Kad Lipat- lipat - The Final Look

Isnin, Julai 24, 2017

Sebelum ini saya pernah cerita tentang kad lipat-lipat yang saya buat (boleh baca di sini), tetapi tidak berkesempatan hendak tunjuk rupa hasil sepenuhnya. Masa tu belum betul-betul siap. Apa yang berlipat-lipat? Apa istimewanya kita lipat-lipat? Haaa, mari saya cerita sikit!

Pada dasarnya, kad lipat-lipat ini dibuat menggunakan kertas kraf bersaiz besar (12 x 12) yang dilipat kepada beberapa bahagian (dan ada bahagian yang saya potong kerana tak mahu jadi terlalu tebal apabila dilipat). Ada banyak ruang untuk kad ini. Depaan, belakang, atas, bawah, kiri, kanan,.. jadi boleh letak banyak gambar, hiasan atau sentimen buat si penerima. Banyak ruang untuk menulis. Mana tahu ada nak tulis surat cinta ke, buat puisi berbunga-bunga ke,...😉


So, here is the final look.

Ini bahagian hadapan kad. Kad hari lahir dengan tema biru - polka-dots and small sweet flowers. Untuk bahagian hadapan, saya tampal dengan kad polka dots berwarna biru putih. Kemudian, saya tambah chipboard embellishment - Happy Birthday. Bahagian sentimen 'just for you' itu saya buat dengan menggunakan clear stamps, assembled atas cebisan kertas kuning dan hijau. Kemasan tepi yang bercorak lengkung lengkung tu dibuat pakai patterned scissors.

Bukaan lipatan yang pertama. Mini flags and arrow. Ada ruang untuk menulis atau hias-hias lagi.


...yang kedua. Ada hiasan sedikit dan ruang untuk menulis. Supaya kad nampak lebih meriah, saya tampal panel kad dengan kertas bercorak warna biru.


...yang ketiga. Bukaan bahagian atas, sebelah kanan. Gambar si penerima kad. Ada poket dan secret message.


Finally, bukaan bahagian bawah, sebelah kiri.


Ada banyak ruang untuk tulis ucapan. Nak share kad dan sign ramai-ramai pun sesuai sangat. Apa yang best, layer by layer, bukaan demi bukaan,...kita boleh suprisekan si penerima. Best kan?


18 ulasan

  1. Cutenya. Best kalau dapat handmade card macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang ni kalau dapat kad yang tangible memang excited kan :)

      Padam
  2. Comelnya kad yang macam ni! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi comel kalau kita tepek2 banyak gambar :)

      Padam
  3. lamanya tak singgah kat sini.. rindu..

    cantik dan menarik untuk penerimanya, surprise sangat dapat kad sebegini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rindu Eyda juga! Lama dah tak jengah Eyda dan hero berdua tu. Insya-Allah, ada kelapangan nanti saya datang ye :)

      Padam
  4. hehehe memang terlipat2 jadinyaaa hehehe..

    BalasPadam
  5. Cantik...sy suka tengok kad macam ni...comel pun iya...hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nini pun boleh cuba buat,..bab menghias lipatan2 tu yang bestt! :)

      Padam
  6. Belum cuba belum tahu, entah-entah lagi komersial dan berseni rupanya :)

    BalasPadam
  7. wahhhhhh besnya siap ada secret pocket lagi ha.
    boleh share ramai2 dgn kwn2 utk wish nti hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Kad ni sesuai untuk share ramai2 😊

      Padam
  8. wah..ada orang buat bisnes tau kad macam ni kak Farrah. saya pernah la buat sendiri untuk seseorang dulu.tapi takdelah secantik ni..hehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.