Buat Kad Guna Deep Border Punch

Isnin, Julai 31, 2017

Saya memang suka beli border punch untuk projek kraf saya. Adalah beberapa pieces dalam koleksi dan salah satunya deep border punch. Deep border punch ni corak tebukannya lebih intricate dan lebih besar jika dibandingkan dengan border punch biasa. Saya pernah tulis tentang deep border punch di sini.

Deep border punch. Cantik kan?! 😃

Selama ini saya hanya guna deep border punch untuk buat bingkai (frame) pada scrap page. Dah lama dah terfikir nak gunakan untuk hias kad. Tetapi tak ada kesempatan nak buat. Finally, di bawah ini percubaan pertama saya beberapa bulan lepas. Guna kertas kuning dan putih yang plain sahaja untuk buat border. Kemudian, tampal di atas kad sebagai embellishment (hiasan). Untuk kad berwarna hitam, saya letak sentimen 'Just For You'. Sesudah itu, saya tambah bunga-bunga kecil yang dibuat menggunakan craft punch, dilekatkan dengan adhesive diamentes berwarna hitam.


Bagi kad biru gelap, saya tampal chipboard embellishments bunga dan sentimen 'You're in my heart'. Di bahagian bawah kad saya guna satu jalur adhesive diamentes sebagai kemasan. Tercapai juga misi saya untuk buat hiasan atas kad guna deep border punch yang satu ini.


Dah cuba sekali, nak terus cuba bereksperimen lagi. Kad hijau di bawah merupakan percubaan terbaru saya. Saya siapkan tempahan kad hari lahir. Buat kad ala-ala tema kebaya hijau. Pada mulanya, dalam kepala ni nak buat shape betul-betul ikut potongan kebaya. Tetapi, saya sibuk dan kesuntukan masa. Tak dapatlah bereksperimen dengan bentuk atau rekaan 'potongan baju'. Untuk tebukan kertas border punch, masih guna kertas kuning yang plain. Hehehe,.. sesuai pula pattern border punch tu jadi  kerawang/sulaman tepi kebaya.


Di samping itu, saya tambah sedikit hiasan lain supaya lebih lively, tak kosong sangat. Bahagian kalendar, saya guna clear stamps yang saya beli secara online di Peppermintzakka. Kalian boleh baca mengenainya di sini. Kalendar bulan Ogos, stamped atas kertas kraf yang tebal, then kita tanda tarikh lahir si penerima dengan hiasan love kecil. 💟💙💚💛💜

I 💓 My Craft Punches! 😃

21 ulasan

  1. Wah....memang awesome.
    Benda2 mcm ni, mrs pip suka, tapi mrs pip tak kreatif mcm farrah...
    Maybe next year, kena buat azam baru nak bereksperimentasi dgn kraf pula...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ni tak kreatif mana Mrs Pip. Tapi saja cuba suka-suka. Mrs Pip kan suka buat DIY semua tu. Mesti bolehlah. Selamat bereksperimentasi ye :)

      Padam
  2. Balasan
    1. Terima kasih sudi singgah, Sis MD. Saya pun dah lama tak berkunjung ke Anugerah Terindah. Nantikan kunjungan balas saya, insya-Allah :)

      Padam
  3. perlukan kreativiti yang tinggi..

    memang cantik

    BalasPadam
  4. eeeee tak pnh tak kreatif tau kak farah ni ! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai biasa-biasa aja, dik. Bendanya semua dah ada 😊

      Padam
  5. Assalamualaikum.. Lamanya tak singgah blog kak kreatif kita ni.. Rindu kat akak.. Akak memang kreatif cantiknya hasil akak buat

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Kak Farrah.. lama tak singgah.. Akak apa khabar ? How's everything.. missing this tower n the owner 😍

    BalasPadam
  7. Cantik... bab kraft semuanya cantik... yang tak cantik bila dapat kat tangan tak seni cam sayaaaaa... kikikiki

    BalasPadam
  8. Kalau tajin apa pun boleh kan kak ? Heee

    BalasPadam
  9. Wahhh seriusly cantik...saya suka benda ni...hihi

    BalasPadam
  10. cantik, tapi kena kreatip jugak ni

    BalasPadam
  11. tantek nyerrr.... nak tau x setiap kali sy g 1utama, lalu dpt kedai kraf, selalu tingat kt sis ;-)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.