Belinjo Raya | Belinjo Gold
Isnin, Mac 24, 2025
Assalamualaikum. Ada tak yang suka makan belinjo atau belinjau di sini? Meh, saya cerita sikit. Kisah belinjo raya ini bertitik tolak dari salah faham. Ketika saya berbual-bual dengan adik saya melalui panggilan telefon, sempatlah saya ceritakan kepadanya tentang kerepek belinjo dan inang-inang yang baru saya dapat, pemberian Aunty D (ibu saudara adik ipar saya).
Kami adik-beradik memang suka makan belinjo. Belinjo Aunty D pula saya kategorikan sebagai rare spesies kerana belinjo ini hanya akan dapat kami rasa apabila pembantu rumah Aunty D pulang bercuti ke kampung.
Tidak silap saya, kerepek belinjo ini dibuat sendiri oleh ahli keluarganya. Tempat lain tak dapat. Bukan jenis kerepek belinjo kosong tu tau, tapi jenis pedas-pedas berempah. Memang setiap kali balik semula ke Malaysia, berkilo-kilo kerepek belinjo akan dibawa untuk Aunty D. Lepas Aunty D goreng, adalah terselit rezeki kami dalam sebalang dua.
| Satu balang belinjo, satu balang rengginang 😊 |


