Mavrica Bites Red Velvet Chocolate Chip Cookies

Rabu, Oktober 12, 2022

Assalamualaikum. Selamat Hari Rabu! 

Entri pasal makanan lagi. Rasa-rasanya, banyak lagi entri saya yang akan datang berkisar tentang makanan. Maklumlah, saya baru lepas kemas pantri. Macam macam snek, biskut, makanan kering, makanan dalam tin dan produk minuman yang saya jumpa. Sekarang tengah musim kuat makan pula tu! 😂

Selalunya apabila ada rezeki orang beri produk makanan sebegini dan saya atau Bott tak sempat nak rasa, kami simpan sahaja dahulu elok-elok di dalam pantri. Tidak dan nak rasa hari ini, esok lusa bolehlah dijadikan snek kunyah-kunyah gatal gigi.

Semalam, sewaktu mata pula penat menghadap kerja di komputer, terasa ingin makan something sweet. Apa lagi, kita selongkar pantrilah. Rasa-rasanya ada beberapa balang cookies yang belum dibuka dan dirasa.

Ini yang paling menarik perhatian saya. Mavrica Bites Chocolate Chip Cookies.


Mavrica Bites Red Velvet Chocolate Chip Cookies

Secara jujur, saya bukan penggemar perasa red velvet. Baik kek red velvet mahupun biskut. Kalau ada di hadapan mata saya jamah, tetapi kalau tiada tidaklah sampai tercari-cari untuk beli. Mungkin kerana red velvet memang tidak kena dengan selera saya atau rezeki saya dapat kek dan biskut red velvet yang mehSo-so je.


Strictly addictive katanya. Betulkah? 😊 Betul! I can vouch for that. 

Terjatuh cinta pula pada Mavrica Bites Red Velvet Chocolate Chip Cookies. Biskutnya jenis rangup bukan chewy tau. Mewah. Memang setakat makan sekeping tak akan cukuplah. Coklat cipnya sedap, biskutnya sedap cuma apabila tergigit coklat putih tu saya rasa terlebih manis sedikit. 

Itu pendapat saya yang kurang suka benda manis dan bukan peminat coklat putih. Bagi yang jenis sweet tooth, mesti kalian akan suka sangat biskut ini. Secukup rasa. Seimbang semuanya.
 
Tergoda tak tengok tekstur biskutnya? 


Saya pun apa lagi ... dah benda sedap dikunyah, kita carilah di platform media sosial. Boleh intai-intai produk lain yang dijual. Mavrica Bites merupakan produk Mavrica Cakes. Di bawah range Mavrica Bites, terdapat empat pilihan biskut yang boleh buat kita tergoda. Selain Red Velvet Chocolate Chip Cookies, ada Dark Chocolate Chips, Sea Salt Chocolate Chip dan Crunchy Chocolate Chip. 

Bukan itu sahaja, mereka juga ada kek, brownies, strudel, cream puff dan macam-macam lagi. Seleksi butter cookies mereka pun nampak menyelerakan. Saya teringin hendak cuba Lotus Biscoff Butter Cookies. 

Pembungkusan biskut di dalam botol dan balang comel cantik bagi saya. Tidak terlalu besar, tidak terlalu kecil. Sesuailah kalau hendak beli as a treat atau hadiahkan kepada orang. Selepas ini, andai saya hendak buat gift pack, pasti akan pertimbangkan cookies dari kedai ni.

Ada tak yang pernah rasa Mavrica Bites cookies selain Red Velvet Chocolate Chip Cookies. Bolehlah sarankan pada saya.

7 ulasan

  1. whoa...memang x cukup sekeping la kann...

    BalasPadam
  2. hai sis farah! im backkk hehehe
    wahhhh kudap2 tak cukup sekeping ni! =P

    BalasPadam
  3. ni nampk dek.ank2 dara ciknur sekejqp licin

    BalasPadam
  4. Tak pernah makan, maybe sebab saya bukan orang yang suka makan manis. Jangan semua letak kat pantri kak, takut lupa nanti expired. Rugi

    BalasPadam
  5. Sha pun sama macam Kak Farah tak berapa minat red velvet.. hehehe.. coklat putih pun kureng.. Kalau ada seleksi perasa lain,. bolehlah usha nanti..

    BalasPadam
  6. Okay, harap tak teracun dengan godaan makanan. hihi..
    adeh, tempting tengok red velvet cookies. Asal Red Velvet mesti suka.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.