Assalamu'alaikum.
Siapa yang suka sign language? Ini adalah antara ilmu yang ingin saya kuasai tetapi masih belum mampu belajar sepenuhnya. Setakat basic sentences and expressions lepaslah. Tetapi, apabila 'si penutur' gerakkan jari laju-laju dan mula mengeja nama orang atau tempat,...saya akan kelip-kelip mata terkial sendiri. ABC sign language saya berterabur!
Saya ada beberapa orang teman yang merupakan golongan tunakerna. Kelainan upaya dari segi pendengaran. Melalui merekalah saya belajar berbahasa isyarat sedikit sebanyak. Berminat tak? Haaa,..sebelum apa-apa,..mari belajar huruf dalam bahasa isyarat.
Updated 22/1 - Huruf W missing pulak dalam carta kat atas ni. Kesian Wawa nak sign nama dia tak de huruf W ;)
Bahasa isyarat agak mudah untuk dipelajari kerana kebanyakan istilah diekpresikan melalui simbol dan gaya. Namun begitu, dalam sesetengah keadaan, kita kena guna juga ABC ni. Terutama sekali apabila hendak menyebut (mengeja) nama kita atau nama tempat. Contohnya:
Sebut tentang nama, satu aspek yang bagi saya agak unik ialah penggunaan personal sign names. Apa yang saya maksudkan di sini ialah nama kita tidak akan dieja seperti di atas (tetapi diberi simbol/sign language yang khas) mengikut perwatakan kita. Tetapi, penggunaan personal sign names ini hanya dalam komuniti tunakerna sahaja. Kita tak boleh nak simply beri diri kita sendiri personal sign names. Kita perlu bergaul dengan mereka yang kelainan upaya dari segi pendengaran ini. Makin lama, mereka akan lebih mengenali kita dan pilih something unique to represent diri kita. Bertitik tolak dari situlah kita akan dapat personal sign names. Mungkin dari apa yang kita cakap, hobi kita atau physical appearance.
Contohnya, saya ada teman yang bernama Carie yang punya minat mendalam pada muzik. Jadi, apabila kami hendak berbicara tentang Carie, hanya perlu buat simbol huruf C diikuti dengan bahasa isyarat yang melambangkan muzik. Itulah sebabnya personal sign names ni tak boleh sesuka hati kita nak cipta atau bagi. Nama ni lebih kepada gelaran yang kita beri pada kawan-kawan atau geng kita.
Tunggu apa lagi tu? Meh cuba eja nama sendiri :)
Psstt: Personal sign name saya - Huruf F + Sign language 'small eyes'. Teman-teman saya kata mata saya akan hilang 'mengecil' setiap kali saya senyum dan ketawa ;)
baca entri ni automatik tgn follow sekali buat isyarat. hehe.
BalasPadamHeheh selamat berbahasa isyarat, Najwa :)
PadamHURUF W TAK DE KE Kak? ehh, terhuruf besar plak.. hihi
BalasPadamYelah, Wawa,..akak baru perasan chart ni W tercicir! Ada,...ada..Kalau V kita angkat jari telunjuk dan jari tengah kan,...utk W angkat sekali jari hantu :)
Padamoh comelnya sign language tu. ahaks
BalasPadamComel kannnn :)
Padamohhh personal sign tu kiranya orang lain yang bagi kat kita ehh? Ohh baru tahu
BalasPadamHaaa lebih kurang begitulah. Si tunakerna sendiri yg bagi. Nama tu kira eksklusif untuk kita dengan geng2 yg kelainan upaya tu je. Kalau dgn deaf people yg lain, maybe they all tak boleh tangkap sebab tak kenal kita kan.
Padamtergelak sendiri sbb automatik jari2 ni ikut sign nama Jie. keh2.
BalasPadamtengkiu share kak farah. :)
Wah, sign language Jie versi automatik! :)
PadamLya pun x dpt kuasai bhs isyarat ni..taw skit2 je
BalasPadamSenang je sebenarnya, tapi kena rajin practise :)
PadamThnks taw sharing2 hhehe
BalasPadamMy pleasure :)
Padamsalam kak, sign untuk nama yana nampak macam mudah hihihi
BalasPadamYana mudah, TKK pun mudah! :)
PadamDah lama tinggal sign language ni, alphabets pun dah tak ingat dah :(
BalasPadamAlphabets ni yg remeh sikit nak ingat kan :)
PadamNak juga belajar bahasa isyarat ni Farah...yang pertama nak belajar adalah nama kita...tq perkongsian ini Farah..
BalasPadamKena berguru gak nie ^-^
BalasPadamhebat!
BalasPadamtip yang bagus.. nanti boleh ekin guna... sebab ada sepupu masih kecil dilahirkan dengan sempurna segalanya.. bila dah besar dalam remaja kut tertiba kedua-dua pendengaran beliau tak berfungsi berapa buat pembedahan dah loni pakai alat pendengaran...
BalasPadamkena belajar ni
BalasPadammmg xpandai..tapi nk cuba jugak
BalasPadamAssalam. Tahniahlah ada kehendak belajarsign language. Menarik sangat.
BalasPadamdah cuba nasib...hehe
BalasPadammcm mna nasib anda...
Padamdulu kat sekolah ade budak2 khas
BalasPadamsmpt la belajar dan sempat hafal
tapi skg tak igt ape dah kak farrah
teringat kisah masa kt u dulu...kat cafe ada 2 org brother yg oku bisu....bila nk order air kena guna bahasa isyarat......heheheheh
BalasPadamdulu masa sekolah rendah cikgu memang ajar huruf asas nih.. memandangkan sekolah tu ada budak istimewa..
BalasPadam