Pernah cuba tak kailan goreng rangup? Ini antara hidangan kegemaran saya. Suka sebab crunchy. Bulan lepas dinner dekat Homst ordered lauk ni. Tetapi tak puas makan walaupun satu pinggan hidangan tu saya seorang je yang attack! So, bila Bott beli kailan, saya terus masukkan Kailan Goreng Rangup dalam menu ;)
Resepi Kailan Goreng Rangup
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Sayur kailan - asingkan daun dan batang. Daun dihiris-hiris halus manakala batangnya dihiris serong. Jangan tebal sangat!
- 3 ulas bawang putih, dicincang halus
- 2 - 3 sudu besar sos tiram. (Bergantung pada portion sayur dan nak kuah banyak mana.)
- sedikit air
- Minyak masak - untuk deep fry hirisan daun kailan dan untuk menumis
Langkah-langkah Penyediaan:
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan sos tiram dan sedikit air. Kacau.
- Masukkan hirisan batang kailan dan masak seketika sehingga lembut.
- Sesudah itu masukkan ke dalam pinggan.
- Panaskan minyak untuk goreng daun kailan pula. Minyak kena banyak sedikit sebab kita nak deep fry.
- Kemudian, masukkan hirisan daun kailan. Goreng seketika sehingga daun bertukar warna dan angkat.
- Letakkan di atas kuahdan hirisan batang kailan tadi. Siapppp!
Oh, kebetulan, saya memang ada stok ikan bilis cenonet yang dah digoreng. Jadi, saya tabur sekali :)
Tabur bawang goreng pun dap dap dap! Sedia untuk dimamam!
boleh ye, buat sayur goreng jd rangup tanpa pakai tepung.
BalasPadamBoleh, tapi minyak kena betul2 panas dan kita goreng tu sekejap je :)
PadamSedapnya. Nanti nak try buat jugaklah !
BalasPadamnampak sedap dengan kailan yang sedikit rangup tu
BalasPadamUiss menarik.. Tak pernah tahu pown dan tak pernah cuba.. Leh cuba pas ni.. mesti ohsem.. hehe
BalasPadamoo..kena deep fry..selalu order kailan ikan masin je..
BalasPadammcm sedap..
BalasPadamSehingga naik bau... Tahu tahu dah hangus... Sebab x ada deria bau... He he he
BalasPadamHahahahaha... hangus pun hangus la SS janji boleh ngap!
PadamSelagi x bau... Bior jek! He he he
Padamnak sepinggan? ;-)
BalasPadamuish rare nyeee.. dop pernah dengar lagi makan cenggini. pegi homst pun bru sekali da tingin dimsum sngt..
BalasPadamkena makan dgn nasi la kan ? ke makan saja2 while tngk tv..?
BalasPadamkailan sedap gak.. tamo sawi je hahahak..
BalasPadamWah, x pernah makan pulak kailan ranggup ni..biasa kailan ikan masin je..heeee
BalasPadamnak masak pun mudah resepi ni... parking tepi dulu resepi :D
BalasPadammudahnya...
BalasPadamTak pernah cuba lagi. Bolehlah buat bila ada sayur kailan ni. Dulu saya pernah goreng kailan lepas tu gaulkan dengan ikan masin. Sedap.. =D
BalasPadamooooo gitu kejadian nyer.
BalasPadamaida jarang benar beli kailan...
anak2 kurang makan, farrah.
pada aida sedap jer.
kalu gi kedai tomyam, wajib order.
sebab kat umah tak masak :)
anyway, a great resipi ni.
tq for sharing yer.
kena beli kailan nampaknya...
BalasPadamkiranya kan...agak berminyak tak nanti
BalasPadambiasa mkn kailan ikan masin jek
BalasPadamishh teringin plak nk buat...rangup tu yg sedap
BalasPadamTak makan kailan ! hahhaha
BalasPadamso tak excited nak try kehkehekeh
BalasPadamigtkan bayam je orang goremg
BalasPadamkailan pon boleh goreng rangup ye