Resepi Popcorn Tauhu

Rabu, November 04, 2020

Hai semua! Hari ini saya ingin kongsi satu lagi hidangan mudah berasaskan tauhu. Popcorn tauhu. Boleh dijadikan lauk, makan bersama nasi atau sediakan sebagai makanan cekut untuk dihidangkan kepada keluarga atau tetamu. Hendak masak popcorn tauhu ini sangat mudah. Bahan utama yang kalian perlukan ialah tauhu dan Tepung Bestari. Ya, betul. Tepung Serbaguna Bestari yang orang selalu guna untuk buat goreng-gorengan tu. 

Beginilah rupa paras kejadiannya.

Popcorn tauhu yang enak!

Terliur tak? Sudah rangup bersalut begini, orang yang kurang gemar makan tauhu pun akan suka tau! OK, waktu untuk intai resepi.

Resepi Popcorn Tauhu

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Tauhu - dipotong kecil kepada enam atau lapan bahagian. Ini tauhu keras empat segi yang biasa tu. Bukan tauhu telur atau tauhu Jepun.
  • Tepung Bestari secukupnya untuk salut setiap potongan tauhu.
  • Mixed herbs secukupnya bergantung kepada cita rasa. Jika tiada mixed herbs, boleh digantikan dengan parsley atau oregano. Ini optional. Tidak letak pun tidak mengapa. Lagi-lagi jika buat untuk anak-anak yang picky eaters atau tak suka herbs.
  • Minyak masak yang secukupnya untuk menggoreng.


Langkah-langkah penyediaan:
  1. Dengan berhati-hati, salut setiap potongan tauhu dengan Tepung Bestari. Pastikan setiap sisi tauhu sekata dan penuh salutan tepungnya. Kalau ditengok pada cara-cara penggunaan yang tertera pada bahagian bungkusan, kita kena buat bancuhan basah dan kering. Tetapi, untuk tauhu ni tak perlu tau. Sebab fragile, kan? Nanti sementara nak golek-golek salut dengan tepung, hancur pula tauhu.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Saya tidak guna minyak yang banyak sebab kita bukan nak deep fry. Goreng tauhu hingga warnanya bertukar kecoklatan. Terbalikkan tauhu untuk dapatkan gorengan yang sekata.
  3. Setelah siap, hidangkan bersama sos cili atau sos pilihan. 

Mudah sahaja, kan? 


Penyediaan Popcorn Tauhu menggunakan Air Fryer

Bagi yang hendak menggoreng tauhu ini menggunakan air fryer juga tiada masalah. Apa yang penting, apabila hendak memasukkan potongan tauhu ke dalam air fryer, jangan sampai penuh sangat. Nanti udara tidak dapat beredar dengan baik dan kita akan dapat hasil gorengan yang tidak sekata.

Apa yang penting, pandai-pandai kawal suhu. Apa yang saya buat, saya bakar satu sisi buat beberapa minit, kemudian terbalikkan tauhu dan bakar beberapa minit lagi.


Sos Pilihan

Antara saranan yang boleh dipertimbangkan: sos cili, sos tomato, sos bbq, mayones yang dicampur sedikit dengan serbuk kari ... banyak lagilah. Nak pakai salad dressing macam Kewpie tu pun boleh.

Saya pula suka makan dengan sos keju. Feeling-feeling macam makan KFC potato wedges hehehe. Laju je popcorn ni masuk mulut, tahu-tahu sudah habis! 


Selamat mencuba! 



25 ulasan

  1. Tauhu makanan sihat. Kalau makan ni tak rasa guilty sangat lepas lahap banyak hehehe... Kurang karbohidrat. Tak macam popcorn Jagung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Good source of protien too 😊 Memang kurang rasa guilty kalau ratah tauhu.

      Padam
  2. Menarik resepinya. Mesti sedap ni sebab salut tepung Bestari yang cukup rasa tu.

    BalasPadam
  3. Mudah betul sebab tiada bancuhan basah. Boleh cuba. Bahan pun tidak banyak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba, NA. Nanti kongsi ye sama ada NA suka ataupun tidak 😊

      Padam
  4. lama tak singgah.. boleh cuba sebab nina suka tauhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, dinda! Nanti share ye kena atau tidak dengan selera Nina 😊

      Padam
  5. Wow resepi baru ni. Zumal suka popcorn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak de idea nak masak apa, Zumal boleh cuba ni 😊

      Padam
  6. suka makan tauhu..ehh tak pernah lak terfikir nak wat cmnii yeayy dapat resepi baru thanks!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba, Nad. Easy peasy and super yumms!

      Padam
  7. Balasan
    1. Nanti mama tisya boleh cuba buat makan-makan di rumah 😊

      Padam
  8. aduhh feveret btul tauhu nii aaa dappp

    BalasPadam
  9. Menarik! Ada stok tauhu boleh buat ni. Tq kak share resipi

    BalasPadam
  10. yeah!! Boleh buat sekali dengan ..tempe nie.. feveret.. hehehe..
    Selalu makan dalam mee kari, goreng buat tahu sumbat.. Idea kak farah nie memang ohsem..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeayyy! Sedap tuh laga dengan tempe goreng! Cicah sambal kicap sikit :)

      Padam
  11. Menarik juga ni bagi Naura makan. Mesti dia ingat macam nugget. Boleh cuba la nanti.. Bookmark dulu..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.