Khamis, Januari 21, 2016

Jom Sign Nama Kita Sendiri

Assalamu'alaikum.
Siapa yang suka sign language? Ini adalah antara ilmu yang ingin saya kuasai tetapi masih belum mampu belajar sepenuhnya. Setakat basic sentences and expressions lepaslah. Tetapi, apabila 'si penutur' gerakkan jari laju-laju dan mula mengeja nama orang atau tempat,...saya akan kelip-kelip mata terkial sendiri. ABC sign language saya berterabur!

Saya ada beberapa orang teman yang merupakan golongan tunakerna. Kelainan upaya dari segi pendengaran. Melalui merekalah saya belajar berbahasa isyarat sedikit sebanyak. Berminat tak? Haaa,..sebelum apa-apa,..mari belajar huruf dalam bahasa isyarat. 



Updated 22/1 - Huruf W missing pulak dalam carta kat atas ni. Kesian Wawa nak sign nama dia tak de huruf W ;)


Bahasa isyarat agak mudah untuk dipelajari kerana kebanyakan istilah diekpresikan melalui simbol dan gaya. Namun begitu, dalam sesetengah keadaan, kita kena guna juga ABC ni. Terutama sekali apabila hendak menyebut (mengeja) nama kita atau nama tempat.  Contohnya:


Sebut tentang nama, satu aspek yang bagi saya agak unik ialah penggunaan personal sign names. Apa yang saya maksudkan di sini ialah nama kita tidak akan dieja seperti di atas (tetapi diberi simbol/sign language yang khas) mengikut perwatakan kita. Tetapi, penggunaan personal sign names ini hanya dalam komuniti tunakerna sahaja. Kita tak boleh nak simply beri diri kita sendiri personal sign names. Kita perlu bergaul dengan mereka yang kelainan upaya dari segi pendengaran ini. Makin lama, mereka akan lebih mengenali kita dan pilih something unique to represent diri kita. Bertitik tolak dari situlah kita akan dapat personal sign names. Mungkin dari apa yang kita cakap, hobi kita atau physical appearance.

Contohnya, saya ada teman yang bernama Carie yang punya minat mendalam pada muzik. Jadi, apabila kami hendak berbicara tentang Carie, hanya perlu buat simbol huruf C diikuti dengan bahasa isyarat yang melambangkan muzik. Itulah sebabnya personal sign names ni tak boleh sesuka hati kita nak cipta atau bagi. Nama ni lebih kepada gelaran yang kita beri pada kawan-kawan atau geng kita. 

Tunggu apa lagi tu? Meh cuba eja nama sendiri :)

Psstt: Personal sign name saya - Huruf F + Sign language 'small eyes'. Teman-teman saya kata mata saya akan hilang 'mengecil' setiap kali saya senyum dan ketawa ;)


30 ulasan:

  1. baca entri ni automatik tgn follow sekali buat isyarat. hehe.

    BalasPadam
  2. HURUF W TAK DE KE Kak? ehh, terhuruf besar plak.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yelah, Wawa,..akak baru perasan chart ni W tercicir! Ada,...ada..Kalau V kita angkat jari telunjuk dan jari tengah kan,...utk W angkat sekali jari hantu :)

      Padam
  3. oh comelnya sign language tu. ahaks

    BalasPadam
  4. ohhh personal sign tu kiranya orang lain yang bagi kat kita ehh? Ohh baru tahu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa lebih kurang begitulah. Si tunakerna sendiri yg bagi. Nama tu kira eksklusif untuk kita dengan geng2 yg kelainan upaya tu je. Kalau dgn deaf people yg lain, maybe they all tak boleh tangkap sebab tak kenal kita kan.

      Padam
  5. tergelak sendiri sbb automatik jari2 ni ikut sign nama Jie. keh2.

    tengkiu share kak farah. :)

    BalasPadam
  6. Lya pun x dpt kuasai bhs isyarat ni..taw skit2 je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang je sebenarnya, tapi kena rajin practise :)

      Padam
  7. salam kak, sign untuk nama yana nampak macam mudah hihihi

    BalasPadam
  8. Dah lama tinggal sign language ni, alphabets pun dah tak ingat dah :(

    BalasPadam
  9. Nak juga belajar bahasa isyarat ni Farah...yang pertama nak belajar adalah nama kita...tq perkongsian ini Farah..

    BalasPadam
  10. tip yang bagus.. nanti boleh ekin guna... sebab ada sepupu masih kecil dilahirkan dengan sempurna segalanya.. bila dah besar dalam remaja kut tertiba kedua-dua pendengaran beliau tak berfungsi berapa buat pembedahan dah loni pakai alat pendengaran...

    BalasPadam
  11. Assalam. Tahniahlah ada kehendak belajarsign language. Menarik sangat.

    BalasPadam
  12. dulu kat sekolah ade budak2 khas
    smpt la belajar dan sempat hafal
    tapi skg tak igt ape dah kak farrah

    BalasPadam
  13. teringat kisah masa kt u dulu...kat cafe ada 2 org brother yg oku bisu....bila nk order air kena guna bahasa isyarat......heheheheh

    BalasPadam
  14. dulu masa sekolah rendah cikgu memang ajar huruf asas nih.. memandangkan sekolah tu ada budak istimewa..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.