Buat Tag Mini

Selasa, November 03, 2020

Assalamualaikum. 

Hari ini saya ingin kongsi tag mini yang saya buat untuk projek-projek kraf saya menggunakan set dies yang saya beli di Lazada. Sudah namanya pun tag mini, maka kecil sahaja saiznya. Satu tag berukuran lebih kurang 6 x 4 cm sahaja. Tidak silap saya ketika saya beli harga untuk kesemua empat set dies di bawah dalam lebih kurang RM10. Tidak lebih daripada itu. Murah, kan?

Ini rupanya set dies saya. Ada empat bentuk potongan + 4 embossing patterns. Berbaloi sangat-sangat! Setiap die tajam dan potongan yang terhasil sangat kemas. Jika ingin tag kosong gunakan die sahaja (bingkai yang berlubang tu). Jika ingin ada corak timbul (embossed) pada tag yang kita buat, gunakan kedua-dua sekali termasuk plat bercorak yang disertakan.

Saya lebih gemar buat yang kosong tanpa embossed pattern. Lebih mudah hendak hias dan adalah juga ruang untuk menulis. Dahlah tagnya kecil, ada cetakan corak timbul pula. Nanti sukar nak tulis nota untuk penerima.


Tag-tag yang telah selamat dipotong.

Sekali guna die-cut machine, potong banyak-banyak tag sekali gus. Die-cut machine saya pun spesis mini - Diamond Press Tool yang di bahagian atas gambar sebelah kanan. Sekarang dah tak dikeluarkan lagi dah. Tetapi, memadai untuk kegunaan saya buat masa ini.


Di bawah ini contoh tag mini yang saya buat:


Saya suka buat tag bertema. Set di atas ini bertemakan hari lahir. Tag diperbuat daripada kertas kraf tebal. Hiasannya saya guna pelekat cantik, kiut dan comel yang dibeli di Mr. DIY. Mudah sahaja, lekat-lekat, siap!



Ini pula set tag terima kasih dengan tema kopi. Bahagian dasar tag saya guna kertas keras yang jenis  berkilat (foiled design). Cawan kopi panas dan sentimen 'a cuppa thanks' pula guna clear stamps kopi saya. Baca lanjut mengenainya di sini. Cantik tak?

Tag-tag mini begini, selain digunakan sebagai tag hadiah, boleh juga guna untuk hias journal, hias kad ucapan dan scrapbook

19 ulasan

  1. Owhhh murah. Senang nak potong. Dies ni yang untuk potong kain felt juga kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul tu, Aisya. Boleh guna untuk potong felt juga.

      Padam
  2. ya ampun..suka giler tengok akak punya hasil kerja..ase nak borong bebanyak..tapi journal nya ada 1 je haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kihkihkih I feel you. Memang akak kalau nampak barang-barang ni macam kesurupan dibuatnya! Tetapi sekarang dah berdisiplin sedikit. Beli yang akak rasa betul-betul akak boleh guna dan akan pakai saja 😊

      Padam
  3. Comel gila. Rasanya saya guna untuk menanda buku

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betullah. Boleh guna untuk penanda buku. Saya tak terfikir pun 😅

      Padam
  4. tag terima kasih tema kopi tu comel sangat.. Cantik pula tu.. Kopi is ohsem..

    BalasPadam
  5. Waalaikumussalam. Ya Allah... cutenya! Boleh buat penanda buku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe saya tak terfikir pun, kak. Ni akak dan NA cakap boleh buat penanda buku, nanti saya nak cuba buatlah guna tag ni.

      Padam
  6. comel2... tag ni kalau guna kertas keras memang ngam

    BalasPadam
  7. Wah comelnya.. boleh guna jadi penanda buku ni!

    BalasPadam
  8. Comelnya. best ada kraft tools macam ni. Macam nak membeli jugalah.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.