Assalamualaikum. Selamat Hari Rabu!
Entri pasal makanan lagi. Rasa-rasanya, banyak lagi entri saya yang akan datang berkisar tentang makanan. Maklumlah, saya baru lepas kemas pantri. Macam macam snek, biskut, makanan kering, makanan dalam tin dan produk minuman yang saya jumpa. Sekarang tengah musim kuat makan pula tu! 😂
Selalunya apabila ada rezeki orang beri produk makanan sebegini dan saya atau Bott tak sempat nak rasa, kami simpan sahaja dahulu elok-elok di dalam pantri. Tidak dan nak rasa hari ini, esok lusa bolehlah dijadikan snek kunyah-kunyah gatal gigi.
Semalam, sewaktu mata pula penat menghadap kerja di komputer, terasa ingin makan something sweet. Apa lagi, kita selongkar pantrilah. Rasa-rasanya ada beberapa balang cookies yang belum dibuka dan dirasa.
Ini yang paling menarik perhatian saya. Mavrica Bites Chocolate Chip Cookies.
Mavrica Bites Red Velvet Chocolate Chip Cookies |
Tergoda tak tengok tekstur biskutnya? |
Bukan itu sahaja, mereka juga ada kek, brownies, strudel, cream puff dan macam-macam lagi. Seleksi butter cookies mereka pun nampak menyelerakan. Saya teringin hendak cuba Lotus Biscoff Butter Cookies.
Pembungkusan biskut di dalam botol dan balang comel cantik bagi saya. Tidak terlalu besar, tidak terlalu kecil. Sesuailah kalau hendak beli as a treat atau hadiahkan kepada orang. Selepas ini, andai saya hendak buat gift pack, pasti akan pertimbangkan cookies dari kedai ni.
Ada tak yang pernah rasa Mavrica Bites cookies selain Red Velvet Chocolate Chip Cookies. Bolehlah sarankan pada saya.
whoa...memang x cukup sekeping la kann...
BalasPadamhai sis farah! im backkk hehehe
BalasPadamwahhhh kudap2 tak cukup sekeping ni! =P
ni nampk dek.ank2 dara ciknur sekejqp licin
BalasPadamTak pernah makan, maybe sebab saya bukan orang yang suka makan manis. Jangan semua letak kat pantri kak, takut lupa nanti expired. Rugi
BalasPadamSha pun sama macam Kak Farah tak berapa minat red velvet.. hehehe.. coklat putih pun kureng.. Kalau ada seleksi perasa lain,. bolehlah usha nanti..
BalasPadamOkay, harap tak teracun dengan godaan makanan. hihi..
BalasPadamadeh, tempting tengok red velvet cookies. Asal Red Velvet mesti suka.
saya laparrrrr tolonggggggg
BalasPadam