cuma untuk dapatkan body muffin ni, kita perlu ada beberapa keping roti dan bahan tambahan sebagai inti. Saya guna hirisan sosej ayam dan parutan keju mozarella. Selain itu, boleh guna hirisan cendawan, hirisan lobak merah, daging cincang dan hirisan lada benggala. Mixed vegetables pun OK :)
Mula-mula, dadukan/carik-carikkan roti. Kemudian, ambil beberapa biji telur dan pukul bersama 1/2 ke 1 cawan susu. Letak lada sulah dan garam. Kacau sebati. Rendamkan roti ke dalam campuran telur dan susu buat seketika. Masukkan roti ke dalam muffin tray yang sudah dilengser dengan marjerin atau mentega. Saya sarankan guna muffin paper cups (kelongsong kertas) untuk hasil yang lebih sempurna. Omelette muffin saya ni ada juga terencat rupa parasnya kerana melekat pada muffin tray.
Setelah kita letak roti sebagai base (lapisan bawah), masukkan hirisan sosej dan parutan keju. Lapiskan lagi dengan roti, sosej dan akhiri dengan parutan keju. Sekiranya campuran susu dan telur masih berbaki, curahkan sama rata ke dalam setiap lubang muffin.Tekstur sebelum dibakar sepatutnya kelihatan macam nak buat puding roti. Basah basah sikit. Tak kering sangat. Boleh juga taburkan sedikit serbuk paprika di atas permukaan setiap omelette muffin. Kemudian, bakar pada suhu 180 - 200 darjah celcius selama 20 - 30 minit. Bergantung pada suhu dan oven masing-masing ye.
Setelah siap dibakar, keluarkan dari muffin tray. Hidang bersama sos pilihan dan mayonis.
Selamat bereksperimen dengan omelette muffin!
Menarik...berkhasiat...simple...
BalasPadamwah farah mcm bekenan je kaknoor dgn resepi ni mesti nk try ni
BalasPadamLya da trbaca kat fb tdi..mudah nak buatnya
BalasPadamsimple dan menarik..
BalasPadamsatu ja sedap hehehe
BalasPadamKak farahh tlg buatkann utk Jie. Nanti hantaq Perakk tau. Hihih XD
BalasPadammenarik dan sedapnya...
BalasPadamcomelnya omelette muffin :D rajin kak Farah baking
BalasPadamsedapnya tengok tertiba lapar ni
BalasPadamlapar balik. baru lepas makan tadi. hehe
BalasPadamnampak mcm mudah nak buat tapi kalau sy buat xtau lah brp kali buat baru manjadi...huhuhu
BalasPadamwah menariknya idea ni
BalasPadambiasa buat gitu aje
suatu masa nanti nak cubalah
Tengok muffin akak sket..")
BalasPadamSaya pernah nampak lebih kurang macam ni kat Tasty, tapi Kak Farrah punya nampak lagi sedap!
BalasPadamsalam kak ! meriah Omelette Muffin akak
BalasPadamsenangnyaa nak buat >,< simple je . budak budak mesti suka ni untuk bekpes kan. hehehe thanks for the recipe kak Farra. oh btw, magnet akak dah sampai kelmarin. suka sangat. tapi Cici belum buat apa apa lagi. si kecik sibuk nak tengok. terus kita masuk dalam drawer. kang dah sampai tangan budak budak tu, apa pun tak jadi. nanti dah jadi kita update ye :)
BalasPadamSedapnya Farrah...
BalasPadamNampak sangat menyelerakan. Kena try juga nie
BalasPadamala tertiba lapar tengok blog kak farah ni
BalasPadamkalau la ada oven kt rumah sewa ni...
BalasPadamwahh menarik nie
BalasPadamtapi telur beberapa biji tu berapa biji ye kak farrah
mcm takleh nak agak sbb dengan secawan susu tu kan
Sha save.. Menarik sangat idea akak nie..
BalasPadamRupa terencat sikit takpe.. Asalkan rasa mantap. Ammi save ye
BalasPadam