Kad Tahniah untuk Orang Kahwin Bahagian 1

Khamis, November 19, 2020

Assalamu'alaikum,

Bilakah kali terakhir kalian hadiri majlis perkahwinan? Maklumlah, musim PKPB ini majlis yang dibuat untuk meraikan mempelai tidak boleh semeriah dahulu. Kita kena terus beringat dan berjaga-jaga.

Sebut pasal majlis dan kenduri kahwin, hari ini entri kraf kertas tentang kad tahniah. Bukan kad tahniah biasa, tapi kad tahniah untuk orang kahwin.

Di bawah ini merupakan sebahagian daripada kad-kad tahniah untuk pengantin yang saya buat sepanjang tahun lepas. Tahun ni punya, cuma ada dua tiga tempahan je rasanya. Itu pun tak dan ambil gambar. 

Jom tengok! Mana tahu boleh jadi inspirasi 😊


Explosion box - Wedding dress & Tuxedo

Explosion box ini sejenis kad dalam bentuk empat segi sama. Apabila kita angkat penutup kotak, dinding kotak akan collapse. Bahagian dalaman kotak dihias dengan gambar-gambar dan pelbagai hiasan yang mengangkat tema perkahwinan. 

Ini bahagian dalamnya. Maaf, tiada gambar penuh yang proper.




Hitam Putih dan Bunga

Kad simple kontra hitam putih ini hanya menggunakan hiasan bunga, manik-manik putih dan sedikit kertas berkilat.


Flamingo 🦩 Jatuh Cinta

Secara peribadi, ini memang antara kad tahniah untuk mempelai yang saya suka. Something different and playful. Warnanya yang terang dan ceria, dapat pula dua ekor flamingo tu ala-ala 3D, sweet sangat! 

Tahu tak, kad ini sebenarnya saya buat menggunakan lebihan material projek kraf terdahulu. Kebetulan, pelekat flamingo tu tinggal beberapa keping, ada seekor dengan nanas (kita jadikan flamingo jantan) manakala seekor lagi dengan bunga tu faham-faham sahajalah. 😊


Damask #1

Satu lagi kad simple dengan rekaan bercirikan damask. Tulisan pada bahagian hadapan itu saya guna rub-on stickers. Kemasan tepi yang kelihatan seperti ukiran tu pula guna craft punch.


Damask #2 - With Gold

Sentuhan berwarna emas supaya nampak lebih berseri-seri. Latar kad bercetak corak damask in foil


Damask #3

Satu lagi kad guna rekaan damask 😅 Masa ini saya memang suka design ini kot. Selain daripada menggunakan adhesive diamentes atau manik-manik seperti mutiara kecil, saya juga suka gunakan reben untuk soften the look of the card. Pada masa yang sama dapat timbulkan lebih efek keraian tu.


Dalam banyak-banyak kad di atas ini, mana yang kalian paling suka? Pada pandangan kalian, ada tak warna-warna tertentu yang sesuai atau boleh dikaitkan dengan perkahwinan?

10 ulasan

  1. Hitam putih. Dua warna yang digayalah apa bentuknya tetap ada daya tarikannya yang tersendiri.

    BalasPadam
  2. Suka kad damask no 1.
    Kuning! Warna diraja.

    BalasPadam
  3. Saya suka Damask 3. Nampak klasik. Kad kahwin kena ada warna merah. Sebab merah buat abang marah. Haha

    BalasPadam
  4. Oh wow amazing yang pop up banyak tu. So creative.

    BalasPadam
  5. cantik2 designnya...lama tk pi wedding....last pi wedding bln 3 dlu sblum start pkp

    BalasPadam
  6. Cantiknya.. kalau dpt diy card mmg kena simpan betul2... tp betollah rindu nk g majlis kenduri kawen.. mkn lauk kenduri.. erm.. dapnyaa

    BalasPadam
  7. Cantik semuanya kak farrah. Saya suka Explosion box - Wedding dress & Tuxedo tu. Rasanya warna hitam dan gold paling menarik nampak exclusive.

    BalasPadam
  8. Suka bila guna warna hitam putih.. Nampak sangat klasik dan elegan.. hehehe

    BalasPadam
  9. Explosion box tu memang menarik!! Sungguh kreatif! Yang lain2 pun terutama damask #3, sangat nice!!

    Kalau pasal warna lain yang sesuai kan untuk perkahwinan, pada Cik TK macam latar gelap seperti hitam yang dipadankan dengan gold, rose gold, silver atau putih macam sangat best dan nampak macam mewah!

    BalasPadam
  10. wahh siap ade yang timbul2 tu paling saya suka.. tingat kad2 besday mak ayah selalu kasi dulu. mesti ada lagu n ada yang timbol2..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.